Wikipedia

Search results

Saturday 20 November 2021

Pengalaman

 1. Pada 3-5 November 2021 bersama-sama enam orang rakan berkayuh ke Kota Tinggi. Panas terik. Di Seri Lalang, kami disambut oleh Pak Hin. #janggutsalju.

2. Tiba di Kluang kami disantuni pula oleh Cikgu Ali.

3. Sebelah Maghrib bawa ke malam, hujan turun mencurah-curah. Kami berkayuh dalam kesejukan dan kegelapan malam.

4. Bermalam di inap desa Kg Temenin Baru.

5. Pada 4 Nov 2021, kami berkayuh di sekitar Kota Tinggi. Menyantuni keluarga adik Cikgu Razman, adik Hj Azmi di kg Temenin Baru dan Kg Temenin Lama.

6. Pada 5 Nov 2021 memulakan kayuhan balik ke Batu Pahat melalui laluan Kota tinggi ke Kulai.

7. Sebelah petang kami singgah di Kampung Sawah Sagil.

8. 7 Nov, badan terasa panas, buat ujian air liur, positif.

9. 8 Nov, buat swab test di sebuah klinik swasta, positif.

10. 9 Nov buat swab test sekali lagi di PKD Batu Pahat, diarahkan kuarantin kendiri di rumah hingga 17 Nov 2021.

11. 11 Nov 2021, Luqman pula disahkan positif. Kuarantin hingga 19 Nov 2021.

12. Pada 18 Nov, potong gelang di Pejabat kesihatan Batu Pahat. Luqman pula potong gelang pada 20 Nov 2021.

13. Kini cucu yang masih kuarantin di rumah, potong gelang pada 25 Nov 2021.


Wednesday 27 October 2021

Alhamdulillah, hari ini selesai memasukkan data Skpmg2 guru-guru di bawah seliaan . Tahniah cikgu-cikgu semoga skor yang diperoleh akan menjadi pemangkin cikgu-cikgu untuk terus mengekalkan kecemerlangan.

Thursday 6 May 2021

Majlis Persaraan Tn Hj Sabda Amin dan Pn Rohana Hassan Basri







 Hari ini 6.5.2021 mencatatkan sejarah tersendiri apabila GPK PENTADBIRAN dan GPK HEM disatukan dalam majlis persaraan walaupun amat ringkas tetapi mempunyai maknya kepada warga SMK SERI MEDAN.

Turut diraikan dalam majlis tersebut ialah Pn Hjh Faezah Abd Aziz, seorang guru senior. Tuan Hj Jamil pun turut diraikan sama. Beliau bersara pada bulan Januari.

En Ahmad Othman juga akan menyusul tidak lama lagi.

Wednesday 28 April 2021

 HARI INI 29.4.2021 KHAMIS  BERSAMAAN 17 RAMADAN, SELESAILAH TANGGUNGJAWAB SEBAGAI WARGANEGARA MENGISI BORANG e-BE BAGI TAHUN TAKSIRAN 2020

CUKAI KENA DIBAYAR TAHUN TAKSIRAN 2020 SEBANYAK RM175.76