Wikipedia
Search results
Saturday, 12 August 2017
JAKET KULIT
KIJANG DARI ISTANBUL
( Maskiah Haji Masrom )
SINOPSIS
Mengisahkan Aku melancong
ke negara Turki sambil mencari cenderahati untuk di bawa pulang ke
Malaysia.Pelbagai barangan yang tersenarai untuk dibeli kepada rakan-rakan
serta dirinya sendiri. Namun dirinya hanya tertarik dengan buku-buku berbanding
barang-barang hiasan yang lain. Sejumlah wang telah disediakan dan diperuntukan
untuk pembelian cenderahati tersebut serta sedikit wang kecemasan untuk
dirinya.Beliau juga telah dinasihatkan oleh pemandu pelancong dan beberapa
panduan serta pantang larang ketika berbelanja di Istanbul. Aku serta
rakan-rakannya berasa sukar untuk menawar harga barangan yang hendak
dibeli kerana tiada tanda harga dipamerkan dan harga barangan hanya akan
diberitahu jika ditanya.
Melintasi sebuah kedai
menjual jaket kulit, Aku terpaku pada sepasang sarung tangan kulit berwarna
hitam di rak cermin. Aku mengimbas akan abangnya yang menunggang
motosikal pergi balik kerja. Andai ada sarung tangan kulit, tentu tangan Abang
Longnya itu tidak terdedah pada terik matahari. Pemuda Turki seakan dapat
membaca isi hati menunjukkan sarung tangan kulit itu namun Aku tidak berani
mengambilnya kerana tidak mengetahui akan harganya.
Hajah Normah dan dan Dr.
Liza tertarik dengan harga jaket berwarna kuning keemasan yang dibeli oleh Haji
Helmi dan isterinya dengan harga yang murah berbanding kedai-kedai lain. Aku
tiada pilihan mengikut rakan-rakannya masuk ke kedai tersebut. Kedainya
tidaklah begitu luas namun mampu menempatkan sepuluh orang pelanggan pada
satu-satu masa dan mempunyai beratus-ratus helai jaket kulit beraneka warna dan
rupa bergantungan kemas di dalam rak berhawa dingin. Aku dan rakannya dilayan
mesra umpama selebriti. Pekedai tanpa putus asa memujuk Aku agar membeli jaket
kulit kijang, namun Aku masih belum berniat untuk mencari pengganti jaket kain
yang telah lama berkhidmat kepadanya. Namun, kerana ingin mengambil hati
rakan-rakannya atau terhutang budi kerana secawan teh epal, Aku cuba mengenakan
jaket kulit tersebut. Aku tersentak dengan harga yang disebutkan kerana dia
tidak mempunyai wang yang banyak untuk membeli jaket kulit kijang yang lembut
itu. Dua rakannya itu telah membayar harga jaket pilihan mereka. Aku dengan
kata-kata berbudi bahasa mengambil keputusan untuk tidak membeli jaket
tersebut. Wajah pekedai bertukar masam dan marah dengan tindakan Aku dan
mengeluarkan kata-kata kesat.
Perjalanan melawat Egyptian
Market, Aku didatangi seorang remaja kurus dan bercakap separuh berbisik
menjual barangan Black market. Melewati rakan Aku, Kak Chah dan Shahmeem,
lelaki dewasa bertubuh tegap iaitu seorang polis menangkap remaja tersebut atas
kesalahan menjual barangan Black market. Ketika beratur menaiki feri
menyeberangi Selat Bhosporus, seorang lelaki tua dengan berani meletakkan
sehelai jaket kulit berwarna hitam di lengan Aku. Rakan Aku, Shahmeem
menunjukkan minat dan membeli dengan harga AS$ 120, namun tidak sesuai
dengannya apabila dipakai. Shahmeem menjual pula kepada Aku dengan harga
AS$100. Aku terpaku namun dapat menggembirakan hati Shahmeem. Aku juga
menggambarkan tidak praktikalnya jaket itu digunakan di Malaysia, tidak sesuai
dipakai dengan cuaca di Malaysia. Perlu dijaga dengan rapi, tidak boleh dilipat
sembarangan, kulitnya tidak tahan lasak jika koyak pula tidak dapat dijahit
dengan benang. Jelas sekali Aku terlihat lebih seekor Kijang akan dibunuh untuk
mendapatkan sehelai jaket kulit.
Akhirnya Aku
berhasrat untuk menggembirakan orang lain. Dia akan menjual jaket itu dan wang
jualan akan didermakan kepada mana-mana zoo yang mempunyai kandang kijang,
sabagai tanda muhibah terhadap kijang-kijang yang terkorban demi gaya hidup
yang penuh dengan kemodenan.
TEMA
Pengalaman seorang
pelancong yang suka melancong serta terjerat dengan pembelian jaket kulit
kijang yang tidak disengajakan demi menjaga hati dan kegembiraan penjual jaket,
rakannya serta dirinya demi mengelakkan pembunuhan haiwan-haiwan yang
dilindungi demi kelangsungan kehidupan moden.
PERSOALAN
Perasaan kasih dan sayang terhadap kehidupan haiwan-haiwan esotik.

Contoh:- Aku berasa kasihan
terhadap haiwan kijang yang terpaksa menjadi korban kerana kulitnya.
Sikap berbudi bahasa
sesama insan tanpa mengira bangsa, agama dan negara.
Contoh:- Aku melahirkan
kata-kata yang cukup berbahasa kerana tidak mahu menyakitkan hati pekedai Turki
itu.
Kewajaran memberikan
layanan serta ramah mesra terhadap pelanggan atau pelancong.
Contoh:- Pekedai Turki
telah memberikan layanan yang mesra kepada pelanggannya dengan memberikan
layanan yang baik serta memberikan minuman percuma kepada pelanggannya.
Kepandaian sikap puji
memuji dalam kalangan masyarakat Turki.
Contoh:- Masyarakat Turki
memang pandai memuji pelanggannya demi melariskan jualan.
Kebijaksanaan dalam
menguruskan perbelanjaan kewangan.
Contoh:- Aku telah membuat
senarai nama barangan dan cenderahati yang akan dibeli untuk dibawa pulang ke
Malaysia.
PLOT
Permulaan
Aku mengikuti
rombongan Passage Tours and Travel ke negara Turki. Dengan
berbekalkan AS$400 yang bersamaan dengan RM1,800.00, dia telah menyenaraikan
barang-baang yang ingin dibeli. Antaranya, cenderamata untuk keluarga, untuk
saudara-mara, kawan pejabat dan kenalan rapat, untuk pensyarah-pensyarahnya
yang banyak membimbingnya semasa melanjutkan pelajaran ke peringkat sarjana dan
untuk dirinya sendiri, memadai membeli beberapa buah buku terbitan Turki.
Perkembangan
Aku mengisahkan bagaimana
dia terbeli jaket kulit kijang dari Istanbul pada hari kelima lawatannya ke
Turki. Dia tidak berniat langsung untuk membeli jaket tersebut. Ahli rombongan
dibenarkan pergi membeli-belah di Grand Bazaar yang terletak lebih kurang satu
kilometer dari tempat penginapannya di Hotel Senator. Sebelum sampai di
Istanbul, Aku telah melawat beberapa kawasan bersejarah di Bursa, Pamukkale,
Konya, Cappadocia dan Bolu. Pada setiap persinggahan itu, Aku telah mendapatkan
cenderamata yang popular dan unik.
Klimaks
Aku disapa oleh seorang
lelaki berbaju T merah, berjaket kulit hitam dan berwajah tampan dari sebuah
kedai jaket kulit. Aku tertarik akan keramahannya. Aku juga terpaku pada
sepasang sarung tangan kulit berwarna hitam di rak cermin dan berhasrat untuk
membelinya tetapi tidak berani kerana tidak mengetahui harganya dan takut akan
ditipu oleh penjualnya. Walaubagaimanapun Aku akhirnya masuk ke kedai jaket
kulit itu dan mencuba sehelai jaket kulit berwarna hitam, namun dia tidak
berniat untuk jaket tersebut kerana harga yang ditawarkan diluar kemampuannya.
Akhirnya berlaku perbalahan antara Aku dan pekedai Turki itu. Aku berasa
tersentak dengan sikap pekedai Turki yang menghinanya dan aku juga berasa
terkilan kerana tertipu dengan layanan mersa yang telah diberikan oleh
pekedai Turki itu.
Peleraian
Sewaktu beratur untuk
menaiki feri ke Selat Bhosporus, seorang lelaki tua telah meletakkan sehelai
jaket kulit berwarna hitam di atas lengannya. Shahmeem menunjukkan minat untuk
membeli jaket tersebut dan telah membayar sebanyak AS$120, namun apabila
dicubanya, jaket itu bersaiz kecil lalu menjualkannya kepada Aku dengan
mengurangkan AS$20 daripada harga pasaran gelap sebagai tanda terhutang budi.
Aku tidak nampak praktikalnya jaket itu untuk kegunaan harian di Malaysia. Aku
memandang jaket kulit kijang itu, lalu membayangkan kegembiraan kepada lelaki
tua yang berjaya menjual jaket kepada Shahmeem, kegembiraan Shahmeem yang
berjaya menjualkannya kepada Aku serta kegembiraan Aku kerana dapat
menghangatkan badannya sepanjang perjalanan di Selat Bhosporus yang dingin.
Akhirnya kegembiraannya itu ingin dikongsi dengan orang lain iaitu dengan
berhasrat menjual jaket tersebut di kedai pakaian terpakai dan wang yang
diperoleh didermakan kepada mana-mana zoo yang ada kandang kijang sebagai tanda
muhibah terhadap kijang-kijang yang telah dibunuh demi gaya hidup yang penuh
kemodenan.
TEKNIK PLOT
Imbas Muka
Contoh: Aku tidak
dapat membayangkan jika aku menjadi wanita tua yang menjual makanan burung di
situ..
Imbas Kembali
Contoh: Entah mengapa
aku tiba-tiba teringat akan Abang Long yang menunggang motosikal pergi balik
kerja.
Saspens
Contoh: Perbalahan antara
aku dan pekedai Turki membuatkan aku ingin melangkah keluar tetapi dihalang
oleh pekedai Turki dengan wajahnya yang kelihatan marah.
Monolog
Contoh: Aku
terpaku seketika. Apakah jawapan yang lebih baik pada saat itu selain yang
dapat menggembirakan Shahmeem?
Dialog
Contoh: “Dah
beli, ke? Ok tak harganya? Tanya kak Chah.
“Ok juga. Dah survey tiga, empat kedai. Kedai ni ok. Dapat harga
AS$150 sat jaket,” terang Haji Helmi sambil menunjukkan beg
plastiknya.
WATAK DAN PERWATAKAN
Watak Utama
Aku ( Mas ) –
Seseorang yang :-
Gemar membaca.
Aku gemar membaca kerana
dia akan leka membeli dan membaca buku jika terjumpa kedai yang menjual buku.
Baik dan murah hati.
Aku begitu bermurah hati
dengan memberikan wang sebanyak lima lira kepada wanita tua yang menjual
makanan burung walaupun harga sepiring hanya satu lira.
Berbudi bahasa.
Aku dengan sebaik mungkin
berbudi bahasa kepada pekedai Turki kerana tidak mahu membeli jaket kulit agar
pekedai itu tidak berasa kecil hati.
Tidak boros berbelanja.
Aku tidak terpengaruh
dengan layanan mesra pekedai Turki agar membeli jaket kulit kijang itu.
Sayang akan haiwan.
Aku begitu menyayangi
haiwan seperti kijang kerana dia berhasrat untuk memberikan wang hasil jualan
jaket kulit kijang kepada mana-mana zoo yang mempunyai kandang kijang agar
dapat memelihara haiwan tersebut daripada menjadi korban arus pemodenan.
Bersederhana apabila
berbelanja.
Aku telah membuat senarai
barangan yang hendak dibeli agar tidak melebihi perbelanjaan yang telah
diperuntukan.
Watak Sampingan
Pekedai Turki–
Pemuda berkulit putih
Mempunyai kumis. (misai)
Fasih berbahasa inggeris.-
Pekedai Turki berbahasa inggeris apabila berkomunikasi dengan pelanggan yang
datang ke kedainya.
Peramah dan mesra
Pekedai Turki kelihatan
begitu peramah dan mesra ketika melayan pelanggan di kedainya.
Tidak berputus asa
Pekedai Turki tidak
berputus asa memujuk pelanggannya membeli barang jualannya.
Pandai mengambil hati
Pekedai Turki sangat pandai
mengambil hati pelanggannya dengan memberikan kata-kata manis.
Cepat marah
Pekedai Turki cepat naik
amarah kerana pelanggannya tidak mahu membeli barangannya walaupuan telah
mencubanya.
Polis Turki –
Lelaki dewasa
Bertubuh tegap
Berbaju T dan berseluar
panjang
Berwajah serius –
Polis Turki kelihatan
serius ketika dia menjalankan tugasnya apabila dia menangkap seorang remaja
yang menjual barangan pasaran gelap.
Shahmeem –
Kawan kepada Aku
Mudah terpengaruh
Shahmeem terpengaruh dengan
sehelai jaket hitam yang dijual secara pasaran gelap tanpa mengetahui ukuran
saiznya.
Murah hati
Shahmeem bermurah hati
dengan mengurangkan sebanyak AS$20 daripada harga asal pasaran gelap
kepada Aku kerana jaket kulit kijang itu tidak padan dengannya.
LATAR
Latar tempat.
Hotel Senator – tempat
penginapan aku dan rakan-rakannya ketika melancong di Turki.
Grand Bazaar – Pusat
membeli belah.
Kedai menjual jaket kulit –
tempat di mana aku terpaku
ketika melihat sepasang sarung tangan kulit berwarna hitam di rak cermin.
Tempat Haji Helmi dan
isterinya, cikgu Juliah membeli empat helai jaket berwarna kuning keemasan.
Tempat Aku mencuba jaket
kulit kijang namun tidak jadi membelinya kerana dia tidak mempunyai wang yang
mencukupi.
Pigeon Valley – Aku bersedekah
kepada pengait benang yang kesejukan.
Gunung Bolu – Aku
bersedekah kepada seorang kanak-kanak bersama-sama datuknya yang buta.
Masjid Ulu – bersedekah
kepada seorang lelaki yang cacat anggota.
Masjid Biru – tempat Aku
menunaikan solat jamak.
Egyptian Market – tempat
membeli belah yang mempunyai dataran burung merpati jinak.
Terminal feri Selat
Bhosporus – Shahmeem membeli jaket kulit hitam daripada lelaki tua di pasaran
gelap dengan harga AS$120.
Latar masa
Malam – Kak Chah teman
sebilik Aku tidur awal kerana kepenatan selepas berjalan mengelilingi kota
bersejarah.
Siang –
Aku , Kak Chah dan Shahmeem
berada di dalam kedai menjual jaket kulit.
Semasa aku dan
rakan-rakannya sedang beratur untuk menaiki feri menyeberangi Selat Bhosporus.
Latar masyarakat
Masyarakat elit – Ahli
rombongan yang terdiri daripada guru dan pensyarah.
Masyarakat yang bekerjaya
untuk menampung kehidupan seharian.
Encik Yuksel bekerja
sebagai pemandu pelancong dan pekedai Turki yang menjual barangan kulit.
Masyarakat yang tidak
berkemampuan.
Wanita tua yang menjual
makanan burung, remaja kurus dan lelaki tua yang menjual barangan pasaran
gelap, dan pengemis –pengemis seperti pengait benang yang diberi sedekah oleh
Aku, kanak-kanak bersama-sama datuknya yang buta serta lelaki tua yang cacat
anggotanya.
Masyarakat yang suka
melancong.
Aku serta 30 orang ahli
rombongan telah melawat negara Turki.
Masyarakat yang suka akan
kemewahan.
Haji Helmi dan isterinya
cikgu Juliah telah membeli sebanyak empat helai jaket kulit berwarna kuning
keemasan dengan harga AS$150 sehelai.
Masyarakat yang tidak
menyayangi haiwan.
Seekor atau lebih daripada
seekor kijang akan dibunuh untuk mendapatkan sehelai jaket kulit yang menjadi
lambang pendewaan dan pemujaan diri.
GAYA BAHASA
Kata ganda -
cenderamata
untuk pensyarah-pensyarah yang banyak berjasa membimbingku semasa
melanjutkan pelajaran ke peringkat sarjana;
Aku bercadang untuk
membelikan professor Siti Zainon, Dr Shaiful Bahri dan Dr Rosnah sesuatu yang boleh
dijadikan kenang-kenangan.
Matanya bercahaya-cahaya.
Bahasa Asing –
a) bahasa inggeris (“Hello
lady! …. “ , “Please… “ )
bahasa
Arab. – Assalamualaikum, solat jamak, al- mathurat
Sinkope –
‘Eh, lawanya jaket tu! Macam yang kita
tengok kat Grand Bazaar semalam. Murah ke?”
NILAI
Kegigihan – pekedai Turki
begitu gigih dan tidak berputus asa meyakinkan pelanggannnya agar membeli
barangan kulitnya.
Keprihatinan – Aku begitu
prihatin dengan pembunuhan haiwan kijang kerana kulitnya untuk dijadikan jaket.
Berjimat cermat – Aku telah
membuat senarai barangan yang perlu dibeli untuk dibawa pulang agar tidak
melebihi perbelanjaan.
Keikhlasan – Aku dengan
ikhlas memberi derma kepada pengemis seperti pengait benang, kanak-kanak
bersama-sama datuknya yang buta serta lelaki tua yang cacat anggotanya.
PENGAJARAN
Kita haruslah bersikap
berjimat cermat dalam urusan perbelanjaan seharian maupun semasa melancong ke
luar negara.
Contoh :- Cenderamata untuk
keluarga : 29 helai baju T, 2 helai untuk keluarga Anim, masing-masing sehelai
untuk Tahrir, Nadia dan Salleh.
Kita hendaklah bersikap
ikhlas dalam melakukan sesuatu perkara tanpa mengira taraf kehidupan seseorang.
Contoh :- Aku begitu
bermurah hati dengan memberikan wang sebanyak lima lira kepada wanita tua yang
menjual makanan burung walaupun harga sepiring hanya satu lira serta ikhlas
memberi derma kepada pengemis seperti pengait benang, kanak-kanak

Kita wajar mempunyai sikap
gigih dalam melakukan pekerjaan supaya hasil yang diinginkan tercapai.
Contoh :- Pekedai Turki
gigih memberikan layanan yang mesra kepada pelanggannya dengan memberikan
layanan yang baik serta memberikan minuman percuma kepada pelanggannya dengan
harapan pelanggannya itu membeli barangannya.
Kira patut bersikap
prithatin terhadap haiwan yang dilindungi agar habitatnya tidak pupus.
Contoh : Aku begitu
prihatin terhadap haiwan seperti kijang kerana dia berhasrat untuk memberikan
wang hasil jualan jaket kulit kijang kepada mana-mana zoo yang mempunyai
kandang kijang agar dapat memelihara haiwan tersebut daripada menjadi korban
arus pemodenan.
MUNSYI
Sinopsis
Cerpen ini mengisahkan hasrat ‘saya’, seorang anak muda, untuk berhijrah ke
kota dihalang oleh bondanya yang bimbang anaknya itu akan terpengaruh oleh
budaya-budaya negatif di bandar. Pada bondanya, ‘saya’ masih belum mantap
bahasa ibunda dan jati dirinya. Menurut bondanya lagi, warga kota sudah
hilang nilai-nilai tradisi seperti cinta akan agama, bahasa dan bangsa.
Penjajah telah berjaya menyemai sentimen perkauman dalam kalangan rakyat
sehingga pernah tercetusnya pertumpahan darah akibat permusuhan antara
kaum. Oleh itu, bonda menasihatkan ‘saya’ agar memelihara agama, bahasa
dan negara supaya terus dihormati dan disegani. Sebagai seorang warga
yang bersifat patriotik, bonda memiliki banyak buku lama yang berkaitan dengan
bahasa,dan sejarah. Buku-buku tersebut selalu ‘saya’ baca. Menurut bonda,
asas kegagahan bangsa Melayu terletak pada tiga perkara, iaitu akidah Islam,
bahasa Melayu dan kesetiaan pada pemerintah yang adil.
Setelah ‘saya’ berasa mampu berjuang di kota barulah bonda membenarkannya ke
bandar untuk meneruskan kehidupan. Namun bonda berpesan agar menjaga dua
perkara iaitu agama dan bangsa. Bonda juga mengirimkan sejumlah buku
untuk kawan lamanya yang bernama Munsyi melalui ‘saya’. Apabila tiba di
bandar, ‘saya’ menyerahkan buku-buku tersebut pada kawannya itu yang pada
pengamatan ‘saya, Munsyi’ merupakan seorang yang sangat mencintai bangsa dan
budayanya. Dia tinggal di tanah rizab Melayu di sebuah perkampungan
tradisi di pinggir bandar. Di bandar, ‘saya’ melihat kaum mudanya telah
hilang identiti dan jati diri. Akibat sibuk bekerja, ‘saya’ tidak bertemu
Munsyi. Suatu hari, ‘saya’ mendapat khabar bahawa perkampungan Munsyi
akan dibangunkan dengan pelbagai bangunan mewah dan hotel. Apabila ‘saya’
mencari Munsyi di kampungnya, jentera-jentera berat sedang merobohkan rumah-rumah
di situ. ‘Saya’ sedih melihat buku-buku lama yang telah ‘saya’ bawa,
musnah apabila rumah Munsyi dirobohkan namun Munsyi tidak kelihatan di
mana-mana.
Tema
Semangat cinta akan bahasa,
agama, bangsa dan budaya yang tersemai dalam jiwa sekumpulan warga
negara.
Contohnya, ibu kerap
menasihati ‘saya’ agar memelihara dan cinta akan agama, budaya dan bahasa agar
dihormati oleh orang.
Persoalan
Keinginan anak muda
berhijrah ke bandar untuk membina kehidupan
Contohnya, ‘saya’ memohon
keizinan ibunya untuk berhijrah ke bandar bagi membina kehidupannya seperti
kebanyakan remaja yang lain.
Peranan penjajah dalam
usaha memecahbelahkan rakyat sesebuah negara.
Contohnya, pihak
penjajah telah menjalankan sistem pecah dan perintah agar agihan kekayaan
negara tidak berlaku secara adil hingga menimbulkan
rusuhan kaum akibat rasa
tidak puas hati rakyat.
Kegigihan anak muda
mempelajari segala ilmu untuk meneruskan kehidupannya.
Contohnya, ‘Saya’ tekun
belajar pelbagai ilmu yang berkaitan dengan kehidupan sebelum berhijrah ke
bandar.
Ketaatan seorang anak
terhadap nasihat ibunya.
‘Saya’ mentaati nasihat
ibunya yang tidak membenarkannya berhijrah ke bandar kerana pada pendapat
ibunya ‘saya’ masih belum cukup kuat jati diri untuk tinggal di bandar.
Kebimbangan seorang
ibu terhadap anaknya.
Contohnya, ibu keberatan
untuk melepaskan ‘saya’ ke bandar kerana bimbang ‘saya’ terpengaruh akan budaya
negatif yang terdapat pada remaja di bandar.
Plot
Permulaan
Cerpen dimulakan dengan
kisah ‘saya’ tidak diizinkan oleh bondanya berhijrah ke kota kerana bimbang
anaknya itu akan hanyut oleh arus hedonism dan modenisme yang melanda anak-anak
muda di kota.
Perkembangan
Bonda pernah bercerita pada
‘saya tentang system pemerintahan penjajah yang memecah-belahkan perpaduan
rakyat negara ini.
Setelah Negara merdeka,
perpecahan tersebut mencetuskan huru-hara kepada negara ini.
Ibu menasihati ‘saya’ agar
memelihara agama, bahasa , bangsa dan Negara ini. ‘Saya’ juga membaca
membaca pelbagai buku simpanan bonda untuk memantapkan jati diri dan bahasa
‘saya’
Setelah bonda yakin dengan
kemantapan diri ‘saya’ baharulah ‘saya’ dibenarkan berhijrah ke kota untuk
membaiki taraf hidup saya. ‘Saya ‘ dikirimkan buku-buku lama untuk
disampaikan kepada sahabat lama bonda iaitu Munsyi.
Di Bandar ,’saya’ dapati
anak-anak muda telah hanyut oleh keseronokan hidup dan melupakan nilai-nilai
murni dan batas kehidupan.
‘Saya’ mendengar berita
kampung tradisi yang didiami oleh Munsyi akan didirikan pelbagai bangunan mewah
dan hotel bertaraf lima bintang.
Klimaks
Aku sampai di perkampungan
tradisi itu dan mendapati jentera berat sedang merobohkan rumah-rumah di
situ. Buku-buku pemberian bonda juga turut musnah dalam peristiwa itu
tetapi Munsyi tidak ada di situ.
Peleraian
Berhari-hari aku mencari
Munsyi tetapi tidak berjumpa.
Teknik Penceritaan
Dialog
“Tuan inikah yang bernama
Munsyi, sahabat baik bonda saya.”
Imbas kembali
Saya teringat cerita bonda
tentang kota mewah itu yang pernah mencalit sejarah hitam empat dekad lampau.
Imbas muka.
Di kota nanti carilah
seorang sahabat lama bonda bernama Munsyi.
Pemerian.
Salam saya akhirnya dijawab
oleh seorang lelaki di usia emas dengan janggut putih menutupi sebahagian muka
yang putih bersih. Pakaiannya lengkap dengan tengkolok dan baju melayu
bersamping bagaikan seorang maharaja di zaman kesultanan melayu. Di
jari-jemarinya lengkap menggenggam sebilah keris bersarung cantik.
Kejutan.
Saya mendengar khabar
bahawa syarikat perumahan akan mengambil alih kampung tradiri yang didiami oleh
Munsyi dengan pelbagai bangunan mewah dan hotel bertaraf lima bintang.
Saspens.
Aku mencari Munsyi tetapi
tidak berjumpa.
Watak dan Perwatakan
Watak utama
‘Saya’
Seorang yang taat
‘Saya’ tidak membantah
ketika ibunya melarang dia berhijrah ke bandar.
Seorang yang amanah.
‘Saya’ menyampaikan amanah
bondanya iaitu buku-buku yang sepatutnya diserahkan kepada Munsyi ketika ‘saya’
pergi ke bandar.
Seorang yang gemar membaca
‘Saya’ telah mengkaji teks
Sejarah Melayu dan Hikayat Hang Tuah serta membaca banyak buku lama milik
ibunya.
Seorang yang tidak mudah
putus asa
‘Saya’ meminta izin ibunya
sekali lagi apabila sudah lebih bersedia untuk tinggal di kota walaupun
hasratnya itu pernah ditolak oleh ibunya.
Watak sampingan
Bonda ‘saya’
Seorang yang berpengetahuan
luas.
Bonda bercerita kepada
‘saya’ tentang sejarah pahit tanah air.
Seorang yang bersifat
patriotik.
Bonda menasihati ‘saya’
agar memelihara agama, bahasa ibunda dan negara.
Seorang yang amat memahami
Bonda mengizinkan ‘saya’
berhijrah apabila didapati anaknya itu sudah mantap ilmu dan jati dirinya.
Munsyi
Kawan lama bonda.
Seorang yang cinta akan
budaya Melayu
Munsyi berpakaian tradisi
Melayu yang lengkap dengan keris ketika menyambut kedatangan ‘saya’.
Seorang yang mengalu-alukan
tetamu.
Munsyi tersenyum dan
menjemput ‘saya’ masuk ke rumahnya.
Latar
Latar masa
Zaman pemerintahan penjajah
Penjajah telah memerintah
negara menggunakan system pecah dan perintah.
Zaman selepas merdeka
Rakyat sibuk mengejar harta
dan pangkat sehingga lupa akan nilai, bahasa dan agama selepas dijajah.
Latar tempat
Di kampung
Pada mulanya, bonda tidak
membenarkan ‘saya’ meninggalkan kampung untuk berhijrah ke kota
Di kota
‘Saya’ berhijrah ke kota
untuk membina kehidupan yang lebih sempurna.
Di sebuah perkampungan
tradisi di pinggir kota
Munsyi tinggal di sebuah
rumah yang terletak di sebuah perkampungan tradisi di pinggir kota.
Latar masyarakat
Masyarakat kampung.
‘Saya’ dan bonda tinggal di
kampung.
Masyarakat remaja yang
tinggal di bandar.
‘Saya’ dapati masyarakat
remaja yang tinggal di bandar kebanyakannya telah hanyut oleh keseronokan
hidup.
Masyarakat yang mengamalkan
demonstrasi untuk menunjukkan bantahan.
Penduduk kampung tradisi
mengadakan demonstrasi untuk menunjukkan bantahan mereka terhadap pencerobohan
tanah milik mereka oleh pihak berkuasa.
Masyarakat yang cekal dan
berani.
Anak-anak bangsa pada zaman
dahulu cekal dan berani meneroka hutan untuk dijadikan bandar pelabuhan yang
terkenal.
Gaya bahasa
Kata ganda
Zaman- berzaman
Metafora.
Pagar-pagar perkauman,
pohon kebenaran, racun perkauman
Peribahasa.
Bahasa jiwa bangsa
Simile
Pakaiannya lengkap dengan
tengkolok dan baju melayu bersamping bagaikan seorang maharaja di zaman
kesultanan Melayu.
Hiperbola
Namun kerana hasad dengki,
khianat, kronisme serta rasuah yang bermaharajalela, kegemilangan yang dibina
musnah sekelip mata.
Nilai
Patriotik.
Bonda menasihati ‘saya’
agar sentiasa memelihara bahasa ibunda dan agama.
Ketaatan.

Kegigihan

Amanah.
‘Saya’ menyampaikan amanah
bondanya iaitu menyerahkan buku-buku kepada Munsyi ketika ‘saya’ pergi ke
bandar.
Pengajaran.
Kita hendaklah taat pada
perintah dan larangan ayah dan ibu.
‘Saya’ tidak membantah
ketika ibunya melarang dia berhijrah ke bandar
Kita hendaklah gigih
apabila melakukan sesuatu pekerjaan.

Kita hendaklah rajin
membaca untuk meningkatkan pengetahuan.

Kita tidak boleh mudah
putus asa apabila menemui kegagalan.

Soalan
Mengapa bonda tidak
membenarkan ‘saya’ berhijrah ke kota?
Gambarkan perwatakan fizikal
Munsyi ketika ‘saya’ bertemunya pada kali pertama.
Jawapan
Bonda tidak membenarkan
‘saya’ berhijrah ke bandar kerana pada pendapat bonda ‘saya’ masih belum mantap
ilmu agama dan bahasa ibunda.

Kaduk, Ayam dan Raja
(Zurinah Hassan)
Cerpen Kaduk, Ayam dan Raja mengisahkan perjuangan cucu Kaduk iaitu Hakim yang
berusaha mendapatkan tanah milik arwah datuknya yang diambil oleh Raja.
Hakim yang merupakan lulusan universiti telah meminta bantuan sahabatnya iaitu
Azam seorang lulusan bidang undang-undang untuk memfailkan kes tuntutan tanah
seluas empat ekar itu. Melalui penghujahan Azam, beliau telah berjaya
menyakinkan mahkamah bahawa Kaduk menyerahkan ayam Kunani kepada raja tanpa
kerelaannya hatinya. Hal ini menyebabkan kemenangan berpihak kepada
Hakim. Setelah itu, Hakim merancang untuk menternak ayam secara pertanian
kontrak dengan syarikat besar yang menubuhkan cawangan di Malaysia dengan nama
Rangkaian Jasa Agrikultur atau singkatannya RAJA. Hakim menternak ayam bagi
menyahut seruan kerajaan yang banyak memberi insentif kepada penternak.
Kesungguhannya terbukti apabila Hakim telah membuat pinjaman bank melebihi dua
ratus ribu ringgit. Hakim terpaksa meminda kertas kerjanya beberapa kali dan
hasil bantuan seorang Yang Berhormat telah menyebabkan bank meluluskan
pinjaman tersebut untuk membina sebuah reban ayam tertutup yang dilengkapi
sistem penyaman udara serta peralatan memberi makanan secara semi automatik.
Setelah kelulusan bank diperoleh, satu perjanjian kontrak di meterai antara
Hakim dan syarikat RAJA, maka projek penternakan ayam pun bermula.
Konflik mula timbul setelah setahun Hakim menjadi penternak ayam. Sahabat
karibnya Azam telah pulang dari luar negara kerana berkursus dan terus berjumpa
dengan Hakim. Hakim telah menceritakan masalah yang dialaminya sepanjang dia
menjadi penternak ayam iaitu terdapat rungutan orang kampung terhadap lorinya
yang telah menyebabkan keadaan jalan kampung bertambah teruk. Selain itu, hakim
menjelaskan kepada Azam bahawa hidupnya dibelenggu hutang dengan menunjukkan
penyata hasil jualan ayam dari rebannya yang bernilai lapan puluh lima
ribu ringgit. Namun begitu hanya tiga belas ribu ringgit sahaja yang
diterimanya kerana selebihnya digunakan untuk membayar hutang kepada syarikat
RAJA. Jumlah wang yang diterima itu pula terpaksa digunakan untuk
membayar pelbagai kos seperti bil elektrik, bil air, hutang bank dan
sebagainya. Hakim menzahirkan penyesalannya tentang memilih ternakan kontrak
yang dianggapnya situasi menang menang tetapi keadaan yang sebaliknya pula
berlaku. Hakim mula menyedari bahawa dirinya telah dieksploitasi oleh
Syarikat RAJA melalui harga dedak dan ubat untuk ayam ternakannya sehingga
hutangnya meningkat. Hakim menganggap dirinya menerima nasib yang sama seperti
nasib datuk yang tertipu oleh orang yang memiliki kuasa.
Tema
Tema cerpen ini ialah
kesungguhan seorang anak muda menceburi bidang keusahawanan. Sebagai contoh
Hakim berusaha bersungguh-sungguh untuk menjalankan projek ternakan ayam
walaupun terpaksa menempuh pelbagai cabaran.
Persoalan
Persoalan keberanian
menuntut hak. Sebagai contoh Hakim berani menuntut tanah milik datuknya dengan
memfailkan kes di mahkamah melalui sahabatnya, Azam.
Persoalan memahami selok
belok bidang keusahawanan. Sebagai contoh Hakim mendapat bantuan agensi
kerajaan sebelum menjalankan bidang penternakan ayam yang dirancangnya.
Persoalan ketaatan terhadap
pemerintah. Sebagai contoh Kaduk mentaati perintah raja dengan menukarkan ayam
Kunani dengan ayam raja atas perintah baginda semasa bersabung ayam.
Persoalan penindasan
golongan yang berkuasa terhadap golongan yang lemah. Sebagai contoh, syarikat
RAJA mengambil kesempatan dengan menentukan harga dedak dan ubat ayam ternakan
sehingga menyebabkan Hakim menanggung beban hutang.
Plot
Permulaan
Pembaca diperkenalkan
dengan watak Kaduk yang dianggap bodoh kerana bertukar ayam dengan raja.
Akhirnya Kaduk, isteri dan anaknya hidup menumpang di atas tanah yang
sebenarnya miliknya sendiri.
Perkembangan
Hassan menamakan anaknya
Hakim yang bererti bijaksana yang berbeza nama-nama orang lain yang
primitif dan jelik seperti Si Bulat, Si Labi dan sebagainya.
Hakim seorang yang pandai
dan melanjutkan pelajaran ke universiti. Hakim semakin sedar akan
ketidakadilan dan penganiayaan yang telah berlaku dalam kehidupan
datuknya. Hakim mendapatkan bantuan Azam, sahabatnya untuk menyelasaikan
kemelut keluarganya itu. Usaha Hakim berjaya.
Hakim berhasrat
mengusahakan projek penternakan ayam di atas tanah milik datuknya itu walaupun
memakan belanja yang besar melebihi dua ratus ribu ringgit. Untuk
melialisasikan hasratnya itu, Hakim memohon pinjaman bank. Masalah yang timbul
ialah pihak bank pula memerlukan cagaran dan dia tidak ada harta yang
lain untuk dicagarkan. Mujurlah seorang Yang Berhormat campur tangan dan
pinjaman hakim diluluskan.
Hakim memeterai perjanjian
dengan Syarikat RAJA untuk membekalkan makanan dan ubat ayam dan projek pun
bermula.
Orang kampung merungut
bahawa jalan kampung mereka rosak disebabkan lori-lori yang membawa ayam
melalui jalan. Hakim berusaha meminta bantuan pihak yang berkenaan untuk
membaiki masalah ini tetapi jawapan mereka ialah tiada peruntukan.
Klimaks
Setelah setahun, Hakim
bercerita kepada Azam yang baharu pulang dari luar negara bahawa dia berasa
kecewa terhadap projek penternakan ayamnya kerana walaupun mendapat pulangan
yang besar tetapi hakikatnya keuntungan yang diperolehnya amat kecil. Dia
berasa dirinya telah dieksploitasi oleh syarikat RAJA yang membekalkan makanan
dan ubat ayam kepadanya. Harga makanan dan ubat ayam Syarikat RAJA amat
mahal.
Peleraian
Hakim menganggap dirinya
mengalami nasib yang malang sama seperti datuknya yang terpaksa akur pada
golongan yang berkuasa.
Teknik Plot
Pemerian
Pengarang menggambarkan
usaha-usaha yang perlu dilakukan oleh Hakim untuk membina reban ayam tertutup.
Sebagai contoh dia memulakan segala kerja, menebang pokok dan meratakan tanah,
berlori-lori tanah telah diangkat untuk menambak kawasan yang memang rendah dan
berair itu.
Dialog
“Dah berapa kali kau
menjual ayam?” tanya Azam
Imbas muka
Hakim pernah berseloroh,
“Kalau aku berjaya menebus kembali tanah itu, aku nak dirikan sebuah memorial.”
Imbas kembali
“Kau ingat kan , tanah
inilah yang kita tuntut di mahkamah dengan susah payah.”
Kejutan
Nilai jualan dari rebanku
ialah lapan puluh lima ribu ringgit. Tetapi akhirnya hanya tiga belas ribu
sahaja yang masuk ke kantungku.Tujuh puluh dua ribu adalah untuk RAJA kerana
membayar harga anak-anak ayam, harga dedak dan ubat-ubatan.Dari tiga belas ribu
itulah aku membayar hutang bank, gaji pembantu, upah penangkap ayam, membayar
bil elektrik dan bil air yang cukup tinggi dan segala kos penyelenggaraan yang
lain.
Watak dan Perwatakan
Hakim
Anak kepada Hassan dan cucu
kepada Kaduk.
Seorang yang berani
memperjuangkan hak. Sebagai contoh Hakim berani menuntut tanah milik datuknya
dengan memfailkan kes di mahkamah melalui sahabatnya, Azam.
Seorang yang gigih
menceburi bidang keusahawanan. Sebagai contoh Hakim mendapat bantuan agensi

Seorang yang tabah
menghadapi masalah. Sebagai contoh Hakim tabah mengharungi cabaran akibat
kegagalannya dalam bidang keusahawanan.
Seorang yang rajin menuntut
ilmu. Sebagai contoh Hakim berjaya melanjutkan pelajaran ke universiti.
Azam.
Sahabat baik Hakim semasa
di universiti.
Seorang yang suka membantu
orang lain. Sebagai contoh Azam membantu Hakim dengan menjadi peguamnya
dalam kes tuntutan tanah milik datuknya.
Seorang yang rajin menuntut
ilmu. Sebagai contoh walaupun Azam sudah memiliki ijazah dalam bidang
undang-undang namun dia sanggup menghadiri kursus selama setahun di luar negara
untuk menambah pengetahuannya.
Seorang yang prihatin.
Sebagai contoh Azam sanggup mendengar masalah-masalah yang dihadapi oleh Hakim
dalam usaha penternakan ayamnya kerana dia prihatin terhadap sahabatnya itu.
Kaduk.
Datuk kepada Hakim dan ayah
kepada Hassan.
Seorang yang suka bersabung
ayam. Sebagai contoh Kaduk bersabung ayam dengan raja.
Seorang yang mentaati raja.
Sebagai contoh Kaduk sanggup menyerahkan ayam Kunani apabila diminta oleh raja.
Raja
Seorang yang suka bersabung
ayam. Sebagai contoh raja bersabung ayam dengan Kaduk.
Seorang yang suka mengambil
kesempatan atas kelemahan orang lain. Sebagai contoh raja telah
menukarkan ayamnya dengan ayam kunani Kaduk untuk memenangi pertandingan itu.
Latar
Latar masa
Zaman lampau. Sebagai
contoh Kaduk pernah bersabung ayam dengan ayam raja.
Zaman selepas merdeka.
Sebagai contoh Hakim didedahkan oleh kerajaan melalui Dasar Ekonomi Baru
terhadap projek penternakan ayam secara kontrak dengan syarikat RAJA.
Dalam masa setahun.
Sebagai contoh Hakim mengalami kerugian dalam masa setahun dia menjalankan
perternakan ayamnya.
Latar tempat.
Mahkamah. Sebagai contoh
kes tuntutan Hakim terhadap tanah milik datuknya dijalankan di mahkamah.
Tanah Kaduk. Sebagai contoh
Hakim menjalankan projek ternakan ayamnya di tanah Kaduk.
Kampung. Sebagai contoh penduduk
kampung mendakwa lori-lori Hakim telah merosakkan jalan kampung mereka.
Universiti. Sebagai contoh
Hakim dan Azam melanjutkan pelajaran di universiti yang sama.
Latar masyarakat
Masyarakat yang
mementingkan bidang keusahawanan. Sebagai contoh para menteri menyeru rakyat
menceburi bidang keusahawan melalui pertanian yang mengeluarkan lebih banyak
makanan.
Masyarakat yang sensitif
terhadap keadaan sekeliling. Sebagai contoh penduduk kampung merungut apabila
mendapati jalan di kampung mereka rosak akibat dilalui oleh lori-lori Hakim.
Masyarakat yang bekerja
untuk mencari rezeki. Sebagai contoh Hakim mengambil pekerja-pekerja untuk
bekerja di projek penternakan ayamnya.
Masyarakat yang mengamalkan
sistem feudal. Sebagai contoh wujud dua golongan iaitu golongan pemerintah dan
golongan rakyat semasa hayat Kaduk.
Gaya Bahasa
Sinkope
Sebagai contoh: kau, ku
Pengulangan kata
Sebagai contohnya:
Kami sama-sama membela ayam dan kami sama-sama menggadai
tanah. Kami sama-sama berada di bawah cengkaman orang berkuasa.
Kata ganda
Sebagai contonya:
bangunan-bangunan, sama-sama dan tanah –tanah.
Bahasa Arab
Sebagai contoh:
Assalamualaikum, Alhamdulillah
Bahasa Inggeris
Sebagai contoh Global
Chiken
Simile
Sebagai contoh : Bank akan
merampas tanahku tak ubah seperti raja merampas tanah datukku dahulu.
Personifikasi. Sebagai
contoh; Setiap musim syarikat payung akan mengatur lori-lori untuk mengangkut
ayam-ayam yang sudah besar.
Nilai
Nilai keadilan. Sebagai
contoh hakim menuntut keadilan di mahkamah bagi pihak datuknya yang telah
ditipu.
Nilai keberanian. Sebagai
contoh hakim berani menceburi bidang keusahawan yang tidak pernah dilakukannya
sebelum ini.
Nilai kegigihan.Sebagai
contoh Hakim gigih menjadi penternak ayam walaupun dirinya terpaksa menanggung
hutang yang banyak.
Nilai keprihatian. Sebagai
contoh Azam sangat prihatin dengan masalah yang dihadapi oleh hakim dengan
memberi semangat kepadanya untuk terus berjaya menjadi penternak moden sebelum
dia berangkat ke luar negara untuk berkursus.
Nilai tolong-menolong.
Sebagai contoh Azam sanggup menjadi peguam Hakim untuk menolongnya mendapatkan
hak tanah seluas empat ekar milik datuk hakim.
Pengajaran
Kita hendaklah menuntut hak
kita yang dirampas oleh orang lain. Sebagai contoh Hakim menuntut hak
milik tanah datuknya yang diambil raja di mahkamah.
Kita hendaklah gigih
berusaha dalam melakukan sesuatu pekerjaan. Sebagai contoh Hakim gigih berusaha
untuk mendapatkan kelulusan bank bagi menjayakan projek penternakan ayam
walaupun terpaksa meminda kertas projeknya beberapa kali sebelum bank
meluluskan permohonannya dengan bantuan Yang Berhormat.
Kita hendaklah berani
menceburi bidang perniagaan. Sebagai contoh hakim berani mengusahakan tanah
peninggalan datuknya dengan menjalankan penternakan ayam untuk dijual.
Kita hendaklah
menolong golongan yang memerlukan bantuan. Sebagai contoh Azam membantu
sahabatnya dengan menjadi peguam bagi mendapatkan hak milik tanah datuk Hakim.
Kita janganlah
mengambil kesempatan terhadap golongan yang lemah. Sebagai contoh Syarikat
RAJA mengenakan bayaran yang tinggi terhadap makanan dan ubat ayam yang dibeli
oleh Hakim untuk mengaut keuntungan yang lebih.
PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM 2017
Esok pelajar-pelajar Tg 5 akan menduduki kertas wajib Bahasa melayu, semoga usaha kalian membuahkan hasil yang cemerlang.
Monday, 7 August 2017
ULASAN CERPEN

Subscribe to:
Posts (Atom)