Sek. Men. Keb. Seri Medan
Batu Pahat
Penilaian Kurikulum Satu
FEBRUARI 2011
Arahan:
Baca petikan yang berikut dengan teliti, kemudian kenal pasti kesalahan bahasa yang terdapat di dalamnya, jelaskan kesalahan tersebut dan betulkan.
Petikan 1
Hari ini, bencana alam merupakan satu fenomena yang tidak dapat dihindari. Persiapan setiap negara demi untuk menghadapi sesuatu bencana yang tidak terduga harus sentiasa dibuat. Tetapi persoalannya adakah bumi yang kita huni ini semakin tua ini atau bencana yang berlaku berpunca daripada sikap kita sendiri?
Hari ini, bencana alam merupakan satu fenomena yang tidak dapat hindari. Persiapan setiap negara demi untuk menghadapi satu bencana yang tidak terduga harus sentiasa dibuat. Tetapi persoalannya adakah bumi yang dihuni oleh kita ini semakin tua atau bencana yang berlaku berpunca dari sikap kita sendiri?
1.Kesalahan: hindari
Sebab kesalahan:kesalahan imbuhan. Kata kerja pasif hindari memerlukan imbuhan pasif ‘di-‘
Pembetulan: dihindari
2. Kesalahan: …demi untuk menghadapi
Sebab kesalahan: kata demi membawa maksud tujuan , kata untuk dianggap lewah dan sepatutnya digugurkan
Pembetulan : demi/ untuk menghadapi
3. . Kesalahan: satu
Sebab kesalahan: satu merupakan kata bilangan tentu. Dalam konteks ayat, kata bilangan tak tentu sesuatu lebih tepat.
Pembetulan : sesuatu
4. . Kesalahan: Tetapi
Sebab kesalahan: Kesalahan ayat. Penggunaan kata hubung tetapi menjadikan ayat tidak gramatis. Kata hubung tetapi tidak boleh menjadi subjek ayat.
Pembetulan : …harus sentiasa dibuat. tetapi persoalannya…/ Walau bagaimanapun persoalannya…
5. . Kesalahan: bumi yang dihuni oleh kita
Sebab kesalahan:kesalahan ayat. Kita ialah kata ganti diri pertama , seharusnya digunakan dalam ayat pasif diri pertama.
Pembetulan : …bumi yang kita huni…
6. Kesalahan: dari
Sebab kesalahan: dari membawa maksud arah. Dalam kontek ayat ini, kata sendi nama daripada lebih sesuai yang bermaksud punca atau sumber.
Pembetulan : …daripada…
Petikan 2
Kesedaran masyarakat perlu wujud terutamanya berkenaan dengan prinsip kelima Deklarasi Hak Kanak-kanak 1959 yang menyatakan bahawa semua kanak-kanak sama ada secara fizikal, mental dan status sosial berhak menerima penjagaan, pedidikan dan perlindungan. Deklarasi ini merupakan satu garis panduan untuk mana-mana negara. Melalui deklarasi ini, kanak-kanak harus diberikan peluang sama rata dari segi pendidikan tanpa mengira status kewarganegaraannya.
Kesedaran masyarakat perlu wujud terutamanya berkenaan dengan prinsip kelima deklarasi hak kanak-kanak 1959 menyatakan semua kanak-kanak samaada secara fizikal, mental dan status sosial berhak menerima penjagaan, pedidikkan dan perlindungan. Deklarasi ini merupakan satu garis panduan untuk mana-mana negara. Melalui deklarasi ini, kanak-kanak harus diberikan peluang sama rata dari segi pendidikan tanpa mengira status kewarganegaraannya.
1.Kesalahan: deklarasi hak kanak-kanak
Sebab kesalahan:Kesalahan penggunaan tanda baca. Nama khas perlu dieja dengan huruf besar
Pembetulan: …Deklarasi Hak Kanak-kanak
2. Kesalahan: …1959 menyatakan
Sebab kesalahan:…ayat majmuk relatif memerlukan penggunaan kata hubung relatif yang.
Pembetulan:…1959 yang menyatakan
3. Kesalahan: menyatakan semua
Sebab kesalahan:..ayat majmuk komplemen memerlukan penggunaan kata hubung komplemen bahawa.
Pembetulan:… menyatakan bahawa semua…
4. Kesalahan: samaada
Sebab kesalahan: kesalahan ejaan. Kata samada bukan kata majmuk yang dianggap telah mantap; samada perlu dieja terpisah.
Pembetulan: …sama ada…
5. Kesalahan: pedidikkan
Sebab kesalahan: kesalahan imbuhan. Imbuhan akhiran …kan digunakan pada kata kerja. Dalam konteks ayat, imbuhan yang sesuai ialah apitan pen…an yang menghasilkan kata nama terbitan pendidikan.
Pembetulan: …pendidikan…
No comments:
Post a Comment