Wikipedia

Search results

Thursday 13 September 2012

Taman Negara Endau Rompin Selai
Sepuluh tahun dahulu, segala penat lelah dalam perjalanan akan hilang sebaik-baik sahaja kita menjejakkan kaki ke Lubuk Merekek dan Lubuk Tapah. Kini, kita telah kehilangan permata yang tidak ternilai harganya di sana. Segala keindahan yang dahulunya menjadi kebanggaan kita telah lenyap dan tak mungkin akan kembali. Kita terpaksa membayar harga yang amat mahal untuk menikmati pembangunan sehinggakan terpaksa mengorbankan alam sekitar. 

Semua 'guide' yang bertugas di taman tersebut telah dianggap sebagai rakan. Kehilangan Sharip dan Ah Hong menjadikan suasana lebih suram. Sharip dengan kemahirannya mengurut dapat menghilangkan segala sakit dan kepenatan menjejak kelah di Takah Tinggi. Ah Hong sentiasa kaya dengan lawaknya dan tidak lokek dengan ilmu hutannya.

Sesiapa yang menjadi penggemar keindahan alam sekitar, segeralah ke sana sebelum kita kehilangan semuanya.

No comments:

Post a Comment