Wikipedia
Wednesday 23 December 2020
Tuesday 15 December 2020
Monday 14 December 2020
Tuesday 1 December 2020
KISAH SSDM
Hari ini masih lagi berusaha merekodkan amalan baik murid-murid Tingkatan 5 Efisien. Usaha ini dapat memberikan impak yang amat besar dalam penulisan pelaporan kelakuan murid-murid dalam SIJIL BERHENTI SEKOLAH mereka. Ibu bapa dan penjaga dinasihatkan agar sentiasa mengambil tahu perkembangan sahsiah anak-anak mereka di sekolah. Masih ada waktu untuk memadam rekod salah laku yang telah dilakukan oleh anak-anak mereka.
Monday 30 November 2020
Catatan Hari Ini
Belakangan ini bermacam- macam peristiwa yang berlaku di sekitar kehidupanku.
1. Sekolah ku ditutup seminggu kerana ada warganya yang positif.
2. Pkpb di Tongkang Pecah.
3. Seorang rakan setugas dibenarkan balik kerana negatif.
4. Kerja-kerja sanitasi di sekolah telah dilakukan.
Thursday 26 November 2020
Azam Kemalangan
Hari ini keluargaku didatangi berita yang memang mengejutkan. Anak saudaraku Azam yang bekerja sebagai Polis Bantuan telah dikejarkan ke hospital akibat kemalangan jalan raya. Tragedi berlaku pada 26.11.2020. Keadaannya dilaporkan dalam keadan kritikal. Semoga Allah memberikan kekuatan dan kesabaran kepadanya dan ahli-ahli keluarga. Amin.
ovid-19
Hari ini 27.11.2020 Jumaat
Kampung ku Kg Pt Ulong, Seri Medan agak terkesan dengan berita 2 orang yang telah menjalani ujian swab di Hospital Kluang. Penduduk kampung sentiasa mendoakan kedua-duanya dan keluarga sentiasa diberikan kekuatan oleh Allah untuk menghadapi dugaan-Nya ini.
Hubungan antara penduduk kampungku agak rapat, seperti satu keluarga besar. Hal-hal begini memang mudah tersebar. Mudah-mudahan semua penduduknya tidak panik. Pesanan PM kita jaga kita.
Ya Allah lindunglah kami semua daripada segala bala, bencana dan sebarang penyakit yang boleh berjangkit.
Wednesday 25 November 2020
Sunday 1 November 2020
Friday 15 May 2020
Wednesday 13 May 2020
Persiapan Hari Raya PKP
Friday 24 April 2020
Thursday 16 April 2020
Friday 3 April 2020
Thursday 26 March 2020
PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN
Kawasan sekitar Simpang Renggam -Kg Datuk Ibrahim Majid telah diisytiharkan kawasan PKPD sejak semalam. Pekan Spg Renggam hanya dalam 70km dari Seri Medan. Semoga mereka dilindungi Allah. Amin.
Friday 20 March 2020
PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN
Aktiviti seharian:
* Pengurusan diri dan keluarga.
* Kelas secara 'on-line' dengan murid-murid Tingkatan 5 Efisien. Tidak semua menyertai kelas ini, hanya sebahagian kecil. Murid-murid yang tiada kemudahan capaian internet di rumah mereka sememangnya tertinggal.
* Sentiasa memantau keperluan keluarga.
* Semua anak-anak berkumpul di rumah sahaja.