Nada Sajak
Sering kali, pelajar beranggapan bahawa terdapat beberapa nada dalam sesebuah
sajak. Misalnya, nada romantis pada rangkap pertama dan nada sinis pada rangkap
kedua. Anggapan ini kurang tepat. Hal ini kerana hanya ada satu nada sahaja
bagi sebuah sajak.
Terdapat
lima nada sajak.
a) Nada patriotik,
nada melankolik, nada sinis, nada romantis, nada protes. Nada patriotik ialah
nada yang paling mudah dikenal pasti oleh pelajar. Mudah sahaja, kerana
penyajak menggunakan idea dan perasaan yang mencintai negara, menentang
penjajahan atau menggambarkan kasih bangganya kepada kemajuan negara.
b) Nada sinis juga boleh dikenal apabila penyajak
menyindir manusia atau mana-mana pihak dalam sesuatu isu tertentu. Jelasnya,
penyajak berasa kurang puas hati terhadap mana-mana pihak tetapi tidak
menggambarkan kemarahannya. Sebaliknya, unsur sindiran yang digunakan.
c) Nada protes pula
dapat dikenal sekiranya penyajak marah dan menggunakan kata-kata yang
menggambarkan rasa geram terhadap sesuatu isu atau pihak.
d) Nada melankolik
jarang ditemui kini kerana penyajak akan meluahkan rasa sedih, pilu dan hiba
dalam seluruh sajak. Biasanya, berkaitan dengan isu kehilangan orang tersayang
atau kecewa dalam percintaan.
e) Nada romantis
merupakan nada yang paling lazim kerana nada ini terdapat dalam kebanyakan
sajak iaitu sajak-sajak berkaitan kehidupan harian, kisah silam atau pengamatan
penyajak terhadap alam atau manusia. Oleh sebab itu, nada sajak romantis kurang
ditanya dalam peperiksaan.
No comments:
Post a Comment