Wikipedia

Search results

Friday 21 September 2012


Panduan Menjawab Bahagian Pembacaan Kritis dan Analitis
1.       Soalan 1 tidak semestinya bertanyakan maksud frasa atau kata.
2.       Soalan 2 adalah berkaitan dengan isi teks.
3.       Pembahagian markah bagi Soalan 3 adalah seperti berikut:
Aspek
Markah
Isi
15
Bahasa
5
Jumlah
20
(a)Isi (2 markah)
Markah
Kriteria
2
·         Tepat dan relevan
1
·         Kurang tepat
(b)Huraian (3 markah)
Markah
Kriteria
3
·         Relevan/berfokus kepada isi
2
·         Masih relevan tetapi kurang berfokus kepada isi
1
·         Kurang relevan dan kurang berfokus kepada isi (sipi)
Markah penuh bagi isi lengkap beserta dengan huraian: 5 markah
Jumlah isi yang diberikan: 3 isi  beserta dengan huraian ( 3x5m=15m)
Nota:     (i)      Satu isi, dua huraian =4m
(ii)     Satu isi, satu huraian=3m
(iii)    Satu isi, tiada huraian = 2m
(iv )   Isi tidak lengkap/huraian sahaja (isi lemah) =1m
               (v)     Isi dan huraian sepenuhnya daripada teks =1m
               (vi)    Keutamaan diberikan untuk isi dari luar teks, yang relevan dengan kandungan teks.
              (vii)   Penandaan secara analitikal; iaitu untuk mengenal pasti kebolehan calon memberikan isi  
                        yang tepat.
(c) Bahasa
Tahap
Markah
Kriteria
Amat baik
5
·         Penggunaan bahasa lancar dan berkesan
·         Tiada kesalahan sintaksis
Baik
4
·         Penggunaan bahasa lancar dan berkesan
·         Terdapat 1 hingga 3 kesalahan sintaksis
Sederhana
3
·         Penggunaan bahasa masih baik
·         Terdapat 3 hingga 4 kesalahan sintaksis
Lemah
2
·         Penggunaan bahasa tidak lancar
·         Terdapat 5 hingga 6 kesalahan sintaksis
Amat lemah
1
·         Penggunaan bahasa amat tidak lancar
·         Terdapat lebih daripada 6 kesalahan sintaksis
4.       Calon perlu menjawab semua soalan dengan menggunakan ayat yang lengkap.

Thursday 13 September 2012

Taman Negara Endau Rompin Selai
Sepuluh tahun dahulu, segala penat lelah dalam perjalanan akan hilang sebaik-baik sahaja kita menjejakkan kaki ke Lubuk Merekek dan Lubuk Tapah. Kini, kita telah kehilangan permata yang tidak ternilai harganya di sana. Segala keindahan yang dahulunya menjadi kebanggaan kita telah lenyap dan tak mungkin akan kembali. Kita terpaksa membayar harga yang amat mahal untuk menikmati pembangunan sehinggakan terpaksa mengorbankan alam sekitar. 

Semua 'guide' yang bertugas di taman tersebut telah dianggap sebagai rakan. Kehilangan Sharip dan Ah Hong menjadikan suasana lebih suram. Sharip dengan kemahirannya mengurut dapat menghilangkan segala sakit dan kepenatan menjejak kelah di Takah Tinggi. Ah Hong sentiasa kaya dengan lawaknya dan tidak lokek dengan ilmu hutannya.

Sesiapa yang menjadi penggemar keindahan alam sekitar, segeralah ke sana sebelum kita kehilangan semuanya.

Sunday 26 August 2012

Keluargaku pada pagi 1 Syawal

Puteriku Nur Alya Maisara

Pertama kali menjamu selera lemang yang dimasak dalam periuk kera.

Sunday 15 July 2012

KARNIVAL KOKURIKULUM 1MALAYSIA 2012, SMK SERI MEDAN, BATU PAHAT









ANTARA AKTIVITI YANG DIJALANKAN SEPANJANG KARNIVAL KOKURIKULUM 1 MALAYSIA YANG JULUNG-JULUNG KALI DIADAKAN DI SEKOLAH INI. DENGAN KONSEP YANG BAHARU. KEGEMBIRAAN TERPANCAR PADA WAJAH SETIAP PESERTA. TAHNIAH KEPADA SEMUA PIHAK YANG TELAH MENJAYAKAN KARNIVAL INI.