AYAT TERBALIK ATAU AYAT SONGSANG
AYAT BIASA:Kucing itu comel.
AYAT SONGSANG:
Comel kucing itu.
AYAT SONGSANG:
Comel kucing itu.
AYAT BIASA:
Subjek + Predikat
Kucing itu + comel
Ayat Songsang
n Mengalami proses pendepanan predikat. Pendepanan seluruh predikat
n Perangainya baik sungguh.
Baik sungguh perangainya
AYAT SONGSANG
n Predikat + Subjek
n Comel + kucing itu.
Pendepanan frasa kerja
n Kanak-kanak itu berkejar-kejaran di padang.
n Berkejar-kejaran kanak-kanak itu di padang.
Pendepanan kata kerja dengan objek
n Dia membaca buku di perpustakaan.
n Membaca buku dia di perpustakaan.
Pendepanan kata bantu dengan kata karja
n Budak-budak itu masih bermain.
n Masih bermain budak-budak itu.
Pendepanan frasa adjektif
Pendepanan kata adjektif sahaja
n Dia sakit pada masa itu.
n Sakit dia pada masa itu.
n Dia sakit pada masa itu.
n Sakit dia pada masa itu.
n Bangunan itu masih teguh lagi.
n Masih teguh lagi bangunan itu.
Pendepanan frasa sendi nama
Frasa sendi nama sebagai predikat
n Barang-barang itu untuk ibu.
n Untuk ibu barang-barang itu.
Frasa sendi nama sebagai keterangan dalam predikat
n Encik Ali akan menghadiri kursus itu pada hujung minggu ini.
n Pada hujung minggu ini Encik Ali akan menghadiri kursus itu.
Ayat aktif
Ayat aktif transitif
n Frasa nama subjek asal sebagai judul
n Frasa nama objek sebagai unsur penyambut kata kerja
n Pengetua memanggil saya.
n Subjek – Pengetua
n Kkj transitif – memanggil
n Objek – saya.
Ayat aktif transitif dengan dua objek
n Objek tepat dan objek sipi
n Abang membawakan ibu secawan kopi.
n Subjek – Abang
n KKJ Transitif – membawakan
n Objek tepat – ibu
n Objek sipi- secawan kopi.
Objek tepat mendapat sendi nama di hadapannya
n Bertukar menjadi frasa sendi nama
n Sebagai keterangan
n Objek sipi menjadi objek tepat baharu
n Abang membawa secawan kopi untuk ibu.
n Subjek – Abang
n KKj – membawa
n Objek – secawan kopi
n FS – untuk ibu.
Ayat Pasif
n Ayat pasif dengan Kata Ganti Nama Diri Orang Pertama dan Kedua
n Ayat Pasif dengan Kata Ganti Nama Diri Orang Ketiga
Ayat pasif dengan Kata Ganti Nama Diri Orang Pertama
n Kerja itu sudah saya selesaikan semalam.
n Subjek – Kerja itu
n Frasa Kerja Pasif dengan Ganti Nama Diri Pertama- sudah saya selesaikan
n Keterangan – semalam.
Ayat pasif dengan Kata Ganti Nama Diri Orang Kedua
n Kerja itu sudah awak selesaikan semalam.
n Subjek – Kerja itu
n Frasa Kerja dengan Ganti Nama Diri Kedua – sudah awak selesaikan
n Keterangan – semalam.
Ayat Pasif dengan Kata Bantu Pasif Kena
n Kata kena di hadapan kata kerja dasar
n Binaan oleh + FN boleh digugurkan secara pilihan
n Pencuri itu kena tangkap (oleh polis).
Pencuri itu kena tangkap
Kata Nafi
n Bukan
n Boleh menafikan semua frasa nama dan frasa sendi nama
n Itu bukan rumahnya.
n Hadiah itu bukan untuk saya.
Kata Nafi Tidak
n Boleh menafikan frasa kerja dan frasa adjektif.
n Mereka tidak datang semalam.
n Dia tidak peramah.
Kata Relatif Yang
n Menjadi penanda relatif
n Buku yang dibeli oleh Ali amat tebal.
Yang dalam binaan frasa nama + yang
n Digunakan sebagai nama yang digugurkan daripada frasa nama + yang
n Ayat yang dimulakan dengan kata yang dianggap gramatis.
n Hal yang dibincangkan oleh mereka ialah isu alam seekitar.
n Yang dibincangkan oleh mereka ialah isu alam sekitar.
Perbezaan Boleh dan Dapat
n Kata boleh bererti diizinkan dan kata dapat bererti mampu.
n Adik kecil saya dapat memandu kereta tetapi dia tidak boleh memandu kerana belum berlesen.
Kata Pemeri
n Ialah – secara persamaan atau ekuatif
n Hadir di hadapan frasa nama.
n Bangunan di hadapan sekolah itu ialah pusat kesihatan.
Kata pemeri adalah
n Secara huraian atau kualitatif
n Hadir di hadapan frasa adjektif dan frasa sendi nama
n Taklimat tentang Skim Saraan Malaysia adalah terlalu panjang.
n Hadiah di dalam bungkusan itu adalah untuk pelajar terbaik.
Kata Majmuk yang mantap
n antarabangsa pesuruhjaya
n bumiputera setiausaha
n jawatankuasa sukarela
n kakitangan suruhanjaya
n kerjasama tandatangan
n warganegara tanggungjawab
n olahraga beritahu
n matahari
Kata Penguat
n Penguat hadapan – di hadapan frasa adjektif
n Terlalu, paling,agak
n Penguat belakang- selepas frasa adjektif
n Sekali, benar, nian
n Penguat bebas – boleh hadir di hadapan atau selepas frasa adjektif
n Amat, sangat, sungguh.
Penggunaan Kata Bilangan dan Kata Nama
Kata Nama yang Didahului Kata Bilangan Tentu
n Menyatakan jumlah secara tentu atau tepat
n Kata nama didahului kata bilangan tentu tidak boleh digandakan
n Penanda jamak
n Seratus buah kereta import.(betul)
n Seratus buah kereta-kereta import. (salah)
Kata Nama yang Didahului atau Diikuti Kata Bilangan Tak Tentu
n Menunjukkan jumlah tidak dinyatakan secara tentu
n Tidak boleh digandakan
n Membawa maksud jamak
n …kesemua peserta (betul)
n …kesemua peserta-peserta (salah)
Kata Nama yang Didahului Kata Bilangan Himpunan
n Menunjukkan pengelompokan
n Tidak boleh digandakan
n Bermaksud jamak
n …pelbagai teknik moden…(betul)
n …pelbagai teknik-teknik moden…(salah)
Kata BilanganHimpunan Berimbuhan
n Menunjukkan pengelompokan
n Tidak boleh disingkatkan sewenang-wenangnya
n …memohon beribu-ribu ampun…(betul)
n …memohon beribu ampun…(salah)
Penggunaan Kata Para
n Para untuk menunjukkan bilangan semua
n Para jemputan mengambil tempat. (betul)
n Para-para jemputan mengambil tempat. (salah)
n Jemputan mengambil tempat masing-masing.(betul)
n Para jemputan mengambil tempat masing-masing.(salah)
Kata Nama Tunggal yang Bermaksud Jamak
n Sudah bermaksud jamak
n Tidak boleh digandakan
n butir, rakyat,mereka,umat,kita
n Dia sedang mengisi butir-butir dirinya. (salah)
n Dia sedang mengisi butir dirinya. (betul)
Kata Nama yang Didahului atau Diikuti Kata Lain yang Bermaksud Jamak
n kemasukan pekerja asing secara besar-besaran…(betul)
n …kemasukan pekerja-pekerja asing secara besar-besaran…(salah)
Kata Nama yang Diikuti Kata Kerja Berimbuhan beR-an
n Membawa maksud subjek yang banyak
n Tidak perlu digandakan untuk membawa maksud jamak
n Bertaburan, bertempiaran, berlompatan
n …buku bertaburan di atas lantai…(betul)
n …buku-buku bertaburan di atas lantai…(salah)
Kata Nama yang Didahului atau Diikuti Kata Kerja Lain yang Menunjukkan Jumlah yang Banyak
n Kata kerja sudah bermaksud jamak
n Kata nama yang memdahului atau mengikuti kata kerja tidak perlu digandakan
n dibanjiri,dikerumuni,melambakkan
n …dibanjiri pelawat…(betul)
n …dibanjiri pelawat-pelawat…(salah)
Rangkap Kata Nama yang Bermaksud Jamak
n Terdiri daripada dua patah kata yang mengandungi makna hampir sama
n Sudah bermaksud banyak atau pelbagai
n Tidak boleh digandakan
n kerusi meja, jiran tetangga
n …mengenali jiran tetangga…(betul)
n ..mengenali jiran tentangga-jiran tetangga (salah)
Gandingan Kata Nama dengan Kata Adjektif
n Jika kata nama digandingkan dengan kata adjektif dalam sesuatu ayat, gandakan salah satu unsur sahaja
n Bangunan di Kuala Lumpur tinggi-tinggi. (betul)
n Bangunan-bangunan di Kuala Lumpur tinggi. (betul)
n Bangunan-bangunan di Kuala Lumpur tinggi-tinggi. (salah)
Kata Nama Majmuk yang Dieja Berpisah
n Kata nama majmuk yang dieja berpisah digandakan hanya unsur pertama sahaja
n Perdana-perdana Menteri
n Ketua-ketua Menteri
n …mata-mata pelajaran
Penggunaan Kata yang Lewah
n Penggunaan kata yang berlebih-lebihan
n Pertambahan perkara yang tidak perlu
n Ulangan makna yang sia-sia
n ..mereka saling bantu-membantu
n Setiap pagi saya bangun pukul enam pagi.
n …sarapan pagi akan disediakan.
n Ibu sedang menganyam tikar sekarang.
n …di samping itu, kita juga perlu…
Penanda Wacana
n Merupakan kata, rangkai kata atau frasa yang menunjukkan pertalian, hujah dan buah fikiran.
Fungsi Penanda Wacana
Tambahan
Tambahan
n Selanjutnya, Seterusnya, Selain itu, Di samping itu, Begitu juga, Demikian juga, Tambahan lagi
Tambahan dan Penegasan
n lebih-lebih lagi, tambahan pula, malah, malahan, bahkan, lagipun
Kata Nama Majmuk yang Dieja sebagai Satu Unit
n Bentuk telah mantap
n Digandakan sepenuhnya
n tandatangan-tandatangan
n pesuruhjaya-pesuruhjaya
n warganegara-warganegara
n setiausaha-setiausaha
Pertentangan
n namun, namun begitu, namun demikian, bagaimanapun, walau bagaimanapun, walaupun demikian, akan tetapi, sungguhpun begitu
Sebab dan Kesan atau Lanjutan
n Oleh sebab itu, Oleh itu, Justeru, Dengan itu, Dengan ini, Dengan demikian, Oleh yang demikian, Jadi, Sebagai akibatnya, Sebagai hasilnya
Perkaitan
n Sehubungan dengan itu, Dalam hal ini, Berhubung dengan, Berkaitan dengan, Dari segi, Dari sudut, Dari aspek, Seiring dengan, Sejajar dengan, Selaras dengan, Merujuk kepada
Waktu
n Sebelum itu, Sebelum ini, Kini, Pada masa ini, Sementara itu, Selepas itu, Setelah itu, Beberapa minit kemudian, Kemudian, Pada waktu yang sama, Lama-kelamaan, lambat-laun, Pada mulanya, Akhirnya
Tempat
n Di sini, di sana, di samping, berhampiran dengan, bersebelahan dengan, bertentangan dengan, berdekatan dengan
Perbandingan
n Lain halnya, seperti, dalam hal yang demikian, sebagaimana, seperti juga, serupa dengan, sesuai dengan, sama juga dengan
n Contoh
n sebagai contohnya, misalnya, sebagai contoh, contohnya
Urutan
n Pertama, Kedua, Selepas itu, Kemudian, Kemudian daripada itu, Akhirnya
Penyataan semula
n iaitu, yakni, dengan kata lain
Tujuan dan Maksud
n Untuk tujuan ini, Untuk maksud tersebut, Hal ini bermaksud, Hal ini bermakna, Hal ini bererti, Hal ini membawa pengertian, Maksudnya
Harapan
n Semoga, moga-moga, mudah-mudahan
Pendahuluan
n Sebagai pendahuluan, Sebagai permulaan, Mulanya, Pertamanya, Yang pertama, Sebagai mukadimah
Rumusan
n Kesimpulannya, Sebagai kesimpulan, Akhir kata, Sebagai penutup, Sebagai rumusan, Secara keseluruhan
Singkatan
n Ringkasnya, Pendek kata, Secara ringkas
Generalisasi
n Pada umumnya, Secara amnya, Secara umumnya
Penekanan atau Penegasan
n Sesungguhnya, Sebenarnya, Sememangnya, Tegasnya, Sewajarnya, Tentulah, Pastilah, Nyatalah, Jelaslah, Tidak dapat dinafikan, Tidak dapat disangkal
Bahasa klasik
n Hatta, Maka, Syahadan, Adapun, Alkisah, Kalakian, Sebermula, Sekali peristiwa, Arakian
SEKIAN
No comments:
Post a Comment