Wikipedia

Search results

Monday, 4 April 2011

Akukah Tetamu

Biru air laut selat Melaka
Kini usah lagi kau pinta
Hadirnya sebagai penyeri
Bandar raya bersejarah ini
Jika tiga dekad dahulu
Tiap kali ku melewati bibirmu selat Melaka
Tak pernah kulupa
Menyapa dan bertanyakan khabarmu
Dan bagai seorang dara pingitan
Yang pemalu di sebalik keindahanmu
Riak rindumu yang setia menampar lembut
Menjadi pengubat rindu
Pada cinta yang pernah bertaut
Di padang pahlawan...kini tiada lagi
Dua ekor sapi menarik kereta
Dikejar anak-anak penuh gembira
Banda Hilir yang kukenali dulu
Tuan yang asing bagiku
Kini hanya A Famosa dan Stadhuys
Yang masih setia menyapaku
Sedang yang lain tidak pernah mengenalku
Apatah menyapaku mesra
Dan kini aku semakin asing
Di bumi bertuah ini
Melaka Bandar Raya Bersejarah.     
             
KDP 327, IPGM Kampus Perempuan Melayu Melaka
4.4.2011
12.27 mlm



1 comment:

  1. benarkah kota melaka sudah tidak mengenali dirimu..
    sedangkan kota melaka pernah berdiri teguh kerana insan sepertimu..
    hanya suasana yg membuat dirimu berasa asing dengan senario hari ini..
    mahu tidak mahu..
    suatu hari kelak, kota melaka pasti akan berubah corak dan gayanya..
    hanya masa yg menentukan segalanya....

    ReplyDelete