Wikipedia

Search results

Wednesday 16 November 2011

Untukmu

Akan kukutip puing-puing batu gunung
Dari rekahan Titiwangsa
Akan kukutip butiran halus
Pasir pantai Kuala Perlis
Kan kucedok percikan air tasik Tasoh

Kelak bakal kudirikan
Di dasar fikirku
Sebuah tugu kehidupan
Sebagai tanda
Segala jerih perih yang mencarik telapak kakiku
Yang merenggut senggang silamku
Yang sering menduga azam sabarku
Telah tiba ke penghujung duga
Destinasi pendamba mustika
Luahan kudus dan tulus
Para adiguru

Akan kujadikan tugu itu
Mahligai bangga
Kan kuhiasinya dengan
Saujana hamparan haruman jaya
Buatmu.

Kamar Sebarau,
Kem Titiwangsa,
13 November 2011,
Jam 12.00 malam.

Monday 15 August 2011

Kehadiran Syawal

Tanpa kita sedari Ramadan kini semakin hampir ke penghujungnya. Ini menandakan Syawal semakin hampir. Dalam kesibukan kita membuat persiapan menyambut kedatangan Syawal, jangan dilupa tetamu agung yang semakin meninggalkan kita. Ambillah kesempatan ini untuk mengucapkan syukur atas limpahan rahmat dan nikmat-Nya selama ini. Dalam kemewahan kita menyambut Syawal, masih ada insan lain yang serba kekurangan untuk meneruskan kehidupan ini. Siapakah yang peduli atas nasib mereka? Sangupkah kita berkongsi sedikit nikmat yang kita kecapi kini dengan mereka?

Thursday 21 April 2011

Sepetang Bersama-sama Roslan Madun

 
Persembahan Roslan Madun di Dewan Tun Fatimah IPG Kampus  Perempuan Melayu Melaka.

Wednesday 20 April 2011

KURSUS MBM INOVASI

KURSUS YANG PALING MENCABAR MINDA 
TETAPI AMAT MENYERONOKKAN


LIHATLAH BETAPA TERUJANYA GURU-GURU BAHASA MELAYU

Monday 4 April 2011

ANALISIS KESALAHAN BAHASA

Fokus perbincangan:
1.       Ejaan
2.       Tanda baca
3.       Kosa kata
4.       Imbuhan
5.       Frasa
6.       Klausa/Ayat

1.       Kesalahan Ejaan
Kesalahan Berkait dengan Pola Keselarasan Vokal

Pola Keselarasan Vokal
Salah
Betul
a-i
aleh
alih
a-u
basoh
basuh
e pepet – i
betek
betik
e pepet – u
sebot
sebut
e taling –a
diwan
dewan
e taling –o
isok
esok
i- i
pileh
pilih
i-u
rioh
riuh
o-e taling
olih
oleh
u-a
obat
ubat
u-i
kueh
kuih
u-u
untok
untuk


Sebab kesalahan: Ejaan dalam bahasa Melayu hendaklah mengikut pola-pola keselarasan vokal yang telah dtetapkan dalam Sistem Ejaan Rumi Baharu Bahasa Melayu. Kesalahan ejaan akan berlaku jika pola keselarasan  ini  tidak dipatuhi.
Kenal pasti kesalahan bahasa dalam petikan di bawah, kemudian buat pembetulan.
Bentok penceritaan meliputi pelbagai jenis penulisan.  Antaranya ialah penulisan cerita pendik, kisah sejarah, autobiografi, diari, nuvel, drama dan sebagainya. Dalam penulisan berbentuk penceritaan, kaidah yang digunakan ialah kaidah naratif, iaitu menceritakan sesuatu peristiwa atau kisah. Perstiwa yang diceritakan bolih sahaja peristiwa tunggal atau bersiri. Penulisan berbentuk penceritaan amat mementingkan pemilehan maklumat supaya dapat menimbulkan kesan, mood atau tujuan tunggal penulis.

Akukah Tetamu

Biru air laut selat Melaka
Kini usah lagi kau pinta
Hadirnya sebagai penyeri
Bandar raya bersejarah ini
Jika tiga dekad dahulu
Tiap kali ku melewati bibirmu selat Melaka
Tak pernah kulupa
Menyapa dan bertanyakan khabarmu
Dan bagai seorang dara pingitan
Yang pemalu di sebalik keindahanmu
Riak rindumu yang setia menampar lembut
Menjadi pengubat rindu
Pada cinta yang pernah bertaut
Di padang pahlawan...kini tiada lagi
Dua ekor sapi menarik kereta
Dikejar anak-anak penuh gembira
Banda Hilir yang kukenali dulu
Tuan yang asing bagiku
Kini hanya A Famosa dan Stadhuys
Yang masih setia menyapaku
Sedang yang lain tidak pernah mengenalku
Apatah menyapaku mesra
Dan kini aku semakin asing
Di bumi bertuah ini
Melaka Bandar Raya Bersejarah.     
             
KDP 327, IPGM Kampus Perempuan Melayu Melaka
4.4.2011
12.27 mlm



Saturday 26 March 2011

AMALAN RASUAH DAN LANGKAH-LANGKAH MENANGANINYA

Amalan Rasuah dan Langkah-langkah Menanganinya
Oleh: Nana Amira Amir Hussin


Era digital ini menyaksikan pertumbuhan ekonomi yang begitu rancak. Namun dalam usaha menuju era globalisasi dunia tanpa sempadan, Malaysia terpaksa bersemuka dengan satu penyakit sosial yang agak kritikal sehingga boleh meranapkan peradaban bangsa kita, iaitu amalan rasuah. Kita singkap laporan rasuah oleh Transparency International 2010 yang melaporkan bahawa Malaysia masih lagi berada di tangga 56 pada Indeks Persepsi Rasuah. Walaupun isu ini hangat diperkatakan, pernahkah terlintas dalam benak fikiran anda apakah maksud "rasuah"? Perkataan rasuah berasal daripada perkataan Arab yang berbunyi al-risywah. Dalam Al-Quran juga digolongkan dalam kata umum batil iaitu meliputi juga perbuatan jenayah yang lain seperti merompak, memeras ugut dan menipu. Terdapat beberapa definisi lain yang diberikan oleh beberapa pihak yang pakar dalam bidang ini. Dalam kamus Concise Law Dictionary, P.G. Osbome memberi definisi "bribery and corruption" sebagai perbuatan "giving or offering any reward to any person to influence his conduct; or receipt of such reward". Manakala John B. Saunders pula dalam kamus Mozley and Whiteley's Law memberikan definisi "the taking and giving money for the performance or non-performance of a public duty."Dalam ruang lingkup di biosfera ini, rasuah adalah wabak penyakit dan jenayah yang telah menular dan menjadi darah daging dalam kehidupan masyarakat di semua tempat. Tidak ada negara yang boleh mendakwa dirinya bebas dari rasuah, cuma yang boleh membezakan pada tempoh satu-satu masa hanyalah dari segi keseriusan jenayah rasuah yang berlaku. Menurut Badan Pemerhati Rasuah Antarabangsa  indeks rasuah di negara ini juga membengkak setiap tahun. Barah penyakit sosial ini kian parah umpama tumor yang tumbuh tanpa rawatan rapi. Apa yang menakutkan dan membimbangkan kita ialah jika keadaan amalan jenayah rasuah ini terus meningkat, maka amat dikhuatiri akan mengancam kestabilan politik, ekonomi dan negara kita. Hadis Rasulullah juga ada menyebut dengan ertinya :

"Rasulullah s.a.w telah melaknat pemberi rasuah dan penerima rasuah dalam penetapan keputusan (pemerintahan, pentadbiran, kehakiman dan lain-lain)"
(Riwayat  At-Tirmidzi, 3/622 : Imam Tirmidzi berkata : Hadis Hasan Sohih).

Selain hadis, Al-Quran juga menyebut:
" Dan janganlah sebahagian kamu memakan harta sebahagian yang lain di antara kamu dengan jalan yang batil dan (janganlah) kamu membawa (urusan) harta itu kepada hakim, supaya kamu dapat memakan sebahagian daripada harta benda orang lain itu dengan (jalan berbuat) dosa, padahal kamu mengetahui."
(Al-Baqarah : 188 )

Secara tuntasnya , langkah untuk mengatasi endemik ini harus diteliti dan dipantau oleh semua pihak dengan efektif. Perubahan paradigma masyarakat terhadap rasuah perlu berlaku terlebih dahulu jika masalah ini hendak diatasi ke akar umbinya. Sikap tidak endah dalam mengatasi masalah ini menyebabkan negara kita ketinggalan atau 'lagging' ke belakang negara maju yang lain. Mungkin konsep mencegah lebih baik daripada mengubati amat berkesan bagi memastikan rasuah terus dikuburkan dan ditalkinkan di tempat yang sepatutnya.

      Rasuah jika tidak dikawal dan diperangi habis–habisan dari awal lagi akan memberi kesan buruk terhadap sistem pentadbiran negara . Penyakit ini juga akan turut menggugat kestabilan sosial negara . Apatah lagi ketika kerajaan sedang mencanangkan program pembangunan perindustrian yang bertujuan menjadikan Malaysia sebuah negara maju . Gejala ini akan menjejaskan keyakinan orang ramai terutama pelabur asing terhadap kecekapan dan keberkesanan sistem perundangan serta birokrasi negara ini . Rasuah juga tidak boleh dimulakan kerana akan berlarutan dan ketagihan . Setelah sebati dengannya , maka wabak berbahaya ini merebak menjangkiti orang lain pula . Rasuah menyebabkan seseorang menjual prinsip , maruah dan harga diri . Masyarakat yang mengamalkan rasuah akan bertindak di luar batasan dan peraturan yang telah ditetapkan .

       Kesan amalan rasuah terhadap ekonomi ialah rasuah mempersulit kemajuan ekonomi apabila kecekapan menurun selain mengubahsuaikan sistem yang selama ini diterima pakai dan efektif. Dalam sektor swasta, perbelanjaan akan meningkat kerana wujudnya perbelanjaan "di luar akaun", belanja perundingan dengan pejabat yang korup (duit kopi?), dan serta risiko pembatalan konsesi. Walaupun ada yang menyatakan bahawa rasuah mengurangkan kos kerana birokrasi berjaya "dicairkan", penyelidikan terbaru mendapati hal demikian tidak berlaku, sebaliknya lebih tinggi lagi kosnya kerana pejabat korup tersebut akan membuat lebih banyak peraturan dan hambatan yang baru. Rasuah juga menjejaskan persaingan dalam perniagaan dan pasaran seluruhnya apabila syarikat tertentu yang mempunyai "hubungan" dilindungi daripada persaingan, lantas melahirkan industri yang tidak berdaya maju.

Rasuah menimbulkan kekacauan dalam sektor awam apabila perbelanjaan awam untuk projek-projek kemasyarakatan yang sememangnya banyak, naik mendadak kosnya, sehingga melepasi peruntukan awal. Jabatan awam (mungkin juga kontraktor) mungkin "mengubahsuai" projek tersebut (selepas menerima peruntukan daripada peringkat kerajaan yang lebih tinggi, misalnya), walaupun sebenarnya tidak diperlukan, sebagai usaha menyorokkan rasuah yang berlaku. Kemudiannya, keselamatan, keselesaan, dan kesan alam sekitar projek tersebut menjadi pertaruhan . Rasuah juga menjejaskan kualiti perkhidmatan sektor awam dan infrastruktur yang dirancangkannya, sekali gus mengenakan tekanan yang hebat kepada belanjawan bajet kerajaan.

Para pakar ekonomi berpendapat, antara punca ekonomi beberapa buah negara Asia dan Afrika berkembang lemah, terutama di Afrika, ialah rasuah yang berbentuk "penagihan sewa" yang menyebabkan perpindahan penanaman modal ke luar negara, bukannya dilaburkan di dalam negara (yang sering kali disebut orang betapa ramai diktator Afrika mempunyai akaun bank di Swiss). Berbeza pula dengan diktator di Asia, seperti Suharto yang sering meminta sogokan (daripada setiap biaya atau keuntungan projek), namun lebih memberikan perhatian dalam pelaburan dalaman, seperti dalam projek prasarana, kewangan, perbankan, dan lain-lain (yang bermanfaat kepada rakyat jelata Indonesia). Pakar daripada Universiti Massachussetts memperkirakan, dari tahun 1970 hingga 1996, "pelarian" modal 30 buah negara Sub-Sahara berjumlah sekitar US $187 bilion (RM710.6 bilion); melebihi jumlah hutang luar negara-negara tersebut! (Hasilnya, Mancur Olson mengutarakan model ekonomi tentang pembantutan pembangunan). Dalam kes Afrika lagi, antara punca lain termasuklah ketidakstabilan politik; dan kerap kali kerajaan baru yang berjaya menggulingkan pemerintah lama, merampas segala harta kerajaan terdahulu yang diperoleh daripada rasuah. Mereka kemudiannya akan melakukan perkara yang sama, tanpa henti, dan menyimpan hasilnya di seberang laut untuk persiapan "masa-masa sukar"

Kesan kepada kesejahteraan negara ialah "Rasuah politik" berlaku di banyak negara dan mengancam jutaan manusia. Rasuah politik bererti "kebijaksanaan" pemerintah kerajaan memberikan pelbagai faedah istimewa kepada penyogok, jauh sekali demi kesejahteraan rakyat terbanyak. Dari satu sudut yang lain, para politikus memainkan peranan melindungi syarikat  tertentu (lazimnya entiti yang besar), yang sebenarnya cuba menguburkan perusahaan yang lebih kecil yang baru bertatih. Mereka memang pintar melindungi syarikat yang telah menaja kempen-kempen politiknya sahaja. Rasuah yang wujud dalam bidang politik dan pentadbiran mungkin berbentuk sama ada ringan atau berat, terancang atau tidak. Rasuah tidak sekadar memudahkan atau menggalakkan jenayah seperti pelacuran, pemalsuan wang, cetak rompak, dan penyeludupan. Kesannya lebih meluas lagi. Untuk memahami masalah ini dan mencari rumusannya, sangat penting untuk membezakan antara rasuah dengan perilaku jenayah (dalam erti kata yang lebih luas). Sama ada sesuatu perilaku dianggap rasuah atau tidak bergantung pada praktik undang-undang di wilayah berkenaan. Contohnya, pendanaan parti politik untuk pilihan raya dianggap satu bentuk rasuah di negara tertentu tapi dianggap legal di tempat lain.

Kesan kepada demokrasi ialah musuh pembangunan. Dalam dunia politik, rasuah menjejaskan perjalanan demokrasi dan pentadbiran yang cekap apabila formaliti diabaikan. Rasuah dalam pilihan raya atau pemilihan umum lain dan dalam badan perundangan merosakkan akaun libiliti dan kecekapan, juga rasuah dalam sistem pengadilan pula mencabul ketertinggian undang-undang dan rasuah dalam pentadbiran awam menjejaskan keseimbangan dan kesaksamaan sosial. Secara umum, rasuah mengikis kemampuan sesuatu sistem kerana tidak tepat prosedur, kemerosotan sumber daya usaha, dan pejabat diiktiraf  oleh jabatan bukan kerana prestasi. Keseluruhannya, rasuah menghancurkan kepercayaan masyarakat terhadap sistem-sistem yang ada.

 Apakah langkah yang boleh diambil untuk mengatasi masalah rasuah ini? Sudah pasti tindakan awal ialah kerajaan membuktikan kesungguhan mereka dalam menangani kemelut ini dengan menahan, mendakwa dan menghukum pesalah-pesalah rasuah tanpa mengira kedudukan mereka. Rakyat masih beranggapan bahawa masih ada pihak-pihak tertentu yang mengambil rasuah tetapi mereka tidak dibawa ke muka pengadilan yang menimbulkan rasa tidak puas hati rakyat akan keikhlasan kerajaan menangani isu ini. Kesungguhan kerajaan mendakwa atau menyeret mereka ini ke mahkamah akan memberi satu peringatan agar mereka tidak mengambil rasuah pada peringkat awalnya. Sesungguhnya, tindakan tegas kerajaan mendakwa semua pihak yang terlibat tanpa memilih bulu akan memberi petanda bahawa pengamal rasuah akan menerima hukuman yang setimpal dan menakutkan mereka untuk melakukan jenayah ini. Usaha kerajaan untuk menakutkan pesalah rasuah dan masyarakat boleh dicapai menerusi satu kempen iklan yang efektif. Kempen yang dilancarkan itu mestilah menggunakan media massa secara holistik iaitu daripada akhbar hinggalah ke internet untuk memastikan semua khalayak masyarakat menerima kempen tersebut. Semua imej atau aksi yang dipaparkan melalui iklan itu mestilah berupaya meninggalkan kesan atau menjadikan masyarakat berfikir dua kali sebelum mereka menerima rasuah. Jadi, kempen yang begitu mudah tetapi berkesan menjadi satu wahana yang baik dalam peperangan memerangi amalan rasuah ini. Selain itu, siasatan dan penguatkuasaan undang-undang perlu dipergiat lagi agar masyarakat sedar betapa bahaya dan serius masalah rasuah jika tidak dibanteras dan dibendung untuk keselamatan negara. Selain itu para pengamal rasuah akan berfikir banyak kali sebelum cuba melakukan rasuah lantaran hukuman berat yang bakal diterima.

Seterusnya, penerapan konsep keagamaan dan moral hendaklah dilakukan terutama di sektor pendidikan negara seperti dalam kalangan pelajar sekolah dan universiti. Usaha menerapkan konsep murni sebegini perlu dilakukan pada peringkat awal kehidupan seseorang itu supaya mudah untuk mengawalnya. Semua konsep yang baik dijelaskan kepada pelajar supaya mereka memahami keperluan untuk membebaskan diri dan negara daripada ancaman rasuah ini. Ringkasnya, pendidikan kepada golongan muda berupaya menyekat penularan wabak sosial yang begitu memalukan ini dengan begitu mudah dan berkesan. Tambahan pula, kita sebagai seorang yang beragama Islam perlu memantapkan iman dan mengukuhkan jati diri kita untuk mengelakkan diri daripada gejala rasuah ini. Keimanan dan keperibadian yang tinggi adalah benteng yang paling ampuh untuk membanteras gejala rasuah. Apabila setiap individu bencikan rasuah sama ada rakyat biasa, pemimpin,peniaga, atau jentera kerajaan maka amalan rasuah dapat diatasi. Kekuatan Iman dan jati diri dapat menangkis habuan rasuah sekali pun tiada sesiapa yang tahu dan peluang terbuka luas di hadapan mata.

Pihak sekolah juga perlu memainkan peranan penting untuk mendidik anak-anak bangsa supaya menjauhi gajala ini. Benci kepada rasuah akan dapat dihayati dalam diri sekiranya diajar dan dididik sejak zaman persekolahan lagi. Generasi yang dididik agar membenci rasuah akan membesar menjadi individu yang lebih bertanggungjawab, amanah, ikhlas. Sistem pendidikan hanya membentuk generasi akan datang yang bebas daripada rasuah.

Konklusinya, semua faktor dan langkah mengatasi kemelut sosial ini harus diteliti dan dipantau oleh semua pihak dengan berkesan. Perubahan paradigma masyarakat terhadap rasuah perlu berlaku terlebih dahulu jika masalah ini hendak diatasi hingga ke akar umbinya. Kelewatan untuk mengatasi masalah ini mampu menjadikan negara kita satu negara yang begitu sukar untuk dipercayai dan diuruskan pada masa hadapan. Mungkin konsep mencegah daripada mengubatinya lebih berkesan dalam memastikan rasuah terus berkubur dalam tempat yang sepatutnya. Sesungguhnya masyarakat yang kehilangan nilai amanah akan ditimpa krisis kepercayaan . Oleh itu , semua pihak perlu menjauhi sifat tamak yang boleh menyebabkan perbuatan rasuah serta mengelakkan diri daripada berbelanja melebihi pendapatan . Berikutan semakin seriusnya usaha menangani gejala ini , rakyat sangat berharap tiada sesiapa akan terkecuali daripada tindakan undang – undang . Martabat atau parti politik bukan payung yang melindungi sesiapa daripada penghakiman dan hukuman. Kita yakin bahawa hukuman yang setimpal boleh menerbitkan perilaku baik seseorang . Sehubungan itu , dalam memerangi gejala ini , semua pihak perlulah bertindak secara menyeluruh dan berterusan . Jika kita sepakat melakukannya , tiada sebab kita akan gagal . Nabi Muhammad s.a.w bersabda

"Sesungguhnya kebinasaan umat-umat sebelum kalian adalah jika orang yang terhormat dari mereka mencuri, mereka membiarkannya, tetapi jika orang bawahan mereka mencuri, mereka potong tangannya. Demi Zat yang jiwa ku ada di tangan Nya, seandainya Fatimah binti Muhammad mencuri, nescaya akan aku potong tangannya!" 
                                                                                  

Wednesday 23 March 2011

SURATAN TAKDIRNYA



Embun yang turun membasahi dedaunan. Kembali segar semula. Burung mula berkicauan. Asyik sungguh bersiul.  Kuamati waktu subuh itu. Biarpun dalam kesulitan. Namun laungan azan yang merdu oleh bilal tambah  meneguh  keimanan ku.  Ku berpaling kebelakang. Ku melihat saudara-saudara ku, sungguh lena. Walaupun dalam keadaan yang serba kekurangan. Hanya beralaskan tikar yang nipis. Berbantalkan lengan. Semua mangsa banjir di tempat kan di sini mengikut bilik masing-masing.
“Kamu ni siapa?”, sergah seorang lelaki tua.
Membuatku hampir langkah seribu dari koridor. Ku lihat siapa punya gerangan. Subhanallah. Ia kelihatan begitu uzur. Badannya  kurus kering.  Rambutnya sudah pun putih.  Lelaki tua itu hanya berkain pelekat dan menyelimuti  tubuhnya dengan tuala.
“Pak cik ni nak ke mana subuh-subuh ni?”.soalku
“Pak cik nak ke surau. Kamu tak dengar ke azan tu?”
“Tapi, takkan la pak cik nak ke surau dengan pakaian macam ni. Pak cik tunggu sini. Kejap lagi Awa datang” ,jelas ku.
Ku bergegas ke dalam bilikku dan mengambil sehelai baju- t putih. Walaupun baju itu kepunyaan kakak ku, namun ku lebih memikirkan pak cik di luar itu.
“Pak cik ni ada baju. Pak cik pakailah. Sejuk pagi-pagi ni”,pintaku.
“Tidak menyusahkan kamu ke? Pak cik tak ada duit nak bagi sama kamu”
“Pak cik, pak cik tak payah berkamu-kamu dengan Awa. Pak cik panggil Awa je. Name penuh Awa, Quratul Awatif. Tapi pak cik panggil Awa je. Pasal baju, pak cik jangan risau, Awa bagi special untuk pak cik”,jelasku
“Terima kasihnya Awa.  Awa dah buat baik dengan pak cik. Awa boleh tak tunjukkan surau kat mana? Pak cik nak solat Subuh ber jemaah ni. Kalau Awa nak ikut pak cik, pakai la tudung  kepala tu. Takkan lah nak pakai anak tudung je?”, pinta pak cik tua itu.
“Baiklah. Pak cik tuggu Awa sekejap ye,”
Ku bergegas ke dalam semula. Dan ku mencapai tudung yang ku gantung di tingkap dan terus ke arah pak cik tua itu tadi. Kami beriringan menuju ke surau. Ramai juga yang sudah tiba ke surau. Namun semuanya sedang melihatku sambil berbisik-bisik antara satu sama lain. Lantaklah. Aku cume teman pak cik ni pergi surau je. Sementara itu, dalam kotak fikiranku sebenarnya mempunyai seribu satu soalan tentang pak cik tua itu. Siapa dia? Kenapa dia hanya seorang saja? Mana anak dan isteri pak cik tu?
Selesai sudah solat Subuh berjemaah. Kami mengaminkan doa. Walaupun hanya beberapa orang saja yang solat jemaah. Namun ku tetap bangga, kearna inilah kali pertama aku menunaikan solat jemaah pada waktu Subuh. Kalau hendak di harapkan keluargaku sendiri ,jangan harap.  Ibu bapaku  selalu sibuk dengan kerja masing-masing. Entahlah. Tapi aku hairanlah. Siapa pak cik ni?
“Pak cik, jom duduk kat bangku kat bawah pokok pelam tu,”pelawaku
Pak cik tu hanya menurut kata-kata ku. Hairan jugak aku. Entahlah. Eh, macam mana aku nak tanya pak cik ni? Nanti tersinggug pulak hati dia. Ya Allah… berilah hamba-Mu ini kekuatan. Hamba hanya mahu mengenali dan besimpati terhadap orang tua ini.
“Pak cik, Awa nak tanya pak cik sesuatu. Harap pak cik tak tersinggung dengan apa yang Awa nak tanya ni,”saja aku memulakan mukadimah.
“Tanya lah Awa. Pak cik tak kisah,”jawab pak cik itu dengan bersahaja.
“Mana anak-anak dan isteri pakcik? Awa tengok pak cik macam sorang-sorang je kat pusat pemindahan ni.  Awa pun tak pernah nampak pak cik dan kenal pak cik kat kampung ni. Pak cik ni dari mana?”
     ………………………………………………………………………………………………………………………

“Woi, Mail. Baham sorang la. Tak ajak-ajak aku pun,”Hamzah yang baru saja lepas siap menebas rumput di kebunnya. Terus pergi ke pondok buruk, di mana kami melepaskan gian. Waktu itu aku baru sahaja menang berjudi. Dadah seperti biasa menjadi habuan aku, Hamzah, Amir dan Pian. Walaupun aku tau benda itu adalah najis dan tidak sepatutnya aku membuang-buang wang dengan membeli dadah.
Sampai sahaja di rumah, ku memekik seperti orang gila. Memang baran aku. Aku memang tak puas hati dengan Hamzah kali ni.
“Senah…!!! Buka pintu ni. Kau pekak ke tuli?? Buka cepat…!!!,”teriakku
Senah membuka pintu. Pang …..Pang…!!!! Senah terjelupuk jatuh ke arah anak tangga dan dahinya tepat karah bucu tangga.
“Abang ni kenapa? Kenapa balik-balik terus pukul Senah? Apa salah Senah bang, apa salah anak kita,”tersedu-sedu Senah sambil memegang dahinya yang berlumuran darah.
Tanpa ku sedar rupa-rupanya bukan sahaja Senah yang ku pukul sebentar tadi. Anakku. Haziq. Ku lihat tubuh Haziq kaku. Pelik. Setahu ku aku hanya memukul Senah kerana aku kalah dalam perjudian kali ini. Rupa-rupanya Senah sedang mendukung Haziq. Ku lihat Senah yang sedang menahan kesakitan meluru kearah Haziq.

“Haziq, Haziq, bangun sayang. Jangan tinggalkan mama. Haziq….!!!!”jerit Senah.
“Abang pembunuh…!!!! Abang bunuh anak kita. Sampai hati abang buat keluarga kita macam ni. Mana janji-janji abang? Mana abang? Mana tanggungjawab abang sebagai suami? Mana abang?,”soalan Senah bertalu-talu kearah ku bersama linangan air mata yang terus mengalir di pipinya.
“Ya Allah,”hanya itu sahaja yang terpacul di mulut ku.
Aku takut.Aku takut. Betul ke aku pembunuh? Tak. Tak. Aku bukan pembunuh. Aku lari ke muka pintu. Polis? Siapa yang panggil polis? Aku tak sengaja.
“Encik Mailan?”tanye Inspektor Faiz seperti yang tertera di tanda nama yang di pakainya di dada sebelah kiri.
“Ye,” hanya itu sahaja yang mampu aku jawab.
“Kami mendapat maklumat daripada orang-orang kampung bahawa Encik Mailan telah mengedar dan menghisap dadah. Jadi kami terpaksa bawa encik ke balai untuk keterangan lebih lanjut,”jelasnya
“Awa minta maaf pak cik. Awa tak bermaksud nak buat pak cik sedih macam ni,” aku melihat linangan mutiara membasahi pipi orang tua itu. Aku diselubungi rasa bersalah.
‘Tak pe Awa. Pak cik faham. Mungkin Awa tertanya-tanya. Yelah, pak cik kat pusat serenti tu hampir 25 tahun,”jelas pak cik.
“Dah tu, mana isteri pak cik sekarang?”
“Dia dah minta fasakh kat pak cik. Pak cik redha Awa,”

“Sabarnya pak cik. Mungkin ada hikmah di sebalik apa yang berlaku kat pak cik di dunia ni. Moga-moga  Allah terima taubat pak cik,”jelas ku.

     …………………………………………………………………………………………………..............

“Maaf kan aku Suib. Aku tak tau Awa anak kau. Dia datang cume tolong aku,”
“Aah…!! Kau jangan nak pura-pura la Mail. Aku tau kau nak hasut anak aku biar jadi macam kau kan?” jerit Pak Suib

Semua orang memukul Pak Mail. Ada yang menggunakan kayu. Besi. Aku mendengar jeritan orang tua yang mengaduh kesakitan. Sepertinya aku mengenali suara itu. Aku menjejaki jeritan itu. Aku melihat sekumpulan orang ramai seperti melihat sesuatu di dalam gelanggang futsal. Namun, jeritan itu terus lenyap. Hatiku semakin gelisah. Apa yang terjadi sebenarnya?
“Mati ke”
“Tak kan la. Kita pukul kuat sangat ke?”
“Mana aku tau”
“Eh, aku rasa aku macam pukul lalat je tadi”
“Kalau macam lalat, tak kanlah leh jadi macam mayat terus tu”
Macam-macam bisikan manusia aku dengar katika itu. Ku menyelit-nyelit untuk melihat apa yang berlaku sebenarnya. Tidakku sangka. Pak Mail.
“Apa yang terjadi sebenarnya? Siapa punya angkara ni? Cakap cepat?” teriakku.
“Eh,Awa..!! kenapa kamu pangku orang tua tu dekat riba kamu? Itu bukan ayah kamu. Ini ayah. Kamu waras ke tak?” tempelak ayah di sekeliling orang ramai.
“Ayah punya angkara ke semua ni?”
“Memang ayah. Sebab orng tua ni nak bawa kamu pergi jauh dari ayah. Dia nak bawa kamu ambil najis tu,”
“Ayah kejam. Ayah binatang. Ayah buta,”jerit ku.
Pang……!!!!!!
“Tampar la. Tampar Awa sampai Awa jadi macam pak Mail. Ayah tau tak pak Mail cume memerlukan seseorang untuk meluahkan isi hati dia. Pak Mail dah bertaubat ayah. Biar kan dia berurusan dengan Allah ayah. Dia tak pernah menyusahkan hidup kita. Biarlah kesilapan yang pernah dia buat sebelum ni dijadikan iktibar dalam hidup kita. Munngkin ini sudah jadi suratan takdir dalam hidup Pak Mail. Bayangkanlah sekiranya ayah berada di tempat Pak Mail sekarang?”
Semua orang di sekeliling hanya menunduk kepala. Tubuh Pak Mail pula terkulai di atas ribaku. Nadinya juga sudah berhenti. Ternyata dia sudah tiada. Ku berharap taubatnya diterima oleh-Nya dan tergolong dalam orang-orang yang beriman. Ternyata inilah suratan takdirnya.

Profile penulis…….



Nama: Nurul ‘Isma Binti Penain
Tingkatan: 5 Tabah
Sekolah: Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Medan,
Seri Medan, 83400,
Batu Pahat,
Johor.

Friday 11 March 2011

SMK SERI MEDAN

PROGRAM RAMAH MESRA, AKUJANJI DAN PENYAMPAIAN ANUGERAH KRK

MOTO:
KESUNGGUHAN RAIH KEGEMILANGAN

TARIKH                 : 12 MAC 2011
MASA                   : 8 PAGI
TEMPAT               : SMK SERI MEDAN

PROGRAM KELAS RANCANGAN KHAS (KRK) 2011

BIL
PROGRAM
TARIKH
1.
Program Kismis Minda
Sepanjang tahun
2.
Program Ramah Mesra, Akujanji dan Anugerah KRK
Mac
3.
Homeroom PMR
Mac
4.
Program Motivasi Pelajar
April dan Julai
5.
Program Solat Hajat
Setiap Jumaat
6.
Program Mentor - Mentee
Mac
7.
Headcount/Audit Akademik
Selepas Peperiksaan
8.
Teknik Menjawab Soalan PMR
April
9.
Program “Sure We Can”
April
10.
Program Hubungjalin Soalan PMR Negeri Lain
Mei
11.
Lawatan Intim ke MRSM Batu Pahat
Oktober




                                     Kaunter pendaftaran mula dibuka seawal jam 7.30 pagi.



Antara pelajar perempuan yang hadir




Ibu bapa dan pelajar begitu khusyuk mendengar taklimat daripada penyelaras program, Pn. Nor Aziah Badri

Tahniah dan setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada pihak pengurusan sekolah dan semua pihak yang terlibat atas kejayaan menganjurkan program ini.