Wikipedia

Search results

Tuesday, 8 March 2011

Frasa Kerja Pasif

Bentuk frasa kerja pasif diri pertama
  • Salah:
  •   Jambangan bunga ini digubah olehku.
  •   Kebun itu diusahakan oleh saya.
  •   Meja-meja itu disusun oleh kami.
  •   Padang bola itu digunakan oleh kita.
  • Betul:
  •  Jambangan bungan ini kugubah.
  •  Kebun itu saya usahakan.
  •  Meja-meja itu kami susun.
  •  Padang bola itu kita gunakan

Bentuk frasa kerja pasif diri kedua
  • Salah:
  • Hadiah ini perlu dibungkus oleh engkau.
  • Soalan ini hendaklah dijawab oleh anda.
  • Lukisan ini dihasilkan oleh kamu?
  • Betul:
  • Hadiah ini perlu kaubungkus.
  • Soalan ini hendaklah anda jawab.
  • Lukisan ini kamu hasilkan?

Bentuk frasa kerja pasif diri ketiga
  • Salah:
  • Keropok itu ibu goreng.
  • Dinding itu dia conteng.
  • Drama itu mereka persembahkan
  • Betul:
  • Keropok itu digoreng oleh ibu.
  • Dinding itu diconteng olehnya.
  • Drama itu dipersembahkan oleh mereka.

Penyisipan kata-kata lain di antara kata ganti diri pertama atau diri kedua dengan kata kerja pasif
  • Salah:
  • Tempat itu saya belum kunjungi.
  • Buku itu anda mesti pulangkan.
  • Betul:
  • Tempat itu belum saya kunjungi.
  • Buku itu mesti anda pulangkan

Kesalahan dari segi struktur ayat
  • Ayat Gabungan /Majmuk
  • Ayat gabungan terbentuk daripada dua atau beberapa ayat tunggal yang dihubungkan dengan kata hubung gabungan atau kata hubung berpasangan.
  • Kesalahan dalam pembentukan ayat gabungan berlaku apabila ayat-ayat tunggal yang membentuk ayat gabungan tidak digabungkan dengan betul.
  • Apabila ayat-ayat tunggal hendak digabungkan dengan kata hubung gabungan atau kata hubug berpasangan untuk membentuk ayat gabungan, maka unsur yang sama dalam ayat-ayat tersebut perlu disebut sekali sajaContoh:
  • Buku ini bukan untuk adik.
  • Buku ini untuk abang.
  • Buku ini  bukan untuk adik tetapi untuk abang.
  • Apabila dua ayat ini digabungkan dengan kata hubung tetapi, maka unsur yang sama, iaitu buku ini disebut sekali saja.
Jika predikat dalam ayat-ayat tunggal tersebut disertai frasa sendi, maka kata sendi yang membentuk frasa sendi tersebut tidak boleh ditiadakan
  • Salah:
  • Mereka akan melancong ke Australia atau Indonesia?
  • Saya tidak pasti sama ada dia tinggal di Kelana Jaya atau Subang Jaya.
  • Betul:
  • Mereka akan melancong ke Australia atau ke Indonesia?
  • Saya tidak pasti sama ada dia tinggal di Kelana Jaya atau di Subang Jaya.

No comments:

Post a Comment