Wikipedia

Search results

Sunday 26 April 2015

Tatabahasa
Aktiviti 1: Membina ayat
Soalan 1:
Berikan maksud perkataan-perkataan berikut:
(Guru boleh menyenaraikan kata dasar sahaja, kata berimbuhan awalan,  kata berimbuhan akhiran, kata berimbuhan apitan, atau sisipan)
i)                    Keharmonian
ii)                   Majmuk
iii)                 Kelangsungan
iv)                 Bernaung
v)                  Perlembagaan
vi)                 berkompromi.
vii)               Etnik
viii)              Mencernakan
ix)                 disemadikan. 
x)                  Sambalewa
xi)                 Patriotik
xii)               Struktur
xiii)              Penyepaduan
xiv)             Survival
Soalan 2:
Nyatakan golongan kata bagi perkataan-perkataan dalam senarai di atas ( kata nama, kata kerja)
Soalan 3:
Bina ayat menggunakan perkataan-perkataan dalam senarai Soalan 1.
Langkah 1.
Memperluas maksud, daripada kata menjadi frasa kerja atau frasa nama.
Contoh:
i)                    Keharmonian menjadi keharmonian masyarakat
ii)                   Majmuk menjadi masyarakat majmuk
iii)                 Kelangsungan menjadi kelangsungan hidup…
iv)                 Bernaung  menjadi bernaung  di bawah
v)                  Perlembagaan menjadi perlembagaan negara...
Langkah 2.
Menentukan jenis frasa ( frasa nama atau frasa kerja)
Contoh:
i)                    Keharmonian masyarakat… (frasa nama)
ii)                   Masyarakat majmuk…(frasa nama)
iii)                 Kelangsungan hidup…(frasa nama)
iv)                 Bernaung di bawah…(frasa kerja)
v)                  Perlembagaan negara…(frasa nama)
Langkah 3.
Menentukan frasa menjadi subjek (frasa nama) atau predikat (frasa nama, frasa kerja)
Frasa nama boleh menjadi subjek dan predikat ayat.
Frasa kerja hanya boleh menjadi predikat ayat.
Contoh:
i)                    Keharmonian masyarakat… (frasa nama) menjadi subjek atau predikat
ii)                   Masyarakat majmuk…(frasa nama) menjadi subjek atau predikat
iii)                 Kelangsungan hidup…(frasa nama) menjadi subjek atau predikat
iv)                 Kelangsungan hidup …(frasa kerja) menjadi predikat
v)                  Perlembagaan negara…(frasa nama) menjadi subjek atau predikat
Langkah 4.
Subjek
Predikat
Keharmonian masyarakat…
FN, FA, FK, FS
FN
…keharmonian masyarakat
Masyarakat majmuk
FN, FA, FK, FS
FN
…masyarakat majmuk
FN
…kelangsungan hidup
Perlembagaan negara…
FN, FA, FK, FS
FN
…perlembagaan negara…

Langkah 5.
Membina ayat . Pelajar perlu melengkapkan jadual di atas.
Contoh:
Ayat 1. Keharmonian masyarakat… + FN, FA, FK, FS
Ayat ii. . Keharmonian masyarakat + FN
Ayat iii.  Keharmonian masyarakat (FN) +  hendaklah sentiasa dipupuk  dan dipertahankan oleh semua ahli masyarakat agar rakyat dapat hidup dengan sejahtera di negara ini. (FK)
Ayat iv. Keharmonian masyarakat (FN) + ialah lambang identiti nasional  negara ini. (FN)
Ayat v. Keharmonian masyarakat (FN) + untuk semua rakyat yang tinggal di negara ini. (FS)
Ayat vi. Keharmonian masyarakat yang dinikmati selama ini (FN) adalah susah senang generasi terdahulu. (FA)

Aktiviti 2:
Mencerakinkan binaan ayat.
Contoh:
Perenggan
Ayat
Subjek
Predikat
1
1
Perpaduan dan keharmonian antara kaum
adalah sangat penting diperkukuh dalam masyarakat majmuk seperti yang wujud di Malaysia.
3
1
Rakyat Malaysia yang hidup dalam lingkungan kepelbagaian etnik, fahaman, dan amalan kebudayaan
tidak sepatutnya mengejar agenda bersifat perkauman dalam kalangan masyarakat
3
2
Tindakan demikian
akan menanam benih perbalahan

Aktiviti 3:
Menyatakan jenis frasa: frasa nama (FN), frasa kerja (FK), frasa adjektif (FA), dan frasa sendi nama (FS)
Perenggan
Ayat
Frasa
Jenis Frasa
FN, FK, FA, FS
2
1
Rakyat Malaysia daripada pelbagai etnik
FN
2
1
perlu saling bekerjasama
FK
4
1
Untuk menjadi sebuah negara yang kukuh
FS
4
2
dipertahankan bagi menentukan survival Malaysia
FK
3
4
alpa akan kepentingan keharmonian antara kaum
FA

Aktiviti 4:
Menyatakan ayat susunan biasa atau songsang.
Ayat songsang ialah ayat yang telah mengalami proses pendepanan predikat.
Susunan ayat songsang ialah predikat + subjek.
Bil.
Ayat
Susunan biasa atau songsang
1.
rakyat Malaysia perlu lebih peka akan peranan dan sumbangan mereka terhadap perpaduan negara.
Susunan biasa
2.
Untuk menjadi sebuah negara yang kukuh ikatan perpaduan rakyatnya, struktur masyarakat mestilah sentiasa diperkukuh.
Songsang
3.
Semangat patriotik wajar disemaikan dalam kalangan generasi muda.
Susunan biasa

Aktiviti 5:
Menukarkan ayat susunan biasa kepada ayat songsang.
Bil.

Ayat susunan biasa
Ayat songsang
1.
Perpaduan dan keharmonian antara kaum adalah sangat penting diperkukuh dalam masyarakat majmuk seperti yang wujud di Malaysia.
Adalah sangat penting diperkukuh dalam masyarakat majmuk seperti yang wujud di Malaysia, perpaduan dan keharmonian antara kaum
2.
Rakyat Malaysia mestilah bijak menangani masalah yang menggugat perpaduan
Mestilah bijak menangani masalah yang menggugat perpaduan, rakyat Malaysia
3.
Rakyat Malaysia yang hidup dalam lingkungan kepelbagaian etnik, fahaman, dan amalan kebudayaan tidak sepatutnya mengejar agenda bersifat perkauman dalam kalangan masyarakat.
Ttidak sepatutnya mengejar agenda bersifat perkauman dalam kalangan masyarakat, rakyat Malaysia yang hidup dalam lingkungan kepelbagaian etnik, fahaman, dan amalan kebudayaan
4.
Semangat patriotik wajar disemaikan dalam kalangan generasi muda.
Wajar disemaikan dalam kalangan generasi muda, semangat patriotik.

Aktiviti 6:
Menukarkan ayat aktif kepada ayat pasif.
Imbuhan meN-… ditukar kepada  di-…, ter…, ke-..-an, kena
Imbuhan pasif di-…+ oleh (oleh  boleh digugurkan)
Bil.
Ayat aktif
Ayat pasif
1.
Perpaduan masyarakat  yang menentukan kelangsungan pembangunan negara.
Kelangsungan dan pembangunan negara ditentukan oleh (opsyenal) perpaduan masyarakat.
2.
Rakyat tidak boleh menghancurkan asas perpaduan.
Asas perpaduan tidak boleh dihancurkan oleh rakyat.
3.
Benih perbalahan  akan melunturkan keharmonian dan perpaduan yang wujud selama ini.
Keharmonian dan perpaduan yang wujud selama ini akan dilunturkan oleh benih perbalahan.
4.
Rrakyat Malaysia mestilah bijak menangani masalah yang menggugat perpaduan.
Masalah yang menggugat perpaduan mestilah ditangani oleh rakyat Malaysia dengan bijak.
5.
Kita perlu menerima persamaan.
Persamaan perlu kita terima.

Aktiviti 7:
Menukarkan ayat pasif kepada ayat aktif.
Bil.
Ayat pasif
Ayat aktif
1.
Hal ini benar-benar diinsafi oleh mereka.
Mereka benar-benar menginsafi hal ini.
2.
Sesuatu hal yang timbul itu dapat diselesaikan oleh rakyat Malaysia tanpa melukai perasaan mana-mana pihak.

Rakyat Malaysia dapat menyelesaikan sesuatu hal yang timbul tanpa melukai perasaan mana-mana pihak.
3.
Semangat patriotik wajar disemaikan  oleh masyarakat dalam kalangan generasi muda.
Masyarakat wajar menyemaikan semangat petriotik dalam kalangan generasi muda.
4.
Tanggungjawab ini dipikul oleh semua pihak yang cinta akan negara ini.
Semua pihak yang cinta akan negara ini memikul tanggungjawab ini.
5.
Struktur masyarakat mestilah sentiasa diperkukuh oleh ahli-ahlinya.
Ahli-ahlinya mestilah sentiasa memperkukuh struktur masyarakat.


Aktiviti 8:
Menggabungkan ayat.
Unsur yang sama dalam ayat yang berlainan boleh digugurkan, baik dalam subjek mahupun dalam predikat.
Gunakan tanda koma bagi menyenaraikan perkara yang sama golongannya.
Gunakan kata hubung yang bersesuaian. 

Contoh:
Ayat 1: Perpaduan  antara kaum adalah sangat penting diperkukuh dalam masyarakat    majmuk seperti yang wujud di Malaysia.
Ayat 2:  Keharmonian antara kaum adalah sangat penting diperkukuh dalam masyarakat majmuk seperti              yang wujud di Malaysia.
Dalam ayat 1 dan 2, unsur yang sama ialah antara kaum adalah sangat penting diperkukuh dalam           masyarakat                 majmuk seperti yang wujud di Malaysia.(Predikat)
                Unsur predikat yang sama hanya perlu ditulis sekali sahaja menjadi:
                Perpaduan dan keharmonian antara kaum adalah sangat penting diperkukuh dalam    masyarakat       majmuk seperti yang wujud di Malaysia.
Latihan:
1.       a. Rakyat Malaysia bernaung di bawah payung Perlembagaan Persekutuan.
b. Rakyat Malaysia bernaung di bawah payung  Rukun Negara.
c. Rukun Negara sebagai panduan pembinaan negara.

2.       a. Rakyat Malaysia daripada pelbagai etnik perlu saling bekerjasama.
b. Pelbagai etnik perlu saling bekerjasama untuk memperkukuh keharmonian.
c. Mereka sedar bahawa hanya persefahaman antara kaum yang mampu mencernakan perpaduan seluruh rakyat.

Aktiviti 9:
Mencerakinkan ayat.
Pelajar perlu mengenal pasti unsur subjek dan predikat dalam ayat.
Setiap ayat yang dicerakinkan mestilah lengkap, mengandungi hanya satu subjek dan hanya satu predikat.
Contoh:
1.       Rakyat Malaysia yang hidup dalam lingkungan kepelbagaian etnik, fahaman, dan amalan kebudayaan tidak sepatutnya mengejar agenda bersifat perkauman dalam kalangan masyarakat.
                Ayat a: Rakyat Malaysia yang hidup dalam lingkungan kepelbagaian etnik tidak sepatutnya                                          mengejar agenda bersifat perkauman dalam kalangan masyarakat.
                Ayat b: Rakyat Malaysia yang hidup dalam lingkungan kepelbagaian  fahaman tidak sepatutnya                                  mengejar agenda bersifat perkauman dalam kalangan masyarakat.
                Ayat c: Rakyat Malaysia yang hidup dalam lingkungan kepelbagaian amalan kebudayaan tidak                                     sepatutnya mengejar agenda bersifat perkauman dalam kalangan masyarakat.

Latihan:
1.       Hal ini benar-benar diinsafi oleh mereka kerana inilah tanah air tempat mereka dilahirkan, membina kehidupan, mencari rezeki, dan akhirnya di sinilah mereka disemadikan. 
2.       Sementara itu, rakyat Malaysia perlu lebih peka akan peranan dan sumbangan mereka terhadap perpaduan negara.
3.       Mereka perlu sedar bahawa kecuaian dan sikap sambalewa akan meruntuhkan ikatan perpaduan dalam kelangan masyarakat.

4.       Hal ini benar-benar diinsafi oleh mereka kerana inilah tanah air tempat mereka dilahirkan, membina kehidupan, mencari rezeki, dan akhirnya di sinilah mereka disemadikan.  

No comments:

Post a Comment