Embun yang turun membasahi dedaunan. Kembali segar semula. Burung mula berkicauan. Asyik sungguh bersiul. Kuamati waktu subuh itu. Biarpun dalam kesulitan. Namun laungan azan yang merdu oleh bilal tambah meneguh keimanan ku. Ku berpaling kebelakang. Ku melihat saudara-saudara ku, sungguh lena. Walaupun dalam keadaan yang serba kekurangan. Hanya beralaskan tikar yang nipis. Berbantalkan lengan. Semua mangsa banjir di tempat kan di sini mengikut bilik masing-masing.
“Kamu ni siapa?”, sergah seorang lelaki tua.
Membuatku hampir langkah seribu dari koridor. Ku lihat siapa punya gerangan. Subhanallah. Ia kelihatan begitu uzur. Badannya kurus kering. Rambutnya sudah pun putih. Lelaki tua itu hanya berkain pelekat dan menyelimuti tubuhnya dengan tuala.
“Pak cik ni nak ke mana subuh-subuh ni?”.soalku
“Pak cik nak ke surau. Kamu tak dengar ke azan tu?”
“Tapi, takkan la pak cik nak ke surau dengan pakaian macam ni. Pak cik tunggu sini. Kejap lagi Awa datang” ,jelas ku.
Ku bergegas ke dalam bilikku dan mengambil sehelai baju- t putih. Walaupun baju itu kepunyaan kakak ku, namun ku lebih memikirkan pak cik di luar itu.
“Pak cik ni ada baju. Pak cik pakailah. Sejuk pagi-pagi ni”,pintaku.
“Tidak menyusahkan kamu ke? Pak cik tak ada duit nak bagi sama kamu”
“Pak cik, pak cik tak payah berkamu-kamu dengan Awa. Pak cik panggil Awa je. Name penuh Awa, Quratul Awatif. Tapi pak cik panggil Awa je. Pasal baju, pak cik jangan risau, Awa bagi special untuk pak cik”,jelasku
“Terima kasihnya Awa. Awa dah buat baik dengan pak cik. Awa boleh tak tunjukkan surau kat mana? Pak cik nak solat Subuh ber jemaah ni. Kalau Awa nak ikut pak cik, pakai la tudung kepala tu. Takkan lah nak pakai anak tudung je?”, pinta pak cik tua itu.
“Baiklah. Pak cik tuggu Awa sekejap ye,”
Ku bergegas ke dalam semula. Dan ku mencapai tudung yang ku gantung di tingkap dan terus ke arah pak cik tua itu tadi. Kami beriringan menuju ke surau. Ramai juga yang sudah tiba ke surau. Namun semuanya sedang melihatku sambil berbisik-bisik antara satu sama lain. Lantaklah. Aku cume teman pak cik ni pergi surau je. Sementara itu, dalam kotak fikiranku sebenarnya mempunyai seribu satu soalan tentang pak cik tua itu. Siapa dia? Kenapa dia hanya seorang saja? Mana anak dan isteri pak cik tu?
Selesai sudah solat Subuh berjemaah. Kami mengaminkan doa. Walaupun hanya beberapa orang saja yang solat jemaah. Namun ku tetap bangga, kearna inilah kali pertama aku menunaikan solat jemaah pada waktu Subuh. Kalau hendak di harapkan keluargaku sendiri ,jangan harap. Ibu bapaku selalu sibuk dengan kerja masing-masing. Entahlah. Tapi aku hairanlah. Siapa pak cik ni?
“Pak cik, jom duduk kat bangku kat bawah pokok pelam tu,”pelawaku
Pak cik tu hanya menurut kata-kata ku. Hairan jugak aku. Entahlah. Eh, macam mana aku nak tanya pak cik ni? Nanti tersinggug pulak hati dia. Ya Allah… berilah hamba-Mu ini kekuatan. Hamba hanya mahu mengenali dan besimpati terhadap orang tua ini.
“Pak cik, Awa nak tanya pak cik sesuatu. Harap pak cik tak tersinggung dengan apa yang Awa nak tanya ni,”saja aku memulakan mukadimah.
“Tanya lah Awa. Pak cik tak kisah,”jawab pak cik itu dengan bersahaja.
“Mana anak-anak dan isteri pakcik? Awa tengok pak cik macam sorang-sorang je kat pusat pemindahan ni. Awa pun tak pernah nampak pak cik dan kenal pak cik kat kampung ni. Pak cik ni dari mana?”
………………………………………………………………………………………………………………………
“Woi, Mail. Baham sorang la. Tak ajak-ajak aku pun,”Hamzah yang baru saja lepas siap menebas rumput di kebunnya. Terus pergi ke pondok buruk, di mana kami melepaskan gian. Waktu itu aku baru sahaja menang berjudi. Dadah seperti biasa menjadi habuan aku, Hamzah, Amir dan Pian. Walaupun aku tau benda itu adalah najis dan tidak sepatutnya aku membuang-buang wang dengan membeli dadah.
Sampai sahaja di rumah, ku memekik seperti orang gila. Memang baran aku. Aku memang tak puas hati dengan Hamzah kali ni.
“Senah…!!! Buka pintu ni. Kau pekak ke tuli?? Buka cepat…!!!,”teriakku
Senah membuka pintu. Pang …..Pang…!!!! Senah terjelupuk jatuh ke arah anak tangga dan dahinya tepat karah bucu tangga.
“Abang ni kenapa? Kenapa balik-balik terus pukul Senah? Apa salah Senah bang, apa salah anak kita,”tersedu-sedu Senah sambil memegang dahinya yang berlumuran darah.
Tanpa ku sedar rupa-rupanya bukan sahaja Senah yang ku pukul sebentar tadi. Anakku. Haziq. Ku lihat tubuh Haziq kaku. Pelik. Setahu ku aku hanya memukul Senah kerana aku kalah dalam perjudian kali ini. Rupa-rupanya Senah sedang mendukung Haziq. Ku lihat Senah yang sedang menahan kesakitan meluru kearah Haziq.
“Haziq, Haziq, bangun sayang. Jangan tinggalkan mama. Haziq….!!!!”jerit Senah.
“Abang pembunuh…!!!! Abang bunuh anak kita. Sampai hati abang buat keluarga kita macam ni. Mana janji-janji abang? Mana abang? Mana tanggungjawab abang sebagai suami? Mana abang?,”soalan Senah bertalu-talu kearah ku bersama linangan air mata yang terus mengalir di pipinya.
“Ya Allah,”hanya itu sahaja yang terpacul di mulut ku.
Aku takut.Aku takut. Betul ke aku pembunuh? Tak. Tak. Aku bukan pembunuh. Aku lari ke muka pintu. Polis? Siapa yang panggil polis? Aku tak sengaja.
“Encik Mailan?”tanye Inspektor Faiz seperti yang tertera di tanda nama yang di pakainya di dada sebelah kiri.
“Ye,” hanya itu sahaja yang mampu aku jawab.
“Kami mendapat maklumat daripada orang-orang kampung bahawa Encik Mailan telah mengedar dan menghisap dadah. Jadi kami terpaksa bawa encik ke balai untuk keterangan lebih lanjut,”jelasnya
“Awa minta maaf pak cik. Awa tak bermaksud nak buat pak cik sedih macam ni,” aku melihat linangan mutiara membasahi pipi orang tua itu. Aku diselubungi rasa bersalah.
‘Tak pe Awa. Pak cik faham. Mungkin Awa tertanya-tanya. Yelah, pak cik kat pusat serenti tu hampir 25 tahun,”jelas pak cik.
“Dah tu, mana isteri pak cik sekarang?”
“Dia dah minta fasakh kat pak cik. Pak cik redha Awa,”
“Sabarnya pak cik. Mungkin ada hikmah di sebalik apa yang berlaku kat pak cik di dunia ni. Moga-moga Allah terima taubat pak cik,”jelas ku.
…………………………………………………………………………………………………..............
“Maaf kan aku Suib. Aku tak tau Awa anak kau. Dia datang cume tolong aku,”
“Aah…!! Kau jangan nak pura-pura la Mail. Aku tau kau nak hasut anak aku biar jadi macam kau kan?” jerit Pak Suib
Semua orang memukul Pak Mail. Ada yang menggunakan kayu. Besi. Aku mendengar jeritan orang tua yang mengaduh kesakitan. Sepertinya aku mengenali suara itu. Aku menjejaki jeritan itu. Aku melihat sekumpulan orang ramai seperti melihat sesuatu di dalam gelanggang futsal. Namun, jeritan itu terus lenyap. Hatiku semakin gelisah. Apa yang terjadi sebenarnya?
“Mati ke”
“Tak kan la. Kita pukul kuat sangat ke?”
“Mana aku tau”
“Eh, aku rasa aku macam pukul lalat je tadi”
“Kalau macam lalat, tak kanlah leh jadi macam mayat terus tu”
Macam-macam bisikan manusia aku dengar katika itu. Ku menyelit-nyelit untuk melihat apa yang berlaku sebenarnya. Tidakku sangka. Pak Mail.
“Apa yang terjadi sebenarnya? Siapa punya angkara ni? Cakap cepat?” teriakku.
“Eh,Awa..!! kenapa kamu pangku orang tua tu dekat riba kamu? Itu bukan ayah kamu. Ini ayah. Kamu waras ke tak?” tempelak ayah di sekeliling orang ramai.
“Ayah punya angkara ke semua ni?”
“Memang ayah. Sebab orng tua ni nak bawa kamu pergi jauh dari ayah. Dia nak bawa kamu ambil najis tu,”
“Ayah kejam. Ayah binatang. Ayah buta,”jerit ku.
Pang……!!!!!!
“Tampar la. Tampar Awa sampai Awa jadi macam pak Mail. Ayah tau tak pak Mail cume memerlukan seseorang untuk meluahkan isi hati dia. Pak Mail dah bertaubat ayah. Biar kan dia berurusan dengan Allah ayah. Dia tak pernah menyusahkan hidup kita. Biarlah kesilapan yang pernah dia buat sebelum ni dijadikan iktibar dalam hidup kita. Munngkin ini sudah jadi suratan takdir dalam hidup Pak Mail. Bayangkanlah sekiranya ayah berada di tempat Pak Mail sekarang?”
Semua orang di sekeliling hanya menunduk kepala. Tubuh Pak Mail pula terkulai di atas ribaku. Nadinya juga sudah berhenti. Ternyata dia sudah tiada. Ku berharap taubatnya diterima oleh-Nya dan tergolong dalam orang-orang yang beriman. Ternyata inilah suratan takdirnya.
Profile penulis…….
Nama: Nurul ‘Isma Binti Penain
Tingkatan: 5 Tabah
Sekolah: Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Medan,
Seri Medan, 83400,
Batu Pahat,
Johor.
No comments:
Post a Comment