Wikipedia

Search results

Sunday, 27 February 2011

AYAT

AYAT TERBALIK ATAU AYAT SONGSANG
AYAT BIASA:Kucing itu comel.

AYAT SONGSANG:
Comel kucing itu.
AYAT BIASA:
Subjek + Predikat
Kucing itu   +   comel
Ayat Songsang
n  Mengalami proses pendepanan predikat.  Pendepanan seluruh   predikat
n  Perangainya baik sungguh.
Baik sungguh perangainya
AYAT SONGSANG
n                 Predikat + Subjek
n                 Comel   +  kucing itu.
  Pendepanan frasa kerja
n  Kanak-kanak itu berkejar-kejaran di padang.
n  Berkejar-kejaran kanak-kanak itu di padang.
Pendepanan kata kerja dengan objek
n  Dia membaca buku di perpustakaan.
n  Membaca buku dia di perpustakaan.
Pendepanan kata bantu dengan kata karja
n  Budak-budak itu masih bermain.
n  Masih bermain budak-budak itu.
     Pendepanan frasa adjektif
Pendepanan kata adjektif sahaja
n  Dia sakit pada masa itu.
n  Sakit dia pada masa itu.
n  Dia sakit pada masa itu.
n  Sakit dia pada masa itu.
n  Bangunan itu masih teguh lagi.
n  Masih teguh lagi bangunan itu.
Pendepanan frasa sendi nama
Frasa sendi nama sebagai predikat
n  Barang-barang itu untuk ibu.
n  Untuk ibu barang-barang itu.
Frasa sendi nama sebagai keterangan dalam predikat
n  Encik Ali akan menghadiri kursus itu pada hujung minggu ini.
n  Pada hujung minggu ini Encik Ali akan menghadiri kursus itu.
Ayat aktif
Ayat aktif transitif
n  Frasa nama subjek asal sebagai judul
n  Frasa nama objek sebagai unsur penyambut kata kerja
n  Pengetua memanggil saya.
n  Subjek –          Pengetua
n  Kkj transitif –  memanggil
n  Objek –          saya.
Ayat aktif transitif dengan dua objek
n  Objek tepat dan objek sipi
n  Abang membawakan ibu secawan kopi.
n  Subjek –            Abang
n  KKJ Transitif –  membawakan
n  Objek tepat –   ibu
n  Objek sipi-       secawan kopi.
Objek tepat mendapat sendi nama di hadapannya
n  Bertukar menjadi frasa sendi nama
n  Sebagai keterangan
n  Objek sipi menjadi objek tepat baharu
n  Abang membawa secawan kopi untuk ibu.
n  Subjek – Abang
n  KKj –      membawa
n  Objek –  secawan kopi
n  FS –       untuk ibu.
Ayat Pasif
n  Ayat pasif dengan Kata Ganti Nama Diri Orang Pertama dan Kedua
n  Ayat Pasif dengan Kata Ganti Nama Diri Orang Ketiga
Ayat pasif dengan Kata Ganti Nama Diri Orang Pertama
n  Kerja itu sudah saya selesaikan semalam.
n  Subjek –   Kerja itu
n  Frasa Kerja Pasif dengan Ganti Nama Diri Pertama-   sudah saya selesaikan
n  Keterangan – semalam.
Ayat pasif dengan Kata Ganti Nama Diri Orang Kedua
n  Kerja itu sudah awak selesaikan semalam.
n  Subjek –   Kerja itu
n  Frasa Kerja dengan Ganti Nama Diri Kedua –    sudah awak selesaikan
n  Keterangan – semalam.
Ayat Pasif dengan Kata Bantu Pasif Kena
n  Kata kena di hadapan kata kerja dasar
n  Binaan oleh + FN boleh digugurkan secara pilihan
n  Pencuri itu kena tangkap (oleh polis).
Pencuri itu kena tangkap
Kata Nafi
n  Bukan
n  Boleh menafikan semua frasa nama dan frasa sendi nama
n  Itu bukan rumahnya.
n  Hadiah itu bukan untuk saya.
Kata Nafi Tidak
n  Boleh menafikan frasa kerja dan frasa adjektif.
n  Mereka tidak datang semalam.
n  Dia tidak peramah.
Kata Relatif Yang
n  Menjadi penanda relatif
n  Buku yang dibeli oleh Ali amat tebal.
Yang dalam binaan frasa nama +  yang
n  Digunakan sebagai nama yang digugurkan daripada frasa nama  + yang
n  Ayat yang dimulakan dengan kata yang dianggap gramatis.
n  Hal yang dibincangkan oleh mereka ialah isu alam seekitar.
n  Yang dibincangkan oleh mereka ialah isu alam sekitar.
Perbezaan Boleh dan Dapat
n  Kata boleh bererti diizinkan dan kata dapat bererti mampu.
n  Adik kecil saya dapat memandu kereta tetapi dia tidak boleh memandu kerana belum berlesen.
Kata Pemeri 
n  Ialah – secara persamaan atau ekuatif
n  Hadir di hadapan  frasa nama.
n  Bangunan di hadapan sekolah itu ialah pusat kesihatan.
Kata pemeri adalah
n  Secara huraian atau kualitatif
n  Hadir di hadapan frasa adjektif dan frasa sendi nama
n  Taklimat tentang Skim Saraan Malaysia adalah terlalu panjang.
n  Hadiah di dalam bungkusan itu adalah untuk pelajar terbaik.
Kata Majmuk yang  mantap
n  antarabangsa                      pesuruhjaya
n  bumiputera                        setiausaha
n  jawatankuasa                     sukarela
n  kakitangan                           suruhanjaya
n  kerjasama                            tandatangan
n  warganegara                       tanggungjawab
n  olahraga                                beritahu                             
n  matahari
Kata Penguat
n  Penguat hadapan – di hadapan frasa adjektif
n  Terlalu, paling,agak
n  Penguat belakang- selepas frasa adjektif
n  Sekali, benar, nian
n  Penguat bebas – boleh hadir di hadapan atau selepas frasa adjektif
n  Amat, sangat, sungguh.
Penggunaan Kata Bilangan dan     Kata Nama
Kata Nama yang Didahului Kata Bilangan Tentu
n  Menyatakan jumlah secara tentu atau tepat
n  Kata nama didahului kata bilangan tentu tidak boleh digandakan
n  Penanda jamak
n  Seratus buah kereta import.(betul)
n  Seratus buah kereta-kereta import. (salah)
Kata Nama yang Didahului atau Diikuti Kata Bilangan Tak Tentu
n  Menunjukkan jumlah tidak dinyatakan secara tentu
n  Tidak boleh digandakan
n  Membawa maksud jamak
n  …kesemua peserta (betul)
n  …kesemua peserta-peserta (salah)
Kata Nama yang Didahului Kata Bilangan Himpunan
n  Menunjukkan pengelompokan
n  Tidak boleh digandakan
n  Bermaksud jamak
n  …pelbagai teknik moden…(betul)
n  …pelbagai teknik-teknik moden…(salah)
Kata BilanganHimpunan Berimbuhan
n  Menunjukkan pengelompokan
n  Tidak boleh disingkatkan sewenang-wenangnya
n  …memohon beribu-ribu ampun…(betul)
n  …memohon beribu ampun…(salah)
Penggunaan Kata Para
n  Para untuk menunjukkan bilangan semua
n  Para jemputan mengambil tempat. (betul)
n  Para-para jemputan mengambil tempat. (salah)
n  Jemputan mengambil tempat masing-masing.(betul)
n  Para jemputan mengambil tempat masing-masing.(salah)
Kata Nama Tunggal yang Bermaksud Jamak
n  Sudah bermaksud jamak
n  Tidak boleh digandakan
n  butir, rakyat,mereka,umat,kita
n  Dia sedang mengisi butir-butir dirinya. (salah)
n  Dia sedang mengisi butir dirinya. (betul)
Kata Nama yang Didahului atau Diikuti Kata Lain yang Bermaksud Jamak
n  kemasukan pekerja asing secara besar-besaran…(betul)
n  …kemasukan pekerja-pekerja asing secara besar-besaran…(salah)
Kata Nama yang Diikuti Kata Kerja Berimbuhan beR-an
n  Membawa maksud subjek yang banyak
n  Tidak perlu digandakan untuk membawa maksud jamak
n  Bertaburan, bertempiaran, berlompatan
n  …buku bertaburan di atas lantai…(betul)
n  …buku-buku bertaburan di atas lantai…(salah)
Kata Nama yang Didahului atau Diikuti Kata Kerja Lain yang Menunjukkan Jumlah yang Banyak
n  Kata kerja sudah bermaksud jamak
n  Kata nama yang memdahului atau mengikuti kata kerja tidak perlu digandakan
n  dibanjiri,dikerumuni,melambakkan
n  …dibanjiri pelawat…(betul)
n  …dibanjiri pelawat-pelawat…(salah)
Rangkap Kata Nama yang Bermaksud Jamak
n  Terdiri daripada dua  patah kata yang mengandungi makna hampir sama
n  Sudah bermaksud banyak atau pelbagai
n  Tidak boleh digandakan
n  kerusi meja, jiran tetangga
n  …mengenali jiran tetangga…(betul)
n  ..mengenali jiran tentangga-jiran tetangga (salah)
Gandingan Kata Nama dengan Kata Adjektif
n  Jika kata nama digandingkan dengan kata adjektif dalam sesuatu ayat, gandakan salah satu unsur sahaja
n  Bangunan di Kuala Lumpur tinggi-tinggi. (betul)
n  Bangunan-bangunan di Kuala Lumpur tinggi. (betul)
n  Bangunan-bangunan di Kuala Lumpur tinggi-tinggi. (salah)
Kata Nama Majmuk yang Dieja Berpisah
n  Kata nama majmuk yang dieja berpisah digandakan hanya unsur pertama  sahaja
n  Perdana-perdana Menteri
n  Ketua-ketua Menteri
n  …mata-mata pelajaran
Penggunaan Kata yang Lewah
n  Penggunaan kata yang berlebih-lebihan
n  Pertambahan perkara yang tidak perlu
n  Ulangan makna yang sia-sia
n  ..mereka saling bantu-membantu
n  Setiap pagi saya bangun pukul enam pagi.
n  …sarapan pagi akan disediakan.
n  Ibu sedang menganyam tikar sekarang.
n  …di samping itu, kita juga perlu…
Penanda Wacana
n  Merupakan kata, rangkai kata atau frasa yang menunjukkan pertalian, hujah dan buah fikiran.
Fungsi  Penanda Wacana
Tambahan
n  Selanjutnya, Seterusnya, Selain itu, Di samping itu, Begitu juga, Demikian juga, Tambahan lagi
Tambahan dan Penegasan
n  lebih-lebih lagi, tambahan pula, malah, malahan, bahkan, lagipun
Kata Nama Majmuk yang Dieja sebagai Satu Unit
n  Bentuk telah mantap
n  Digandakan sepenuhnya
n  tandatangan-tandatangan
n  pesuruhjaya-pesuruhjaya
n  warganegara-warganegara
n  setiausaha-setiausaha
Pertentangan
n  namun, namun begitu, namun demikian, bagaimanapun, walau bagaimanapun, walaupun demikian, akan tetapi, sungguhpun begitu
Sebab dan Kesan atau Lanjutan
n  Oleh sebab itu, Oleh itu, Justeru, Dengan itu, Dengan ini, Dengan demikian, Oleh yang demikian, Jadi, Sebagai akibatnya, Sebagai hasilnya
Perkaitan
n  Sehubungan dengan itu, Dalam hal ini, Berhubung dengan, Berkaitan dengan, Dari segi, Dari sudut, Dari aspek, Seiring dengan, Sejajar dengan, Selaras dengan, Merujuk kepada
Waktu
n  Sebelum itu, Sebelum ini, Kini, Pada masa ini, Sementara itu, Selepas itu, Setelah itu, Beberapa minit kemudian, Kemudian, Pada waktu yang sama, Lama-kelamaan, lambat-laun, Pada mulanya, Akhirnya
Tempat
n  Di sini, di sana, di samping, berhampiran dengan, bersebelahan dengan, bertentangan dengan, berdekatan dengan
Perbandingan
n  Lain halnya, seperti, dalam hal yang demikian, sebagaimana, seperti juga, serupa dengan, sesuai dengan, sama juga dengan
n  Contoh
n  sebagai contohnya, misalnya, sebagai contoh, contohnya
Urutan
n  Pertama, Kedua, Selepas itu, Kemudian, Kemudian daripada itu, Akhirnya
Penyataan semula
n  iaitu, yakni, dengan kata lain
Tujuan dan Maksud
n  Untuk tujuan ini, Untuk maksud tersebut, Hal ini bermaksud, Hal ini bermakna, Hal ini bererti, Hal ini membawa pengertian, Maksudnya
Harapan
n  Semoga, moga-moga, mudah-mudahan
Pendahuluan
n  Sebagai pendahuluan, Sebagai permulaan, Mulanya, Pertamanya, Yang pertama, Sebagai mukadimah
Rumusan
n  Kesimpulannya, Sebagai kesimpulan, Akhir kata, Sebagai penutup, Sebagai rumusan, Secara keseluruhan
Singkatan
n  Ringkasnya, Pendek kata, Secara ringkas
Generalisasi
n  Pada umumnya, Secara amnya, Secara umumnya
Penekanan atau Penegasan
n  Sesungguhnya, Sebenarnya, Sememangnya, Tegasnya, Sewajarnya, Tentulah, Pastilah, Nyatalah, Jelaslah, Tidak dapat dinafikan, Tidak dapat disangkal
Bahasa klasik
n  Hatta, Maka, Syahadan, Adapun, Alkisah, Kalakian, Sebermula, Sekali peristiwa, Arakian
SEKIAN