Memaparkan
catatan dengan label Glosari Sastera. Papar semua catatan 29 APRIL 2010 Glosari
Istilah Gaya Bahasa
1. Anafora-pengulangan kata pada awal baris.
Contohnya, Tiap insan mengecap nikmat merdeka, Tiap saat menghirup segar uadara
kebebasan,
2. Epifora-pengulangan
perkataan pada akhir baris. Contohnya, Fajar hilang ditelan sibuk kota, Tawaku
kemarau di dada kota,
3. Responsif-pengulangan kata pada tengah
baris. Contohnya, Kemerdekaan adalah milik kami, Kebebasan adalah impian semua,
4. Hiperbola- gaya bahasa perbandingan yang
menggambarkan sesuatu secara berlebihan-lebihan. Contohnya, Darah mengalir
menganak sungai, Dia berendam air mata.
5.
Hybrid-penggabungan dua patah kata. Contohnya, menyinarresap, sedihpilu.
6. Inversi-pembalikan kata iaitu urutan kata
yang menyimpang daripada kebiasaan supaya menjadi baris yang lebih menarik dan
menghasilkan kesan tertentu. Contohnya,terasa sekali dingin angin.
7. Metafora-gabungan kata yang menerbitkan
makna yang lain daripada makna asal. Pada kebiasaannya, mengandungi 2 patah
perkataan gabungan kata konkrit dan abstrak. Contohnya, jentera ingatan, gunung
harapan,fajar cemerlang.
8.
Personifikasi- gaya bahasa perbandingan yang memberikan sifat manusia kepada
benda,haiwan dan tumbuhan. Contohnya, hatiku dimamah sepi, mentari tersenyum
riang.
9.
Simbolik-juga dikenali sebagai perlambangan. Melukiskan sesuatu dengan
menggunakan benda lain sebagai lambang. Contohnya,’merpati’ melambangkan
‘kebebasan’ dan ‘gunung’ melambangkan ‘cita-cita.’
10. Simile-
gaya bahasa perbandingan yang digunakan untuk membandingkan sesuatu yang lain
dengan menggunakan kata-kata perbandingan iaitu umpama,bak,bagai,macam,laksana.
Contohnya, ibuku bagaikan pelita, dia berjalan laju seperti angin
11.
Perbandingan terus Gaya bahasa perbandingan yang tidak menggunakan kata bak,
seperti, bagaikan, umpama, macam, laksana. Contohnya, tanahair adalah ibundaku,
guruku mentari bersinar.
12. Sinkof-kata singkatan. Contohnya, nak,
saja, kau, tak, dah.
13. Kata
ganda- kata yang digandakan seperti rumah-rumah, bukit-bukau, warna-warni,
daun-daun.
14. Alusi- penggunaan nama tokoh manusia
dengan membawa maksud tertentu. Contohnya, Dengan langkah Hang Tuah, dia
melonjakkan nama negara.
15. Asonansi – pengulangan bunyi vokal dalam
baris. Contohnya, asonansi a, mereka mencipta jaya.
16.
Aliterasi – pengulangan bunyi konsonan dalam baris. Contohnya, aliterasi k,
akan kukendong impian keluar
No comments:
Post a Comment