Wikipedia

Search results

Sunday 26 April 2015

Modul 1
Petikan 1
Rumusan
Baca petikan di bawah ini dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang kaedah-kaedah  meningkatkan perpaduan dan akibat hidup berpecah belah. Panjangnya rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.
                Perpaduan dan keharmonian antara kaum adalah sangat penting diperkukuh dalam masyarakat majmuk seperti yang wujud di Malaysia. Selama ini perpaduan masyarakat  yang menentukan kelangsungan pembangunan negara.  Sejak negara kita mencapai kemerdekaan, rakyat Malaysia bernaung di bawah payung Perlembagaan Persekutuan dan Rukun Negara sebagai panduan pembinaan negara.  Oleh sebab itu, rakyat tidak boleh menghancurkan asas perpaduan yang utuh selama ini kerana asas persefahaman hidup bersama itu dibentuk melalui semangat bertolak ansur dan berkompromi.
                Rakyat Malaysia daripada pelbagai etnik perlu saling bekerjasama untuk memperkukuh keharmonian kerana mereka sedar bahawa hanya persefahaman antara kaum yang mampu mencernakan perpaduan seluruh rakyat. Atas kesedaran tersebut, rakyat Malaysia tidak harus  membiarkan fahaman pelampau memecahbelahkan persepakatan sesama mereka yang terjalin sejak sekian lama.  Hal ini benar-benar diinsafi oleh mereka kerana inilah tanah air tempat mereka dilahirkan, membina kehidupan, mencari rezeki, dan akhirnya di sinilah mereka disemadikan.  Dalam setiap langkah, azam mereka hanyalah satu, iaitu tidak akan membenarkan  kumpulan etnik menguji sempadan perpaduan yang terbina selama berdekad-dekad itu.  Sehubungan dengan itu, rakyat Malaysia mestilah bijak menangani masalah yang menggugat perpaduan agar sesuatu hal yang timbul itu dapat diselesaikan tanpa melukai perasaan mana-mana pihak.

                Rakyat Malaysia yang hidup dalam lingkungan kepelbagaian etnik, fahaman, dan amalan kebudayaan tidak sepatutnya mengejar agenda bersifat perkauman dalam kalangan masyarakat. Tindakan demikian akan menanam benih perbalahan yang akan melunturkan keharmonian dan perpaduan yang wujud selama ini.  Pembinaan negara bangsa bukanlah suatu proses yang mudah kerana terpahat padanya cabaran berliku-liku yang memerlukan persefahaman dan pengorbanan daripada pelbagai pihak.  Oleh sebab itu, rakyat Malaysia tidak boleh alpa akan kepentingan keharmonian antara kaum yang menunjangi kehidupan rakyat selama ini. Sementara itu, rakyat Malaysia perlu lebih peka akan peranan dan sumbangan mereka terhadap perpaduan negara.  Mereka perlu sedar bahawa kecuaian dan sikap sambalewa akan meruntuhkan ikatan perpaduan dalam kelangan masyarakat.  Sehubungan dengan itu, semangat patriotik wajar disemaikan dalam kalangan generasi muda. Tanggungjawab ini dipikul oleh semua pihak yang cinta akan negara ini.
                Untuk menjadi sebuah negara yang kukuh ikatan perpaduan rakyatnya, struktur masyarakat mestilah sentiasa diperkukuh.  Hal ini demikian kerana isu penyepaduan nasional hendaklah terus dipertahankan bagi menentukan survival Malaysia. Sebagai contoh, kita perlu menerima persamaan daripada membesarkan perbezaan.  Sememangnya, kita tidak dapat lari daripada realiti hidup kerana dalam kepelbagaian itu, ada sesuatu yang terpaksa dikorbankan demi kepentingan bangsa dan negra.
                                                                                (Dipetik dan diubah suai daripada “Jangan Langgar Sempadan                                                                                    Perpaduan” Oleh Lee Lam Thye, Utusan Malaysia, 10 Januari                                                                                      2014)

Langkah 1.
Pelajar mesti membaca arahan (soalan) petikan di atas dengan cermat. (Lebih daripada sekali)
Baca petikan di bawah ini dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang kaedah-kaedah  meningkatkan perpaduan dan akibat hidup berpecah belah. Panjangnya rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.
Langkah 2.
Fokus pada kaedah-kaedah  meningkatkan perpaduan dan akibat hidup berpecah belah.
i)                    kaedah-kaedah  meningkatkan perpaduan  
ii)                  akibat hidup berpecah belah (isi-isi tersirat adalah opsyenal).
Jika pelajar memilih untuk menulis isi-isi tersirat, perenggan tersebut boleh dimulai dengan:
 Akibat hidup berpecah belah ialah…………………
Langkah 3.
Menukarkan kata kaedah-kaedah (dalam soalan) dengan perkataan lain yang sama maknanya.
Kata kunci dalam soalan
Perkataan yang sama makna
kaedah-kaedah
pendekatan, cara-cara, langkah-langkah, dll

Jadual rujukan menukar kata kunci atau tugasan dalam soalan:
A
Sebab-sebab, punca-punca, faktor-faktor, potensi
B
Langkah-langkah, cara-cara, tindakan-tindakan, kaedah-kaedah, pendekatan, usaha-usaha
C
Halangan, masalah, kekangan, kerenah, penghalang, kendala, aral
D
Kepentingan, keperluan, tanggungjawab, harapan, kebaikan, kemaslahatan, faedah, kesan-kesan positif
E
Kesan negatif, akibat, impak

Langkah 4:
Membina pendahuluan jawapan rumusan.
Contoh:
Petikan membincangkan pendekatan yang perlu diamalkan untuk meningkatkan perpaduan rakyat (siapa ?) di negara ini (di mana?).
Langkah 5.
Mengesan isi-isi tersurat.
Contoh:
Perenggan
Ayat
Subjek
Predikat
Ada Isi Tersurat
1
1
Perpaduan dan keharmonian antara kaum
adalah sangat penting diperkukuh dalam masyarakat majmuk seperti yang wujud di Malaysia.
Tiada
2
1
Rakyat Malaysia daripada pelbagai etnik
perlu saling bekerjasama untuk memperkukuh keharmonian kerana mereka sedar bahawa hanya persefahaman antara kaum yang mampu mencernakan perpaduan seluruh rakyat.
Ada
2
2
Atas kesedaran tersebut, rakyat Malaysia
tidak harus  membiarkan fahaman pelampau memecahbelahkan persepakatan sesama mereka yang terjalin sejak sekian lama.
Ada
2
4
Dalam setiap langkah, azam mereka hanyalah satu,
iaitu tidak akan membenarkan  kumpulan etnik menguji sempadan perpaduan yang terbina selama berdekad-dekad itu
Ada
2
5
Sehubungan dengan itu, rakyat Malaysia
mestilah bijak menangani masalah yang menggugat perpaduan agar sesuatu hal yang timbul itu dapat diselesaikan tanpa melukai perasaan mana-mana pihak.

Ada
3
1
Rakyat Malaysia yang hidup dalam lingkungan kepelbagaian etnik, fahaman, dan amalan kebudayaan
tidak sepatutnya mengejar agenda bersifat perkauman dalam kalangan masyarakat
Ada
3
4
Oleh sebab itu, rakyat Malaysia
tidak boleh alpa akan kepentingan keharmonian antara kaum yang menunjangi kehidupan rakyat selama ini.
Ada

Langkah 6.
Pelajar hendaklah mengenal pasti bahagian subjek atau predikat yang mengandungi isi tersurat yang relevan dengan soalan.
Contoh:
Perenggan 2
Ayat 1
Subjek: Rakyat Malaysia daripada pelbagai etnik
Predikat: perlu saling bekerjasama untuk memperkukuh keharmonian kerana mereka sedar bahawa hanya persefahaman antara kaum yang mampu mencernakan perpaduan seluruh rakyat.
Keseluruhan ayat di atas mengandungi isi yang relevan dengan soalan.  Pelajar tidak boleh menyalin ayat tersebut bulat-bulat daripada petikan.  Pelajar perlu mengenalpasti bahagian yang diperlukan sahaja, bahagian yang tidak perlu seperti contoh dan keterangan hendaklah diabaikan.
Contoh:
 Rakyat Malaysia daripada pelbagai etnik perlu saling bekerjasama untuk memperkukuh keharmonian.
( 1 isi lengkap)

Langkah 7
Menulis jawapan lengkap bagi perenggan 2 (isi-isi tersurat)
Mulakan jawapan dalam perenggan 2 dengan  frasa Kaedah-kaedah  meningkatkan perpaduan ialah…
Isi 1: Rakyat Malaysia (subjek) tidak boleh menghancurkan asas perpaduan yang utuh selama ini.(predikat) [2 markah]
Isi 2: Rakyat Malaysia (subjek) daripada pelbagai etnik perlu saling bekerjasama untuk memperkukuh keharmonian. (predikat)[2 markah]
Isi 3: Rakyat Malaysia (subjek)tidak harus membiarkan fahaman pelampau memecahbelahkan persepakatan sesama mereka. (predikat) [ 2 markah]
Isi 4: Rakyat Malaysia (subjek) tidak akan membenarkan kumpulan  etnik menguji sempadan perpaduan. (predikat) [2 markah]
Isi 5: Rakyat Malaysia (subjek) mestilah bijak menangani masalah yang menggugat perpaduan. (predikat) [ 2 markah]
Isi 6: Rakyat Malaysia (subjek) tidak ssepatutnya mengejar agenda bersifat perkauman dalam masyarakat. (predeikat) [ 2 markah ]
Isi  7:  Rakyat Malaysia (subjek) tidak boleh alpa akan kepentingan keharmonian antara kaum. (predikat) [ 2 markah]
Isi 8: Rakyat Malaysia (subjek) perlu lebih peka akan peranan dan sumbangan mereka kepada perpaduan negara.(predikat) [ 2 markah]
Langkah 8
Memilih penanda wacana yang sesuai
Contoh: selain itu, seterusnya, di samping itu, tambahan lagi, akhir sekali

Langkah 9
Sekiranya di dalam petikan,  ayat yang diberi sudah mengandungi penanda wacana, pelajar boleh menggugurkan penanda wacana tersebut untuk mengelakkan dianggap menyalin bulat-bulat daripada petikan.
Contoh:
Sehubungan dengan itu, (penanda wacana) rakyat Malaysia mestilah bijak menangani masalah yang menggugat perpaduan agar sesuatu hal yang timbul itu dapat diselesaikan tanpa melukai perasaan mana-mana pihak.
Pelajar boleh menulis seperti dalam contoh berikut:
Rakyat Malaysia mestilah bijak menangani masalah yang menggugat perpaduan agar sesuatu hal yang timbul itu dapat diselesaikan tanpa melukai perasaan mana-mana pihak.

Langkah 10
Aktiviti 1
Menulis jawapan lengkap
Contoh jawapan lengkap bagi perenggan 2 (isi-isi tersurat)
                Kaedah-kaedah  meningkatkan perpaduan ialah rakyat Malaysia (subjek) tidak boleh menghancurkan asas perpaduan yang utuh selama ini.(predikat) Selain itu,(penanda wacana) rakyat Malaysia (subjek) daripada pelbagai etnik perlu saling bekerjasama untuk memperkukuh keharmonian. (predikat) Rakyat Malaysia juga (subjek)tidak harus membiarkan fahaman pelampau memecahbelahkan persepakatan sesama mereka. (predikat) Seterusnya, ( penanda wacana) rakyat Malaysia (subjek) tidak akan membenarkan kumpulan etnik menguji sempadan perpaduan. (predikat) Di sampping itu, (penanda wacana) rakyat Malaysia (subjek) mestilah bijak menangani masalah yang menggugat perpaduan. (predikat) Rakyat Malaysia (subjek) tidak sepatutnya mengejar agenda bersifat perkauman dalam masyarakat. (predikat)  Seterusnya, (penanda wacana) rakyat Malaysia (subjek) tidak boleh alpa akan kepentingan keharmonian antara kaum. (predikat)  Akhir sekali, (penanda wacana) rakyat Malaysia (subjek) perlu lebih peka akan peranan dan sumbangan mereka kepada perpaduan negara.
Penanda wacana bukanlah satu unsur yang wajib dalam jawapan rumusan.
Setiap isi yang ditulis dalam ayat-ayat yang lengkap diberi 2 markah  isi dan 1 markah bahasa.
Markah diperoleh:
8 isi x 2 markah = 16 markah
Markah bahasa  separuh daripada markah isi yang diperoleh: 16 /2 = 8
Jumlah = 24 markah
Aktiviti 2
Penilaian bagi jawapan yang tidak lengkap
                Kaedah-kaedah  meningkatkan perpaduan ialah   tidak boleh menghancurkan asas perpaduan yang utuh selama ini.(predikat) Selain itu,(penanda wacana) rakyat Malaysia (subjek) daripada pelbagai etnik perlu saling bekerjasama untuk memperkukuh keharmonian. (predikat) Tidak harus membiarkan fahaman pelampau memecahbelahkan persepakatan sesama mereka. (predikat) Seterusnya, ( penanda wacana) tidak akan membenarkan kumpulan etnik menguji sempadan perpaduan. (predikat) Di samping itu, mestilah bijak menangani masalah yang menggugat perpaduan. (predikat) Rakyat Malaysia (subjek) tidak sepatutnya mengejar agenda bersifat perkauman dalam masyarakat. (predikat) Tidak boleh alpa akan kepentingan keharmonian antara kaum. (predikat)  Akhir sekali, perlu lebih peka akan peranan dan sumbangan mereka kepada perpaduan negara.
Isi dalam ayat yang lengkap ialah:
1.       Selain itu, (penanda wacana) rakyat Malaysia (subjek) daripada pelbagai etnik perlu saling bekerjasama untuk memperkukuh keharmonian. (predikat)
2.       Rakyat Malaysia (subjek) tidak sepatutnya mengejar agenda bersifat perkauman dalam masyarakat. (predikat)

Markah isi:                                                                   2 isi lengkap x 2 markah = 4 markah
Markah bahasa:                                                         4/2 = 2 markah
Jumlah markah bagi perenggan isi tersurat = Isi (4 markah) + Bahasa ( 2 markah ) =6 markah daripada 24 markah
               

Langkah 11
Menulis kesimpulan rumusan
a.       Ada dua bahagian penting dalam kesimpulan:
i)                    cadangan
ii)                   kesan atau harapan
b.      Fokus – pelajar mesti memahami tema yang dibincangkan dalam bahan petikan yang diberi.
c.       Contoh: fokus kepada pelajar, rakyat, masyarakat, ibu bapa, remaja, dll.
d.      Petikan di atas adalah berfokus pada rakyat negara ini/Malaysia.
e.      Bahagian satu rumusan(cadangan) –setiap rakyat Malaysia hendaklah mempertahankan perpaduan…
f.        Bahagian dua rumusan (kesan atau harapan) – agar negara tidak terjerumus ke dalam kancah persengketaan.
g.       Dalam kesimpulan, pelajar boleh menulis cadangan dan harapan yang belum dibincangkan dalam bahagian  isi-isi tersurat dan isi-isi tersirat.
Contoh kesimpulan:

Kesimpulannya, setiap rakyat Malaysia hendaklah mempertahankan perpaduan (cadangan) agar negara tidak terjerumus ke dalam kancah persengketaan. (kesan atau harapan)

No comments:

Post a Comment