Wikipedia

Search results

Saturday, 26 February 2011

SEMILIR KASIH MEMBUAI RINDU

Entah kenapa hatiku begitu sejuk. Damai. Sesejuk dan sedamai air tasik. Tasik yang menghiasi landskap taman botani. Dan di tepian tasik itulah sebahagian besar masa remajaku terisi.
“CikguS,  cikgu ditugaskan sebagai guru kelas Th 2 N. Memandangkan opsyen cikgu ialah BM, jadi saya fikir cikgu tak keberatan jika saya minta cikgu mengajarkan BM di kelas tersebut,” ujar Cikgu H.
Lembut suaranya. Tapi terasa dalam kelembutan itu ada nada tegasnya.
“Saya terima amanat tersebut cikgu. Kelas mana saya ditugaskan bukanlah suatu masalah kepada saya. Lagipun saya sukakan cabaran. Maksud saya cabaran kerenah murid-murid  memberikan suatu kepuasan kepada saya.”
“Saya memang sentiasa mengalu-alukan kedatangan cikgu. Bukan semua orang mahu bertugas di sini. Cuma satu pesan saya, murid-murid bagai anak-anak kita. Kitalah yang mencorakkan masa depan mereka.”
“Saya akan sentiasa ingat pesanan cikgu,” kataku. Patuh.
“Ingat , bukan mudah hendak menjadi guru, kalau kamu hendak kerja guru memang mudah,” masih terngiang-ngiang ucapan Tuan Naib Pengetua ketika menyampaikan ucapan pertama kepada guru-guru pelatih baru.
Dan pesanan inilah yang menjadi azimat buat menemani perjalanan hidupku sebagai guru. Aku menerima arahan bertugas di  sini dengan penuh kesyukuran biarpun ramai antara rakan-rakanku yang membuat rayuan untuk menolak tempat posting mereka.



“Kenapa cikgu termenung?”
“Eh, takdelah….,”
“Cikgu jangan bohongkan saya, saya tahu……”
Bijak sungguh anak muridku yang seorang ini. Bisik hatiku. Alangkah bertuahnya ibu bapaya. Mungkin suatu hari nanti aku berpeluang ketemu dengan mereka. Mungkin. Bagai disapu bayu lembut harapan itu terbiar tak bernoktah.
“Cikgu cakaplah kenapa cikgu termenung tadi? Cikgu teringat pada makwe cikgu ya?” katanya sambil tertawa akecil.
Ah, nakal pula. Bijak dan nakal. Dengan wajahnya yang cerah, raut bujur sirih, redup mata memandang.
“Siapalah cikgu…takde siapa yang cikgu ingatkan,”…aku cuba membohonginya.
Biarpun aku cuba menafikannya, sebenarnya jauh di sudut hati mengeyakan sedikit kebenaran.
“atau…,” katanya teragak-agak dan terhenti di situ.
“Mungkin cikgu tak suka mengajar kat sekolah ini,” katanya dengan perlahan. Ada riak rajuk di wajahnya.
“Tidak….jangan cakap begitu, cikgu berbesar hati dapat mengajar di sini, dapat mengajar K, dapat jadi guru kelas K,” kataku.
Ada sedikit nada getaran dalam tuturanku.
“K, cikgu tengok K ni murid cikgu yang cerdas, K petah bercakap, siapa yang ajar K?” aku cuba menukar tajuk perbualan kami.
“Emaklah…cikgu,” terpancing juga K oleh pertanyaanku tadi.
“Siapa nama emak K?” aku cuba untuk lebih mengenali keluarganya.
“R cikgu, R bingi A. Mungkin cikgu kenal emak saya,” katanya manja dan tegas.
“R, R binti A?” kataku separuh terkejut. “Tapi, ah tak mungkin….,” bisik hatiku.
”Eh,K  awak tak keluar rehat ke?” tanya ku.
“Sebelum ke sekolah saya dahpun sarapan pagi….selalu emak yang masak. Tapi pagi tadi emak belikan nasi lemak. Emak terlambat bangun. Mungkin emak lewat tidur. Adik asyik menangis je malam tadi.”
“Oh, begitu,” balasku.
Entah mengapa aku terasa seolah-olah aku begitu rapat sekali dengan K. Seperti ada chemistry. Raut wajahnya, tutur katanya mengingatkan aku kepada seseorang yang pernah melintasi sudut hatiku. Seorangn yang pernah kuletakkan di sebuah daerah damai di hatiku. Tapi…mungkinkah dia berada di sini? Mungkin namanya sahaja yang serupa. Mungkin. Mungkin…!


Lagu Mengintai Dari Balik kamar dendangan kumpulan Exist mengalun lembut di corong radio di pejabat pos bandar KK. Sesekali mengimbau zaman remajaku. Zaman aku mula mengenali rindu. Aku melepaskan lelah di sebuah bangku panjang di luar pejabat pos. Sesekali memerhati gelagat orang ramai dapat menghilangkan kebosanan, sekurang-kurangnya pada hujung minggu begini.
“Kenapa ni R, muram je?” kucuba memecah kesunyian senja. Kesunyian yang telah meraja di hati sejak mula pertemuan ami. Entah mengapa..terasa begitu sayu sekali. Sayu hati ini untuk mengucapkan selamat tinggal buatmu. Biarpun kepergianku ini demi menggapai cita-citaku, juga cita-citamu, namun, tertewas aku pada kesunyian ini,
“R, kenapa ni?” kuulangi pertanyaanku tadi.
Bayu senja nyakan mengusap lembut wajahmu. Kau biarkan anak-anak rambutmu menari-nari di pelipis matamu. Dan mataku setia meniti raut wajahmu mengikut elusan bayu senja.
“Eh, tak…, takde apalah!” katamu cuba menyembunyikan kesayuan hatimu.
Namun bagai mendung sarat yang melingkari lelangit senja, getaran hatimu nyatvatak dapat kau sembunyikan.
“Dari tadi S tengok R asyik dia je. Sunyi. Sepi. Apakah kesunyian dan kesepian itu membuatkan hatimu bahagia? Kalau itu maksudmu, S rela,”aku menggagahi hati ini untuk berbicara.
Kurasakan begitu pantas detik-detik waktu berlari meninggalkan kita. Pantas kiranya waktu mencemburui kita. Dan petang itu, dalam segenap ruang kulihat waktu-waktu senja amat pantas berlari. Sayup meninggalkan aku dan R.
“Apakah hatimu tak akan berubah nanti S? ” kau mula membuka pintu bicara yang selama ini begitu kukuh  menyembunyikan perasaanmu.
“Apakah hatimu tak akan berubah setelah kau bergelar cikgu. Setelah kau berada di sana . Nanti…tentu kau akan di kelilingi oleh rakan-rakan barumu. Dan tentunya ramai gadis yang sekuliah denganmu, berjalan bersama-sama ke kuliah, sama-sama menghirup angin kampus, sama-sama mengimbau rindu dan…” terbungkam kelu lidahmu pada kalimat terakhir itu.
“Dan apa R?” tingkahku pantas.
Ah, betapa  aku begitu rakus melontarkan p ertanyaan itu. Dalam waktu-waktu begini aku seharusnya mempunyai hati yang kukuh. Kukuh…sekukuh banir cengal yang menjadi saksi tiap pertemuan kita.
“Aku bimbang, aku takut kehilanganmu S,” suaramu seakan berbisik.
Biarpun suaramu tertahan oleh getaran perasaanmu namun setiap kalimatmu jelas menusuk hatiku.
“Percayalah R, aku akan tetap begini, tetap merinduimu bahkan akan setia menanti bicara rindumu. Percayalah.”
Aku cuba meyakinkan R biarpun hatiku sendiri bergetar pada setiap kalimat yang kuucapkan. Begitu berani aku berjanji kepadamu. Namun, selama inipun aku telah bertekad utuk memilikimu. Selama ini telah kusediakan sebuah darerah rindu di sudut  hatiku. Dan hanya namamu  yang terpahat di situ. Dan di tugu rindu itulah kupahatkan namamu. Tentunya hanya dirimu yang kelak melayari daerah itu. Itulah tekadku.
“Dapatkah kita pertahankan istana impian ini?” Sudut matamu memaparkan sedikit keraguan.
“Mudah-mudahan setiap langkahku nanti makin menghampirimu…,” antara dengar dengan tidak terungkap juga si hatiku.
Dan perpisahan pada senja itu kuharapkan bukanlah perpisahan yang tak akan mempertemukan kita lagi. Begitulah harapanku. Kulepaskan kepergianmu dengan seribu harapan. Langkahmu satu demi satu kuturuti hingga lenyap, hilang dari pandangan.



Selepas tamat kuliah pedagogi tengah hari itu aku sempat melihat pigeon hole di depan pejabat pentadbiran maktab MPKI. Harapanku moga adalah warkah yang ditujukan untukku. Begitulah rutinku. Setiap kali melewati bangunan pentadbiran itu psti kutitipkan masa untuk untuk melihat surat.Dan hari itu begitu berbunga hatiku tika melihat sepucuk warkah yang ditujukan untukku. Tapi tulisan yang terters di sampulnya begitu asing buatku.  Aku menyimpan surat itu baik-baik. Ku masukkan ke dalam O-ring file ku. Nanti sampai di rumah bolehkah kubaca. Aku meneruskan perjalanan ke rumah sewaku di Taman C. Tak jauh. Cuma kira-kira sepuluh minit perjalanan sampailah.
“Hei geng, naiklah,: seperti biasa M mengajakku memboncang motosikalnya.
M rom mate yang cukup memahamiku. Kami selalu enghabiskan hujung minggu dengan meronda-ronda di sekitar negeri P.
“Kita pekena abc dulu kat road way?” ajakku.
“Ok,: jawabnya riang.
Maklumlah hujung bulan. Elaun pun tak masuk lagi. Hanya yang kukuh ekonominya atau mendapat biasiswa FaMa yang masih mampu pekena abc. Yang lain ikat perut.
Petang itu selepas gerko aku membelek jadual assignment yang perlu disiapkan. Baru aku teringat warkah yang kuambil di pigeon hole tengah hari tadi. Kuambil warkah itu dengan hati tertanya-tanya. Dari siapakah gerangan warkah itu. Dari lipatannya itu sudah kuagak siapa pengirimnya. Tapi mengapa berubah tulisannya. Dan bila kubaca kalimatpertama…bukan salam rindu yang kaukirmkn sebaliknya salam perpisahan yang kautitipkan. Ya Tuhanku…berikanlah aku kekuatan untuk menghadapi duggaanmu. Selepas habis kubaca, kucsimpan warkah itu baik-baik di celahan hatiku.
Sejak pagi aku tercari-cari K. Mana muridku yang seorang ni.Kulihat dicelah-celah ratusn murid yang sedang berhimpun, tak nampakpun bayangnya. Tak hadirkahdia? Demamkah dia? Atau mungkin ada sesuatu yang buruk terjadi ke atasnya? Fikuiranku menerawang jauh. Kalau dia tak hadir hari ni pasti kedudukannya di dalam kelas akan tergugat kerana ujian bulanan akan diadakan sebentar lagi. K telah bernjanji untuk mendapatkan tempat teratas dalam kelas khususnya mata pelajaran BM yang kuajarkan.
“Cikgu, kalau saya dapat marah penuh cikgu janji akan beri hadiah pada saya ya!” Tanya K separuh meminta daripadaku.
“Kalau K boleh berusaha dan berjanji pad acikgu, Insyaallah, pasti cikgu akan berikan sesuatu pada K,” aku cuba memberikan semangat dan motivasi padanya.
Aku bukanlah seorang pakar motivasi tetapi entah mengapa di hadapan anak ini aku mula mempraktikkan sedikit amalan psikologi kanak-kanak padanya.
“Hey, S, jauhnya menungan kau pagi ni, jauh melewati puncak Gunung Pulai, pasti ada sesuatu yang mengganggumu,” sapaRH. Biarpun cukup lunak dan lembut namun sudah cukup mematikan lamunanku.
“Oh, kau RH, eh, apa yang kaucakapkan tadi?” soalku balik sambil memandang tepat ke wajahnya.
Raut wajahnya yang bujur sirih damn seulas bibir comelnya membuatkan mata pasti terpukau memandangnya. Atau mungkin Cuma kau yang beranggapan sedemikian. Mata kami bertentangan. Tiba-tiba terasa seperti ada suatu kuasa yang menggetarkan hatiku. Bukan sekali ini aku mengalami getaran ini. Bahkan setiap kali mata kami bertentangan pasti aku merasakan sedemkian. Harap-harap RH tidak dapat menangkap getaran di hatiku ini.
“Ada kau lihat K, alah budak kelas aku tu…dari tadi aku tak Nampak batang hidungnya, tak sekolahkah dia hari ni?” tanyaku risau.
“Yang kau risau sangat tu kenapa?” soal RH cuba mencungkil apa yang tersirat di hatiku.
“Bukan apaa, kan aku guru kelasnya, lagipun  hkan hari ini ada ujian bulanan. Aku risau kalau-kalau dia tak dapat keputusan terbaik. Aku dah berjanji kepadanya…” balasku.
“Ya, ya, baru aku perasan, engkau memang cikgu yang hebat S, dalam hal-hal begini pun kau ambil berat,” kata RH.
“Bukankah kita professional, kita dibayar gaji bukan sekadar pada tugas mengajar sahaja, perkembangan sahsiah dan akademik per=lajarpun kena ambil berat juga, kan gitu RH?” bagai tuan guru aku menyampaikan kuliah kepada pelajar bagu. Aku bersyarah kepada RH.
“Ya, tuan…kalaulah semua guru berdedikasi seperti engkau pastinya tak adalah masalah keciciran dalam kalangan murid-murid kita…maksudku di Negara kian,” RH seperti bersetuju denganku.
Selama lima tahun mengajar di sekolah ini aku tak pernah ambil pusing terhadap guru-guru perempuan.Biarpun ramai rakan guru dari sekolah lain berkirim salam untuk kusampaikan kepada guru-guru perempuan di sekolahku, tak pernah kukisahkan. Kusampaikan salam mereka. Itu sahaja. Tapi semenjak RH mula bertugas di sekolah ini setahun yang lalu kedaan kurasakan mula berubah. Aku mula merasakan ada kuntum-kuntum rindu mula berputik di hatiku. Aku mula berani menganyam rindu padanya. Aku juga mula menyulam harapan pada gadis yang seorang ni.Dalam diam-doiam aku mula mengenali hatinya.
“Hah…kenapa tersenyum sorang-sorang tu?” RH sengaja mengusikku.
“Habis tu nak senyum mesti berdua ke?” aku memancing reaksi RH.
“Kan berdua tu lebih bagus, senyum lebih bermakna dan mungkin lebih dihargai…ini Cuma pendapatku aje…ah tentunya engkau lebih arif S.”
Yah..itulah yang membuatkan aku sering mengharapkan situasi seperti ini terjadi. Biarpun sedetik Cuma tapi mampu menyuntik semangat utnuk kujadikan bekalan menghadapi kerenah murid-muridku nanti.
Loceng berbunyi. Tamat waktu perhimpunan. Aku bergegas mencapai beg Intel Core 2 yang berisi laptop untuk ke kelas. Kucapai juga buku-buku latihan penulisan yang telah siap kutanda semalam. Soalan ujian bulanan yang terletak di meja setiausaha peperiksaan di penjuru bilik guru kuambil. Sempat juga kujeling kea rah RH. Tertangkap basah kali ini. Terkasima dia di situ lalu tertunduk. Malu. Rupa-rupanya sejak tadi RH sedang leka memerjhatikan aku. Ku senyum padanya dan terus berlalu.
Tamat waktu Bahasa Malaysiaku di kelas K, aku bergegas ke pejabat untuk mengisi laporan kedatangan secara on line. Itulah rutin setiap guru kelas. Laporan itu mesti dikemaskini setiap hari sebelum tamat masa ke dua. Sebelum kumasukkan data kedatangan, sempat juga aku bertanyakan kerani tentang maklumat K.
“Cikgu S, ini ada surat penjaga untuk cikgu. Penjaga tu kata anaknya atak sihat, semalam dikejarkan ke hospital dan di tahan di wad. Wad mana saya tak pasti pula,” kata kerani sekolahku.
“Oh, terima kasih,” jawabku pendek.
Aku begegegas ke meja komputar di sudut pejabat untuk memasukkan data kehadira murid kelasku. Selepas selesai kerjaku, aku buru-buru ke bilik guru besar. Harapanku mudah-mudahan aku mendapat sedikit berita tentang K.
“Cikgu, saya risau kalau-kalau sesuatu yang buruk terjadi keatasnya. K seorang  murid yang pintar. Saya tak mahu melihat pelajarannya terjejas,” kataku kepada Cikgu H.
“Sebagai guru besar, sayapun ingin melihat semua murid di sekolah ini maju dalam pelajarannya, mampu menunjukkan prestsi yng setara dengan murid-murid di Bandar sana,” ujar Cikgu H.
“Kebetulan tengah hari nanti saya ada mwsyuarat di PPd, lepas mesyuarat nanti bolehlah saya melawat K di hospital. Kalau cikgu S tak keberatan, boleh cikgu pergi bersama-sama saya nanti,” tambah Cikgu H.
“Terima kasih cikgu, petang nanti saya cadang nak adakan latihan catur. Pertandingan MSSD ZTA dah semakin hampir. Saya bimbang kalau-kalau kita tak depat mempertahankan kejuaraan kita kelak. Sampaikan salam saya kepada keluarga K,” kataku.
“Insyaallah,” balas cikgu H.
Aku amat menghormati Cikgu H .Sebagai seorang ketua jabatan, beliatu begitu mengambil berat akan kebajikan pegawai-pegawai bawahannya. Setiap masalah yang timbul baik maslah berkaitan degan tugas rasmi mahupun masalah peribadi akan cuba diselesaikan secara berbincang dari hati ke hati. Sebagai rakan pula, cikgu H seorang yang sukakan aktiviti luar. Banyak sudah hutan belantara yang kami jelajahi. Banyak juga sungai yag kami hiliri. Biasanya pada stiap hujung minggu cikgu H telahpun merancang aktiviti kami.
Deringan teledfon di hujung ruang tamu benar-benar mengejutkan aku. Bukan kerana segala istana anganku musnah, tapi kerana aku jarang-jarang menerima panggilan pada waktu-wakti begini.
“Cikgu S, saya harap  cikgu bertenang,” kata suara di hujung talian. Aku airf benar dengan suara itu. Ya, suara Cikgu H.
“Kenapa Cikgu H, ada apa-apa berita tak baik ke? Cikgu dah singgah di hospital?” tanyaku.
Aku sendiri pun tak pasti mengapa aku menjadi secemas itu. Sejak pagi tadi aku asyik teringatkan K. Bagaimanakah keadaannya kni?
“Begini cikguS, sekarang saya berada di hospital melawat K/ Saya harap cikgu S dapat melawat K sekarang juga,” kata Cikgu H. Dari nada suaranya terasaseperti ada tersembunyi sesuatu.
Kulihat jam tangan automatic Seiko 5 di tangan kiriku dudah menunjukkan jhampir jam enam petang. Maknanya waktu melawat tinggal kira-kira sejam lagi. Aku mencapai kunci motosikal 55 k dan mencapai helmet SGV. Aku perlu segera sampai ke hospital daerah K yang terletak kira-kira lima puluh kilometer dari rumahku.  Memandangkan jalanraya agak lengang, aku menunggang dengan agak laju.Tepat jam enam empat puluh lima petang aku sudahpun  berada di ruang legar hospital. Aku segera ke kaunter pertanyaan. Setelah mendapat meklumat aku bergergegas ke wad kanak-kanak.
Dalam kesesakan pelawat yang menziarahi ahli keluarga dan kenalan masing-masing mataku liar memerhati sekeliling. Aku cuba mencari katil K. Kulihat katil K dikelilingi oleh ramai tamu. Tidak jauh dari katil  K, kulihat Cikgu H sedang berbual-bual dengan seorang wanita. Dari riak eajahnya dapat kuteka tentu mereka sedang berbicara tentang sesuatu yag serius.
“Eh, Cikgu S kemari. Saya kenalkan ini Puan R binti A. Ibu K,” kata Cikgu H.
Berderau darahku apabila kuterpandang wajah R . Mengapakah harus kami ditemukan dalam situasi begini. Ya tuhan, berikan aku kekuatan untuk ku menghadapi dugaan-Mu ini.
“”Apa khabar Puan R?” begitu kaku sekali tutur bicaraku.
“Er….,”
Belumpun sempat R menjawab sapaanku, suatu panggilan dari juru rawat yang bertugas terlebih dahylu mematikan perbualan kami. R bergegas menuju ke katil K/Dan kulihat R meraung dengan sayu sekali. Kulihat tubuh R layu terkulai. R terjelepuk di sisi katil K. Aku dan Cigu H buru-buru ke katil K. Seperti biasa kulihat ciktu H tenang menangani detik-detik yang begitu.
“Encik ahli keluarganya?” Tanya Doktor Nor.
“BUkan, saya guru besar sekolah K,” kata Cikgu H.
“Begini cikgu, pihak kami telah sedaya upayamenyelamatkan K, tapi…nampaknya Tuhan lebih menyanyanginya…,” terhenti di situ kata-kata doctor Nor.
“Cikgu S, cikgu tolong hubungi AHKmasjid, maklumkan kepada mereka tentang kematian K, sementara itu saya akan menguruskan jenazah K,”pperintah Cikgu H.
“Engkau terlalu menjaga hati dan perasaan orang, sedangkan hati  dan perasaanmu tidak kau hiraukan,”kata RH.
“Mungkin aku dilahirkan hanya untuk membahagiakan orang lain….,” aku tak pasti adakah itu diriku sebenarnya.
“Engkau snggup menolong keluarga K  sedangkan suatu masa dulu ibunya pernah mengecewakanmu,” kata RH bagai memerah limau ke luka di hatiku.
“itu masa silamku, aku telah lama memaafkannya.Dan menjadi kewajipanku memastikan kehidupan murid-muridku sentiasa menuju kesempurnaan,” Biarlah RH puas hati dengan penjelasanku ini.
Itulah tekadku  selepas aku membuat keputusan untuk menjadi guru.     

No comments:

Post a Comment