Banyak lagi bidang ilmu yang berpotensi untuk diterokai. Baru-baru ini saya berpeluang mengikuti kursus Pembinaan Poster. Ramai kalangan peserta yang beranggapan bahawa kami akan diajarkan melukis semata-mata. Ternyata tanggapan awal kami tersasar jauh. Rupa-rupanya dalam aktiviti pembinaan poster, kami diberikan pendedahan yang hampir sama dengan tatacara menulis jurnal, kajian tindakan, atau juga tesis. Suatu cabaran baharu.
No comments:
Post a Comment