Wikipedia

Search results

Friday, 4 March 2011

Dia Kembali

Tajuk:  Dia kembali
Oleh : Isma
Kesunyian dan kekosongan sering aku lalui sendirian. Setiap tangisan,kesedihan semuanya aku lalui sendirian, apakah dosa ku? Tidak pernah tergerak di hati ini untukku meluahkan isi hati ini pada makhluk di muka bumi ini. Hanya pada yang Maha Esa ku mampu meluahkan, hanya Dia yang memahami diriku. Dia pencipta ku. Pernah di kotak fikiran ku ingin meluahkan rasa hati ini pada abi dan ummi. Namun aku tidak kuat kerana aku tidak mahu membebankan mereka.

      “Hai Sya, kenapa duduk sorang-sorang kat sini”,  sapa Mila

       Ila rakan sebilikku,dia tu boleh tahan kepalanya. Gila-gila sikit. Kalau time aku sedih ni ,mesti dia lah yang buat aku gelak. Kalau jumpa dia memang tak kering gusi. Tapi buat aku sakit perut. Aku bersyukur sangat-sangat dapat kawan macam dia. Dia lah pengubat luka di hati aku ini.

      “Kau dari mana Sya? Baru nampak batang hidung kau? Dating la tu?”

      “Banyak cantik kau. Aku dah tak fikir benda-benda tu lagi ok. Buat aku sakit jiwa tau. Aku jumpa Qayyum tadi. Dia minta aku buatkan assignment dia. Awalnya aku tak nak,tapi lepas dia bagitau aku yang laptop dia kene curi kat kafe, kesian pulak aku tengok muka dia tadi. Nak tolak tak jadi pulak. Kau tahu kan aku ni walaupun macam ni tapi baik beb.”  katanya sambil baling patung Pooh ke arah ku.

      “Sakit la. Buatnya tadi aku tak dapat elak patung tu,habis tudung aku ni rosak. Aku ni dah lawa-lawa macam ni, kau buat aku macam tembok pulak. Sini kau,”rengekku

      Aku bingkas bangun dari tempat dudukku, lalu hendak menarik tangan Mila di bahuku. Namun dia yang berlagak macam Ultra man terus lari masuk ke dalam kamar mandi.

      “Aku nak mandi. Nanti kalau ada siapa-siapa call aku cakap aku mandi. Tapi kalau Qayyum cakap aku keluar cari barang,faham-faham la,”jerit Mila di kamar mandi.


      Aku yang sedang menunggu Mila di kafe sambil membaca novel Saga karya A. Talib Hassan yang baru sahaja dihadiahi oleh Mila tempoh hari sempena ulang tahun kelahiranku yang ke-23. Tiba-tiba Amirul Zaqwan datang dan terus duduk semeja denganku. Mirul teman istimewa Mila. Mila yang sudah lama menyemai cinta bersama Mirul sejak tahun pertama lagi aku dan Mila menjejakkan kaki ke menara gading ini.

     “Hai Sya. Lama tak jumpa Sya. Sya macam mana sekarang? Mirul rindu sangat kat Sya”,sape Mirul.

      Aku buat tidak endah dengan kata-katanya. Aku bingkas bangun dan meninggalkan diri dia seorang di situ.

     “Fisya tunggu. Fisya,Mirul betul-betul nak lamar Fisya lusa ni”, rayu Mirul

      Memang sejak dahulu lagi Mirul merayu begitu. Mirul semamangnya teman lelaki Mila. Namun,Mirul telah tawar hati terhadap Mila yang agak sosial seperti mana yang dijelaskan Mirul padaku. Andaian itu sama sekali tidak benar,kerana aku lebih mengenali siapa Faramila sebenarnya. Aku tetap bekukan hati ku ini terhadap rayuan Mirul. Aku terus berjalan pantas meninggalkan Mirul. Mirul merentap pergelangan tanganku dan membuatkan aku tidak dapat mengimbangi tubuhku. Dengan tidak sengaja,aku terjatuh dan MIrul sempat menyambut tubuhku sebelum  menyembah bumi. Adegan itu.aku berada dalam pelukan mirul dan Mila melihat adegan itu.dengan serta merta,buku di pelukan Mila jatuh bertaburan di lantai. Aku terkocoh-kocoh melepaskan pelukan yang kemas daripada Mirul dan menuju ke arah Mila. Belum sempat aku menjelaskan apa-apa pada Mila, Mila terus menepis tanganku yang ingin memegang bahunya.

      “Aku tahu;kau yang terhegeh-hegeh kat Mirul. Fisya kau tahu tak kau dah lukakan hati aku ni. Kau tahu tak?? Kau memang dah rancang semua ni …kan Sya?? Aku tak sanngka kau sanggup tikam kawan kau dari belakang. Lepas ni aku tak nak tengok kau kat depan mata aku lagi. Dan ,mulai sekarang kau dah dapat apa yang kau nak Cik Syafisya Alia.,” marah Ila padaku diiringi linangan air mata yang sudah membasahi pipinya yang gebu itu.

      Aku sempat memberikan jelingan tajam ke arah Mirul. Dia yang sedang berdiri sambil memeluk tubuh tersenyum puas ka arahku. Hatiku seolah-olah dihiris namun ku hanya mampu menitis kan air mata kesal terhadap diriku.

      Peritiwa siang tadi,membuatkan aku tidak dapat melelapkan mata. Wajah Mila sentiasa bermain dalam banyangan setiap kali ku cuba melelapkan mata. Wajah Mila yang sentiasa ceria ,gelak tawanya itu kini menjadi murung. Tiba-tiba deringan SMS telefon bimbitku berbunyi. Ternyata dari Mirul.

      Hai Sya,Mirul rasa puas bila tengok persahabatan antara Sya dengan Mila putus macam ni.
    
 Untuk pengetahuan Sya, rasa cinta MIrul tak pernah tertumpah langsung pada Mila.
      Semua ni rancangan Mirul untuk Tengok perempuan kampung macam Sya dan Mila macam ni.

     Pesanan ringkas itu membuatkan perasaanku bercampur baur. Saat ini aku hanya memikirkan keadaan Mila. Aku tidak berfikir panjang dan terus menghantar pesanan ringkas Mirul pada Mila. Ternyata Mila dapat pesanan yang sama.

      “Fisya,aku panggil kau dari tadi. Kenapa buat tak tau je?”jerit Mila

      Ila yang baru memanjangkan lehernya dari kamar mandi meminta aku mengambil tuala mandinya. Peritiwa itu sunguh pahit kalau hendak di kenang, namun menjadi satu pengalaman dan pengajaran dalam hidupku. Dan akhirnya Mila kembali bersama-samaku.

No comments:

Post a Comment