Wikipedia

Search results

Sunday, 10 November 2019

PENGISIAN BORANG KEBERHASILAN

Beberapa perkara yang perlu diambil kira semasa mengisi borang keberhasilan.

1. Pentadbiran (Jika berkaitan)
2. Pengurusan  (Jika berkaitan)
3. Kurikulum  (Semua guru)
4. Kokurikulum  (Semua guru)
5. Hem  (Semua guru)
6. Tugas-tugas lain ( Jika berkaitan)

Pentadbiran
1. Peningkatan GPMP mata pelajaran
2. Peningkatan peratus lulus/menguasai
3. Peningkatan peratus cemerlang

Pengurusan
1. Kewangan

Kurikulum
1. Peningkatan GPMP mata pelajaran kelas yang diajar
2. Peningkatan peratus lulus mata pelajaran kelas yang diajar
3. Peningkatan peratus cemerlang mata pelajaran kelas yang diajar

Kokurikulum
1. Menyasarkan penyertaan aktiviti kokurikulum bagi kali pertama
2. Peningkatan pencapaian aktiviti kokurikulum
3. Peningkatan tahap/peringkat pencapaian aktiviti kokurikulum

Hem
1. Menyasarkan peningkatan perekodan SSDM
2. Peningkatan peratus kehadiran (Bagi guru kelas) 

Sekadar catatan untuk ingatan, lain padang lain belalang.

Saturday, 9 November 2019

Pergi ke Kenduri Kahwin

Hari ini kami berdua berbasikal ke Senggarang. Lebih kurang 60 km perjalanan hari ini. Sempat menikmati keindahan pantai Sungai Lurus.

Thursday, 7 November 2019

Cerita hujung tahun persekolahan

1.  Selamat datang GKMP Sains dan Matematik yang baharu. Selamat bertugas.

2.  Mengisi maklumat dalam PBPPP, seboleh-bolehnya saya memberikan penilaian yang tinggi dan adil secara profesional. Sukar untuk menggembirakan semua pihak.

3.  Ambil kira semua sumbangan guru terhadap organisasi.

4.  Jadikan tempat bertugas seperti sebuah resort. Sentiasa teruja untuk ke tempat kerja dan bekerja dalam suasana yang damai. Menangani stress.

Wednesday, 6 November 2019

TUGASAN HUJUNG TAHUN

1. SKPMG2 PENARAFAN KENDIRI SEKOLAH
2. SKPMG2 STANDARD 4 PENCERAPAN PDPC 3
3. BUKU PENGURUSAN SEKOLAH
4. PBPPP PYD
5. MENANDA SKRIP JAWAPAN PAT
6. KEY IN MARKAH
7. MESYUARAT AKHIR TAHUN.

Semuanya perlu disiapkan sebelum cuti persekolahan.
Inilah sebabnya arwah bapaku begitu bersungguh-sungguh mahukan aku menjadi guru. Aku meneruskan cita-cita arwah bapaku.

Friday, 1 November 2019

Pembentangan Poster

 Banyak lagi bidang ilmu yang berpotensi untuk diterokai. Baru-baru ini saya berpeluang mengikuti kursus Pembinaan Poster. Ramai kalangan peserta yang beranggapan bahawa kami akan diajarkan melukis semata-mata. Ternyata tanggapan awal kami tersasar jauh. Rupa-rupanya dalam aktiviti pembinaan poster, kami diberikan pendedahan yang hampir sama dengan tatacara menulis jurnal, kajian tindakan, atau juga tesis. Suatu cabaran baharu.

Aktiviti Sosial Hujung Minggu

Esok berkayuh sekitar Seri Medan - Parit Sulong. Jarak dalam 75km. Cukuplah sebagai kayuhan latihan bagi projek hujung tahun nanti.