Wikipedia

Search results

Tuesday, 15 September 2015



Setelah 20 tahun tidak bertemu, dah bermenantu sahabatku ini.

Sunday, 14 June 2015

Ramadan Datang Lagi

Ramadan semakin hampir. Buatlah persiapan untuk menyambut kedatangannya.

Taksonomi Bloom

Taksonomi Bloom

Pengetahuan (Knowledge)
Berisikan kemampuan untuk mengenali dan mengingat peristilahan, definisi, fakta-fakta, gagasan, pola, urutan, metodologi, prinsip dasar, dsb. Sebagai contoh, ketika diminta menjelaskan manajemen kualitas, orang yg berada di level ini bisa menguraikan dengan baik definisi dari kualitas, karakteristik produk yang berkualitas, standar kualitas minimum untuk produk.

Pemahaman (Comprehension)
Berisikan kemampuan mendemonstrasikan fakta dan gagasan mengelompokkan dengan mengorganisir, membandingkan, menerjemahkan, memaknai, memberi deskripsi, dan menyatakan gagasan utama
·         Terjemahan
·         Pemaknaan
·         Ekstrapolasi
Pertanyaan seperti: Membandingkan manfaat mengkonsumsi apel dan jeruk terhadap kesehatan

Aplikasi (Application)
Di tingkat ini, seseorang memiliki kemampuan untuk menerapkan gagasan, prosedur, metode, rumus, teori, dsb di dalam kondisi kerja. Sebagai contoh, ketika diberi informasi tentang penyebab meningkatnya reject di produksi, seseorang yg berada di tingkat aplikasi akan mampu merangkum dan menggambarkan penyebab turunnya kualitas dalam bentuk fish bone diagram.

Analisis (Analysis)
Di tingkat analisis, seseorang akan mampu menganalisis informasi yang masuk dan membagi-bagi atau menstrukturkan informasi ke dalam bagian yang lebih kecil untuk mengenali pola atau hubungannya, dan mampu mengenali serta membedakan faktor penyebab dan akibat dari sebuah skenario yg rumit. Sebagai contoh, di level ini seseorang akan mampu memilah-milah penyebab meningkatnya reject, membanding-bandingkan tingkat keparahan dari setiap penyebab, dan menggolongkan setiap penyebab ke dalam tingkat keparahan yg ditimbulkan.

Sintesis (Synthesis)
Satu tingkat di atas analisis, seseorang di tingkat sintesa akan mampu menjelaskan struktur atau pola dari sebuah skenario yang sebelumnya tidak terlihat, dan mampu mengenali data atau informasi yang harus didapat untuk menghasilkan solusi yg dibutuhkan. Sebagai contoh, di tingkat ini seorang manajer kualitas mampu memberikan solusi untuk menurunkan tingkat reject di produksi berdasarkan pengamatannya terhadap semua penyebab turunnya kualitas produk.

Evaluasi (Evaluation)
Dikenali dari kemampuan untuk memberikan penilaian terhadap solusi, gagasan, metodologi, dsb dengan menggunakan kriteria yang cocok atau standar yg ada untuk memastikan nilai efektivitas atau manfaatnya. Sebagai contoh, di tingkat ini seorang manajer kualitas harus mampu menilai alternatif solusi yg sesuai untuk dijalankan berdasarkan efektivitas, urgensi, nilai manfaat, nilai ekonomis, dsb.


Gred SPM



Gred
Baharu
Markah
Nilai GPK
Nilai
PNG
Tahap
A+
90 – 100
1
4.0
CEMERLANG TERTINGGI
A
80 – 89
1
3.75
CEMERLANG TINGGI
A-
70 -79
2
3.50
CEMERLANG
B+
65 – 69
3
3.25
KEPUJIAN TERTINGGI
B
60 – 64
4
3.00
KEPUJIAN TINGGI
C+
55 – 59
5
2.75
KEPUJIAN ATAS
C
50 – 54
6
2.50
KEPUJIAN
D
45 – 49
7
2.25
LULUS ATAS
E
40 – 44
8
2.00
LULUS
G
0 – 39
9
1.75
GAGAL
Nada Sajak Sering kali, pelajar beranggapan bahawa terdapat beberapa nada dalam sesebuah sajak. Misalnya, nada romantis pada rangkap pertama dan nada sinis pada rangkap kedua. Anggapan ini kurang tepat. Hal ini kerana hanya ada satu nada sahaja bagi sebuah sajak.
Terdapat lima nada sajak.

a)     Nada patriotik, nada melankolik, nada sinis, nada romantis, nada protes. Nada patriotik ialah nada yang paling mudah dikenal pasti oleh pelajar. Mudah sahaja, kerana penyajak menggunakan idea dan perasaan yang mencintai negara, menentang penjajahan atau menggambarkan kasih bangganya kepada kemajuan negara.

b)       Nada sinis juga boleh dikenal apabila penyajak menyindir manusia atau mana-mana pihak dalam sesuatu isu tertentu. Jelasnya, penyajak berasa kurang puas hati terhadap mana-mana pihak tetapi tidak menggambarkan kemarahannya. Sebaliknya, unsur sindiran yang digunakan.

c)      Nada protes pula dapat dikenal sekiranya penyajak marah dan menggunakan kata-kata yang menggambarkan rasa geram terhadap sesuatu isu atau pihak.

d)      Nada melankolik jarang ditemui kini kerana penyajak akan meluahkan rasa sedih, pilu dan hiba dalam seluruh sajak. Biasanya, berkaitan dengan isu kehilangan orang tersayang atau kecewa dalam percintaan.


e)      Nada romantis merupakan nada yang paling lazim kerana nada ini terdapat dalam kebanyakan sajak iaitu sajak-sajak berkaitan kehidupan harian, kisah silam atau pengamatan penyajak terhadap alam atau manusia. Oleh sebab itu, nada sajak romantis kurang ditanya dalam peperiksaan.
 

Glosari Sastera

Memaparkan catatan dengan label Glosari Sastera. Papar semua catatan 29 APRIL 2010 Glosari Istilah Gaya Bahasa
 1. Anafora-pengulangan kata pada awal baris. Contohnya, Tiap insan mengecap nikmat merdeka, Tiap saat menghirup segar uadara kebebasan,

2. Epifora-pengulangan perkataan pada akhir baris. Contohnya, Fajar hilang ditelan sibuk kota, Tawaku kemarau di dada kota,

 3. Responsif-pengulangan kata pada tengah baris. Contohnya, Kemerdekaan adalah milik kami, Kebebasan adalah impian semua,
 4. Hiperbola- gaya bahasa perbandingan yang menggambarkan sesuatu secara berlebihan-lebihan. Contohnya, Darah mengalir menganak sungai, Dia berendam air mata.

5. Hybrid-penggabungan dua patah kata. Contohnya, menyinarresap, sedihpilu.

 6. Inversi-pembalikan kata iaitu urutan kata yang menyimpang daripada kebiasaan supaya menjadi baris yang lebih menarik dan menghasilkan kesan tertentu. Contohnya,terasa sekali dingin angin.

 7. Metafora-gabungan kata yang menerbitkan makna yang lain daripada makna asal. Pada kebiasaannya, mengandungi 2 patah perkataan gabungan kata konkrit dan abstrak. Contohnya, jentera ingatan, gunung harapan,fajar cemerlang.

8. Personifikasi- gaya bahasa perbandingan yang memberikan sifat manusia kepada benda,haiwan dan tumbuhan. Contohnya, hatiku dimamah sepi, mentari tersenyum riang.

9. Simbolik-juga dikenali sebagai perlambangan. Melukiskan sesuatu dengan menggunakan benda lain sebagai lambang. Contohnya,’merpati’ melambangkan ‘kebebasan’ dan ‘gunung’ melambangkan ‘cita-cita.’

10. Simile- gaya bahasa perbandingan yang digunakan untuk membandingkan sesuatu yang lain dengan menggunakan kata-kata perbandingan iaitu umpama,bak,bagai,macam,laksana. Contohnya, ibuku bagaikan pelita, dia berjalan laju seperti angin

11. Perbandingan terus Gaya bahasa perbandingan yang tidak menggunakan kata bak, seperti, bagaikan, umpama, macam, laksana. Contohnya, tanahair adalah ibundaku, guruku mentari bersinar.

 12. Sinkof-kata singkatan. Contohnya, nak, saja, kau, tak, dah.

13. Kata ganda- kata yang digandakan seperti rumah-rumah, bukit-bukau, warna-warni, daun-daun.

 14. Alusi- penggunaan nama tokoh manusia dengan membawa maksud tertentu. Contohnya, Dengan langkah Hang Tuah, dia melonjakkan nama negara.

 15. Asonansi – pengulangan bunyi vokal dalam baris. Contohnya, asonansi a, mereka mencipta jaya.


16. Aliterasi – pengulangan bunyi konsonan dalam baris. Contohnya, aliterasi k, akan kukendong impian keluar

Sunday, 26 April 2015

Tatabahasa
Aktiviti 1: Membina ayat
Soalan 1:
Berikan maksud perkataan-perkataan berikut:
(Guru boleh menyenaraikan kata dasar sahaja, kata berimbuhan awalan,  kata berimbuhan akhiran, kata berimbuhan apitan, atau sisipan)
i)                    Keharmonian
ii)                   Majmuk
iii)                 Kelangsungan
iv)                 Bernaung
v)                  Perlembagaan
vi)                 berkompromi.
vii)               Etnik
viii)              Mencernakan
ix)                 disemadikan. 
x)                  Sambalewa
xi)                 Patriotik
xii)               Struktur
xiii)              Penyepaduan
xiv)             Survival
Soalan 2:
Nyatakan golongan kata bagi perkataan-perkataan dalam senarai di atas ( kata nama, kata kerja)
Soalan 3:
Bina ayat menggunakan perkataan-perkataan dalam senarai Soalan 1.
Langkah 1.
Memperluas maksud, daripada kata menjadi frasa kerja atau frasa nama.
Contoh:
i)                    Keharmonian menjadi keharmonian masyarakat
ii)                   Majmuk menjadi masyarakat majmuk
iii)                 Kelangsungan menjadi kelangsungan hidup…
iv)                 Bernaung  menjadi bernaung  di bawah
v)                  Perlembagaan menjadi perlembagaan negara...
Langkah 2.
Menentukan jenis frasa ( frasa nama atau frasa kerja)
Contoh:
i)                    Keharmonian masyarakat… (frasa nama)
ii)                   Masyarakat majmuk…(frasa nama)
iii)                 Kelangsungan hidup…(frasa nama)
iv)                 Bernaung di bawah…(frasa kerja)
v)                  Perlembagaan negara…(frasa nama)
Langkah 3.
Menentukan frasa menjadi subjek (frasa nama) atau predikat (frasa nama, frasa kerja)
Frasa nama boleh menjadi subjek dan predikat ayat.
Frasa kerja hanya boleh menjadi predikat ayat.
Contoh:
i)                    Keharmonian masyarakat… (frasa nama) menjadi subjek atau predikat
ii)                   Masyarakat majmuk…(frasa nama) menjadi subjek atau predikat
iii)                 Kelangsungan hidup…(frasa nama) menjadi subjek atau predikat
iv)                 Kelangsungan hidup …(frasa kerja) menjadi predikat
v)                  Perlembagaan negara…(frasa nama) menjadi subjek atau predikat
Langkah 4.
Subjek
Predikat
Keharmonian masyarakat…
FN, FA, FK, FS
FN
…keharmonian masyarakat
Masyarakat majmuk
FN, FA, FK, FS
FN
…masyarakat majmuk
FN
…kelangsungan hidup
Perlembagaan negara…
FN, FA, FK, FS
FN
…perlembagaan negara…

Langkah 5.
Membina ayat . Pelajar perlu melengkapkan jadual di atas.
Contoh:
Ayat 1. Keharmonian masyarakat… + FN, FA, FK, FS
Ayat ii. . Keharmonian masyarakat + FN
Ayat iii.  Keharmonian masyarakat (FN) +  hendaklah sentiasa dipupuk  dan dipertahankan oleh semua ahli masyarakat agar rakyat dapat hidup dengan sejahtera di negara ini. (FK)
Ayat iv. Keharmonian masyarakat (FN) + ialah lambang identiti nasional  negara ini. (FN)
Ayat v. Keharmonian masyarakat (FN) + untuk semua rakyat yang tinggal di negara ini. (FS)
Ayat vi. Keharmonian masyarakat yang dinikmati selama ini (FN) adalah susah senang generasi terdahulu. (FA)

Aktiviti 2:
Mencerakinkan binaan ayat.
Contoh:
Perenggan
Ayat
Subjek
Predikat
1
1
Perpaduan dan keharmonian antara kaum
adalah sangat penting diperkukuh dalam masyarakat majmuk seperti yang wujud di Malaysia.
3
1
Rakyat Malaysia yang hidup dalam lingkungan kepelbagaian etnik, fahaman, dan amalan kebudayaan
tidak sepatutnya mengejar agenda bersifat perkauman dalam kalangan masyarakat
3
2
Tindakan demikian
akan menanam benih perbalahan

Aktiviti 3:
Menyatakan jenis frasa: frasa nama (FN), frasa kerja (FK), frasa adjektif (FA), dan frasa sendi nama (FS)
Perenggan
Ayat
Frasa
Jenis Frasa
FN, FK, FA, FS
2
1
Rakyat Malaysia daripada pelbagai etnik
FN
2
1
perlu saling bekerjasama
FK
4
1
Untuk menjadi sebuah negara yang kukuh
FS
4
2
dipertahankan bagi menentukan survival Malaysia
FK
3
4
alpa akan kepentingan keharmonian antara kaum
FA

Aktiviti 4:
Menyatakan ayat susunan biasa atau songsang.
Ayat songsang ialah ayat yang telah mengalami proses pendepanan predikat.
Susunan ayat songsang ialah predikat + subjek.
Bil.
Ayat
Susunan biasa atau songsang
1.
rakyat Malaysia perlu lebih peka akan peranan dan sumbangan mereka terhadap perpaduan negara.
Susunan biasa
2.
Untuk menjadi sebuah negara yang kukuh ikatan perpaduan rakyatnya, struktur masyarakat mestilah sentiasa diperkukuh.
Songsang
3.
Semangat patriotik wajar disemaikan dalam kalangan generasi muda.
Susunan biasa

Aktiviti 5:
Menukarkan ayat susunan biasa kepada ayat songsang.
Bil.

Ayat susunan biasa
Ayat songsang
1.
Perpaduan dan keharmonian antara kaum adalah sangat penting diperkukuh dalam masyarakat majmuk seperti yang wujud di Malaysia.
Adalah sangat penting diperkukuh dalam masyarakat majmuk seperti yang wujud di Malaysia, perpaduan dan keharmonian antara kaum
2.
Rakyat Malaysia mestilah bijak menangani masalah yang menggugat perpaduan
Mestilah bijak menangani masalah yang menggugat perpaduan, rakyat Malaysia
3.
Rakyat Malaysia yang hidup dalam lingkungan kepelbagaian etnik, fahaman, dan amalan kebudayaan tidak sepatutnya mengejar agenda bersifat perkauman dalam kalangan masyarakat.
Ttidak sepatutnya mengejar agenda bersifat perkauman dalam kalangan masyarakat, rakyat Malaysia yang hidup dalam lingkungan kepelbagaian etnik, fahaman, dan amalan kebudayaan
4.
Semangat patriotik wajar disemaikan dalam kalangan generasi muda.
Wajar disemaikan dalam kalangan generasi muda, semangat patriotik.

Aktiviti 6:
Menukarkan ayat aktif kepada ayat pasif.
Imbuhan meN-… ditukar kepada  di-…, ter…, ke-..-an, kena
Imbuhan pasif di-…+ oleh (oleh  boleh digugurkan)
Bil.
Ayat aktif
Ayat pasif
1.
Perpaduan masyarakat  yang menentukan kelangsungan pembangunan negara.
Kelangsungan dan pembangunan negara ditentukan oleh (opsyenal) perpaduan masyarakat.
2.
Rakyat tidak boleh menghancurkan asas perpaduan.
Asas perpaduan tidak boleh dihancurkan oleh rakyat.
3.
Benih perbalahan  akan melunturkan keharmonian dan perpaduan yang wujud selama ini.
Keharmonian dan perpaduan yang wujud selama ini akan dilunturkan oleh benih perbalahan.
4.
Rrakyat Malaysia mestilah bijak menangani masalah yang menggugat perpaduan.
Masalah yang menggugat perpaduan mestilah ditangani oleh rakyat Malaysia dengan bijak.
5.
Kita perlu menerima persamaan.
Persamaan perlu kita terima.

Aktiviti 7:
Menukarkan ayat pasif kepada ayat aktif.
Bil.
Ayat pasif
Ayat aktif
1.
Hal ini benar-benar diinsafi oleh mereka.
Mereka benar-benar menginsafi hal ini.
2.
Sesuatu hal yang timbul itu dapat diselesaikan oleh rakyat Malaysia tanpa melukai perasaan mana-mana pihak.

Rakyat Malaysia dapat menyelesaikan sesuatu hal yang timbul tanpa melukai perasaan mana-mana pihak.
3.
Semangat patriotik wajar disemaikan  oleh masyarakat dalam kalangan generasi muda.
Masyarakat wajar menyemaikan semangat petriotik dalam kalangan generasi muda.
4.
Tanggungjawab ini dipikul oleh semua pihak yang cinta akan negara ini.
Semua pihak yang cinta akan negara ini memikul tanggungjawab ini.
5.
Struktur masyarakat mestilah sentiasa diperkukuh oleh ahli-ahlinya.
Ahli-ahlinya mestilah sentiasa memperkukuh struktur masyarakat.


Aktiviti 8:
Menggabungkan ayat.
Unsur yang sama dalam ayat yang berlainan boleh digugurkan, baik dalam subjek mahupun dalam predikat.
Gunakan tanda koma bagi menyenaraikan perkara yang sama golongannya.
Gunakan kata hubung yang bersesuaian. 

Contoh:
Ayat 1: Perpaduan  antara kaum adalah sangat penting diperkukuh dalam masyarakat    majmuk seperti yang wujud di Malaysia.
Ayat 2:  Keharmonian antara kaum adalah sangat penting diperkukuh dalam masyarakat majmuk seperti              yang wujud di Malaysia.
Dalam ayat 1 dan 2, unsur yang sama ialah antara kaum adalah sangat penting diperkukuh dalam           masyarakat                 majmuk seperti yang wujud di Malaysia.(Predikat)
                Unsur predikat yang sama hanya perlu ditulis sekali sahaja menjadi:
                Perpaduan dan keharmonian antara kaum adalah sangat penting diperkukuh dalam    masyarakat       majmuk seperti yang wujud di Malaysia.
Latihan:
1.       a. Rakyat Malaysia bernaung di bawah payung Perlembagaan Persekutuan.
b. Rakyat Malaysia bernaung di bawah payung  Rukun Negara.
c. Rukun Negara sebagai panduan pembinaan negara.

2.       a. Rakyat Malaysia daripada pelbagai etnik perlu saling bekerjasama.
b. Pelbagai etnik perlu saling bekerjasama untuk memperkukuh keharmonian.
c. Mereka sedar bahawa hanya persefahaman antara kaum yang mampu mencernakan perpaduan seluruh rakyat.

Aktiviti 9:
Mencerakinkan ayat.
Pelajar perlu mengenal pasti unsur subjek dan predikat dalam ayat.
Setiap ayat yang dicerakinkan mestilah lengkap, mengandungi hanya satu subjek dan hanya satu predikat.
Contoh:
1.       Rakyat Malaysia yang hidup dalam lingkungan kepelbagaian etnik, fahaman, dan amalan kebudayaan tidak sepatutnya mengejar agenda bersifat perkauman dalam kalangan masyarakat.
                Ayat a: Rakyat Malaysia yang hidup dalam lingkungan kepelbagaian etnik tidak sepatutnya                                          mengejar agenda bersifat perkauman dalam kalangan masyarakat.
                Ayat b: Rakyat Malaysia yang hidup dalam lingkungan kepelbagaian  fahaman tidak sepatutnya                                  mengejar agenda bersifat perkauman dalam kalangan masyarakat.
                Ayat c: Rakyat Malaysia yang hidup dalam lingkungan kepelbagaian amalan kebudayaan tidak                                     sepatutnya mengejar agenda bersifat perkauman dalam kalangan masyarakat.

Latihan:
1.       Hal ini benar-benar diinsafi oleh mereka kerana inilah tanah air tempat mereka dilahirkan, membina kehidupan, mencari rezeki, dan akhirnya di sinilah mereka disemadikan. 
2.       Sementara itu, rakyat Malaysia perlu lebih peka akan peranan dan sumbangan mereka terhadap perpaduan negara.
3.       Mereka perlu sedar bahawa kecuaian dan sikap sambalewa akan meruntuhkan ikatan perpaduan dalam kelangan masyarakat.

4.       Hal ini benar-benar diinsafi oleh mereka kerana inilah tanah air tempat mereka dilahirkan, membina kehidupan, mencari rezeki, dan akhirnya di sinilah mereka disemadikan.