Wikipedia

Search results

Tuesday, 8 March 2011

AYAT

AYAT
n  Unit yang paling tinggi letaknya dalam susunan tatabahasa.
n  Mengandungi makna yang lengkap.
n  Boleh terbetuk daripada satu kata atau susunan kata.
n  Dimulai dan diakhiri dengan kesenyapan.
n  Mengandungi intonasi yang sempurna.
Unsur-unsur yang membina ayat
n  Klausa
n  Frasa
n  Perkataan
Klausa
n  Satu unit rangkaian perkataan yang mengandungi subjek dan predikat
n  Menjadi konstituen kepada ayat
n  Klausa bebas ialah klausa yang boleh berdiri sendiri dan bersifat sebagai ayat lengkap apabila diucapkan dengan intonasi yang sempurna.
Frasa
n  Unit terdiri daripada satu susunan sekurang-kurangnya dua perkataan atau satu perkataan yang berpotensi diperluas menjadi dua perkataan atau lebih.
n  Contoh:
                                                burung merpati
                                                anak burung merpati
                                                seekor anak burung merpati 
Perkataan
n  Bentuk bebas yang terkecil
n  Boleh berdiri sendiri
n  Binaannya tidak boleh dipisahkan kepada bentuk bahasa yang lebih kecil.
Contoh ayat:
Anak orang itu sedang tidur

Klausa :
anak orang itu sedang tidur
n  Frasa: anak orang itu
                  sedang tidur
n  Perkataan:
q  anak
q  orang
q  itu
q  sedang
q  tidur
Ayat Dasar
n  Ayat yang menjadi dasar atau sumber bagi pembentukan ayat jenis lain.
n  4 pola
n  FN + FN
n  FN + FK
n  FN + FA
n  FN + FS
Ayat Tunggal
n  Mengandungi satu klausa sahaja
n  Mempunyai satu konstituen subjek dan satu konstituen predikat.
n  Binaannya sama dengan binaan ayat dasar.
n  Perbezaan ayat tunggal dan ayat dasar:
n  Semua ayat dasar terdiri daripada ayat penyata, manakala ayat tunggal boleh terdiri daripada jenis-jenis ayat lain.


  Pedoman membina ayat:
n  Bina ayat yang dapat menunjukkan makna perkataan.
n  Masukkan proses, sebab, kesan atau tujuan.
n  Ayat hendaklah betul dari segi tatabahasanya dan tepat dari segi maknanya.
n  Makna ayat: Tujuan
n  Pendatang asing tersebut meneroka hutan belantara itu sehingga bersih untuk dijadikan kampung mereka.
n  Makna ayat: Kesan
n  Pak Leman sedang memugar  tanah yang kering kontang itu supaya tanaman akan mudah hidup dan subur.
n  Makna ayat: Proses
n  Peneroka hutan perlu memerun batang-batang pokok yang telah lama ditebang itu pada masa sekarang kerana pada musim panas ini batang-batang kayu itu mudah dibakar.
n  Makna ayat: Sebab
n  Peneroka hutan itu perlu memerun batang-batang pokokyang telah lama ditebang itu pada masa sekarang kerana pada musim panas ini batang-batang kayu itu mudah dibakar.
n  Jenis-jenis Ayat
n  Ayat biasa:
n  Ayat yang subjeknya di depan dan predikatnya di belakang.
n  Contoh:
n  Adiknya sudah tidur.
n  Ayat songsang:
n  Ayat yang predikatnya dikedepankan dan subjeknya dikebelakangkan.
n  Contoh:
n  Sudah tidur adik.
n  Ayat songsang terbahagi:
n  Ayat songsang yang predikatnya terbahagi, iaitu satu di depan dan satu lagi di belakang, dan subjeknya di tengah.
n  Contoh:
n  Tidak ke laut /nelayan itu /hari ini.
n  Ayat tanya biasa:
n  Ayat tanya yang subjeknya di depan dan  prdikatnya di belakang.
n  Contoh:
n  Orang itu siapa?
n  Ayat tanya songsang:
n  Ayat tanya yang predikatnya dikedepankan dan subjeknya dikebelakangkan.
n  Contoh:
n  Siapakah orang itu?
n  Ayat aktif:
n  Ayat yang subjeknya berperanan sebagai pelaku dan jika ada objeknya maka objeknya itu berperanan sebagai penderita.
n  Contoh:
n  Ali sedang membaca buku.
n  Ayat pasif:
n  Ayat yang subjeknya berperanan sebagai penderita kerana dikenai kesan kata kerja pasif.
n  Contoh:
n  Buku itu dibaca oleh Ali.
n  Ayat pasif diri pertama:
n  Ayat yang di dalamnya terdapat kaa kerja yang tidak berawalan meN-, serta didahului oleh kata ganti diri pertama.
n  Contoh:
n  Buku itu sudah saya baca.
n  Ayat pasif diri ke dua:
n  Ayat yang di dalamnya terdapat kata kerja yang tidak berawalan meN-, serta ddahului oleh kata ganti iri kedua.
n  Contoh:
n  Wang itu sebaik-baiknya kamu simpan di dalam bank.
n  Ayat pasif diri ketiga:
n  Ayat yang di dalamnya terdapat kata kerja pasif berawalan di- dan diikuti frasa sendi yang terbentuk daripada kata sendi oleh serta frasa nama sebagai objeknya. Kata sendi oleh itu boleh digugurkan.
n  Contoh:
n  Dia dikejar oleh anjing.
n  Dia dikejar anjing.
n  Ayat pasif biasa:
n  Ayat pasif yang subjeknya di depan dan predikatnya di belakang.
n  Contoh:
n  Buku itu sudah saya baca.
n  Ayat pasif songsang:
n  Ayat pasif yang predikatnya di depan dan subjeknya di belakang.
n  Contoh:
n  Sudah saya baca buku itu.

No comments:

Post a Comment