PENTAKSIRAN KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI
CONTOH KATA TUGAS
Bil
|
Kata Tugas
|
Respons Yang Diharapkan
|
1
|
Analisiskan
|
Membuat pernyataan
terperinci tentang suatu aspek atau perkara yang dikomunikasikan.
|
2
|
Anggarkan
|
Memberikan nilai
kuantitatif yang dianggap sesuai dengan konteks berdasarkan pertimbangan/ciri
sesuatu pengetahuan tertentu.
|
3
|
Apakah
|
Memberikan maklumat yang
khusus atau spesifik.
|
4
|
Bagaimanakah
|
Memperihalkan/memberi
penerangan tentang cara/keadaan/langkah kejadian.
|
5
|
Bandingkan
|
Membandingkan atau
menjelaskan persamaan dan perbezaan antara dua atau lebih perkara.
|
6
|
Bangunkan
|
Menghasilkan satu atur
cara/program menggunakan perisian/kaedah yang sesuai mengikut langkah
tertentu.
|
7
|
Bezakan
|
Menyatakan
kelainan/ketidaksamaan antara dua atau lebih perkara.
|
8
|
Bilakah
|
Menyatakan
masa/waktu/urutan prosedur.
|
9
|
Binakan
|
Membuat sesuatu
menggunakan kaedah/alat tertentu.
|
10
|
Bincangkan
|
Memberi
penerangan/pandangan daripada pelbagai aspek.
|
11
|
Buktikan
|
Menyatakan kebenaran
dengan dalil/contoh/fakta sebagai sokongan-sokongan.
|
12
|
Buatkan
|
Mengemukakan pernyataan
yang boleh diuji akan hipotesis kesahihannya.
|
13
|
Bundarkan
|
Membuat penghampiran bagi
suatu nilai kepada kejituan tertentu.
|
14
|
Cadangkan
|
Memberi
pandangan/idea/pendapat dengan mempertimbangkan perkara positif atau negatif.
|
15
|
Cari
|
Memberikan suatu
nilai/kedudukan/perkara secara mengenal pasti dengan menggunakan kaedah
tertentu atau pemghitung secara ringkas.
|
16
|
Catatkan
|
Merakamkan atau merekodkan
sesuatu maklumat.
|
17
|
Ciptakan
|
Menghasilkan/mewujudkan/menerbitkan
sesuatu dengan daya fikiran atau imaginasi atau kreativiti.
|
18
|
Cerakinkan
|
Menghuraikan sesuatu
kepada bahagian.
|
19
|
Deduksikan
|
Membuat kesimpulan
berdasarkan sesuatu.
|
20
|
Definisikan
|
Memberi keterangtan yang
singkat tetapi jelas tentang makna sesuatu perkataan
khusus/istilah/terminologi.
|
21
|
Di manakah
|
Menyatakan
tempat/kedudukan.
|
22
|
Fokuskan
|
Memberi
penerangan/pernyataan dengan menumpukan kepada sesuatu aspek tertentu.
|
23
|
Formatkan
|
Menyediakan/menyusun
maklumat mengikut sesuatu prinsip/prosedur/peraturan tertentu.
|
24
|
Galurkan
|
Menghuraikan peristiwa
atau fakta secara kronologi.
|
25
|
Gambarkisahkan
|
Memberi penerangan dengan
menggunakan gambar rajah.
|
26
|
Gariskasarkan
|
Memberi ciri penting
secara umum untuk sesuatu proses/tindakan.
|
27
|
Hitungkan
|
Memberi nilai kuantitatif
dengan melaksanakan algoritma (langkah-langkah tertentu) ataumenggunakan
rumus.
|
28
|
Hubungkaitkan
|
Membuat sesuatu pertalian
berdasarkan beberapa ciri/faktor.
|
29
|
Huraikan
|
Memperihalkan/menceritakan
sesuatu dengan panjang lebar/terperinci.
|
30
|
Ilustrasikan
|
Menjelaskan dengan
contoh/gambar rajah /rajah.
|
31
|
Interpretasikan
|
Memberi maklumat atau
makna lain bagi sesuatu komunikasi.
|
32
|
Isikan
|
Memenuhkan maklumat yang
spesifik di ruang yang betul.
|
33
|
Jadualkan
|
Membuat sesuatu tentang
perkara/maklumat/acara mengikut ciri-ciri atau urutan tertentu yang telah
ditetapkan.
|
34
|
Jelaskan
|
Memberi penerangan tentang
sesuatu dengan sokongan supaya mudah difahami.
|
35
|
Kemukakan
|
Memberi pendapat sama ada
menyokong atau membangkang.
|
36
|
Kenal pasti
|
Memberi petunjuk atau
makluman terhadap suatu perkara/benda/pernyataan yang dikenali atau dicam
dengan jelas.
|
37
|
Klasifikasikan
|
Mengumpulkan/membahagi-bahagikan/melabelkan
sesuatu kepada sesuatu kumpulan/kategori berdasarkan kesmaan
kualiti/kriteria/ciri/sifat.
|
38
|
Labelkan
|
Menandakan dan/atau
memberikan panggilan yang spesifik terhadap suatu rujukan pada rajah
/graf/carta/ilustrasi dan sebagainya.
|
39
|
Lakar
|
Memberi persembahan
berbentuk rajah/gambar rajah/peta secara
kasar dan tidak memerlukan perincian.
|
40
|
Laporkan
|
Memberitahu maklumat
tentang sesuatu keadaan secara lisan atau bertulis.
|
41
|
Laraskan
|
Menyesuaikan dengan
sesuatu supaya sama dengan penunjuk/tolok.
|
42
|
Lengkapkan
|
Mengisikian maklumat/nilai
yang spesifik pada ruang kosong pada jadual/rajah/ayat yang diberikan.
|
43
|
Lorekkan
|
Melukis dengan
garisan/corengan/coretan pada kawasan/rantau/ruangan tertentu.
|
44
|
Lukis
|
Memberi persembahan
bebentuk grafik/rajah/gambar rajah/graf bagi menggambarkan suatu benda atau
perkara dengan menggunakan alat dan mengikut ukuran atau sakala tertentu.
|
45
|
Manakah
|
Menyatakan pilihan.
|
46
|
Mengapakah
|
Memberi sebab.
|
47
|
Namakan
|
Memberi panggilan yang
spesifik terhadap suatu benda/istilah/terminologi/proses.
|
48
|
Nilaikan
|
Membuat eprtimbangan
terhadap sesuatu perkara.
|
49
|
Nyatakan
|
Memberi jawapan yangt
spesifik tanpa memerlukan penerangan lanjut/huraian/sokongan.
|
50
|
Organisasikan
|
Membuat sesuatu
ebrdasarkan apa yang telah dirancang untuk dilaksnakan.
|
51
|
Orkestrakan
|
Menyusun skor untuk alat
muzik orkestra berdasarkan skor yang ada.
|
52
|
Padankan
|
Membuat penyesuaian yang
setara berdasarkan rajah/simbol/maklumat tentang pernyataan berhubung
spesifik/fungsi/aplikasi atau sebaliknya.
|
53
|
Pamerkan
|
Menunjukkan persembahan
terhadap penguasaan dalam sesuatu perkara.
|
54
|
Pasangkan
|
Mencantumkan bahagian
sesuatu mengikut susunan prosedur yang betul.
|
55
|
Paterikan
|
Melakukan proses
menyambung dengan menggunakan set pematri.
|
56
|
Peringkatkan
|
Membuat pemeringkatan
beberapa eprkara mengikut aras/tahap tertentu.
|
57
|
Pilih
|
Menentukan maklumat yang
terbaik.
|
58
|
Plot
|
Menanda/melukis
titik-titik graf.
|
59
|
Ramalkan
|
Memberi sesuatu nilai yang
dijangka munasabah berdasarkan pola atau corak tertentu.
|
60
|
Rakabentukkan
|
Membuat garis kasar/lakaran/plan
tindakan/prototaip/model.
|
61
|
Rekodkan
|
Mencatatkan dapatan
kajian/eksperimen/data/pemerhatian mengikut format.
|
62
|
Ringkaskan
|
Menyatakan sesuatu
ungkapan/pernyataan/petikan secara pendek/padat dan mengekalkan kandungan
utama yang asal.
|
63
|
Rumuskan
|
Membuat sesuatu kesimpulan
berdasarkan data/maklumat/petikan.
|
64
|
Sarankan
|
Memberi pandangan/idea
yang boleh diaplikasikan dalam sesuatu situasi.
|
65
|
Sediakan
|
Mengadakan/mewujudkan/menyiapkan/melengkapkan/menyusun
sesuatu mengikut format dan prinsip tertentu.
|
66
|
Selesaikan
|
Memberi beberapa
fakta/ciri/konsep/prinsip/teori secara spesifik/berbentuk point tanpa
memberi hubungan/perkaitan/penerangan
lanjut bagi setiap satunya.
|
67
|
Siapakah
|
Mengenal pasti individu
dalam konteks tertentu.
|
68
|
Susun
|
Membuat sesuatu urutan
dengan menggunakan kaedeah/prinsip/keperluan/keutamaan.
|
69
|
Syorkan
|
Memberi pandangan/pendapat
yang boleh diaplikasikan dalam sesuatu situasi dengan mempertimbangkan
perkara positif atau negatif.
|
70
|
Tafsirkan
|
Mengulas sesuatu berdasarkan
maklumat yang diberi.
|
71
|
Takrifkan
|
Memberi ketrangan yang
singkat tetapi jelas tentang makna sesuatu perkataan
khusus/istilah/terminologi.
|
72
|
Tandakan
|
Meletakkan simbol yang
dikehendaki.
|
73
|
Tentukan
|
Membuat sesuatu keputusan
selepas mengambil kira beberapa perkara sebagai asas pertimbangan.
|
74
|
Tentusahkan
|
Menyatakan
kebenaran/ketepatan sesuatu dengan memberikan bukti.
|
75
|
Terangkan
|
Menyatakan fakta dengan
sokongan atau menjelaskan sesuatu dengan sebab.
|
76
|
Terbitkan
|
Membina sesuatu dengan
menunjukkan cara/kaedah untuk menemuinya.
|
77
|
Terjemahkan
|
Menukarkan suatu bentuk
komunikasi kepada suatu bentuk komunikasi lain tanpa mengubah dan
memperihalkan makna komunikasi tersebut.
|
78
|
Transposisikan
|
Mengubah kedudukan not
kepada nada yang baharu.
|
79
|
Tukarkan
|
Mengubah sesuatu kepada
bentuk/unit lain.
|
80
|
Tulis
|
Mencatat
huruf/angka/symbol yang khusus atau menghasilkan maklumat/idea berbentuk
teks.
|
81
|
Tunjukkan
|
Menyatakan sesuatu dengan
bukti.
|
82
|
Ubahsuai
|
Membuat sesuatu perubahan
dengan menggunakan kaedah/prinsip tertentu.
|
83
|
Ukur
|
Menggunakan alat pengukur
untuk mendapatkan nilai ukuran beserta unitnya.
|
84
|
Ulas
|
Memberi
pandangan/pendapat/komen/kritik.
|
85
|
Ungkapkan
|
Menyatakan sesuatu secara
muktamad dalam bentuk yang dikehendaki.
|
86
|
Unjur
|
Membina garisan mengikut
unjuran sudut yang ditetapkan.
|
87
|
Wajarkah
|
Membuat pertimbangan
terhadap sesuatu perkara dengan mengambil kira pelbagai aspek sama ada
kebaikan, keburukan, kelebihan atau kekurangan.
|
Jadual di bawah
menunjukkan hubung kait anatara konstruk dengan kata tugas berdasarkan
Taksonomi Bloom
yang disemak semula.
Konstruk
|
Kata Tugas/Kata Kerja Proses
|
Stem
|
Mengaplikasi
Menggunakan
pengetahuan/bahan/idea
/strategi/konsep/prinsip/teori
dalam situasi baharu
|
·
Menghitung
·
Mengira
·
Merekod
·
Menunjuk cara
·
Menjana idea
·
Membangun
·
Menjalankan
·
Menyumbang
·
Menggunakan
·
Mengitlak
·
Menjelas dengan contoh
·
Menganggar
·
Membina
·
Menyelesaikan
·
Memanipulasi
·
Mengajar
·
Membuat urutan
·
Mempraktikkan
·
membezakan
|
Beri contoh lain bagi
Adakah ini berlaku dalam…?
Apakah faktor yang akan
anda ubah jika…?
Apakah soalan yang akan
anda tanya jika…?
Daripada maklumat yang
ada, beri satu set arahan…
|
|
·
Menggunakan perhubungan ruang dan masa
·
Menyusun mengikut keutamaan
·
Membuat kajian
·
Menterjemah
·
Mengeksperimen
|
Kenyataan yang manakah
yang relevan dengan…?
Apakah yang dipercayai
oleh penulis…?
Apakah hubungan
antara…dengan…?
Apakah idea/tema bagi…?
Apakah masalah dengan…?
|
Menganalisis
Mengasingkan maklumat
kepada komponen-komponen untuk memahami
dan membuat perhubungan antara komponen
|
·
Mencerakinkan
·
Memilih
·
Mencirikan
·
Menaakul
·
Mengasingkan
·
Membuat andaian
·
Menyelesaikan masalah
·
Membuat kesimpulan
·
Mengawal pemboleh ubah
|
Apakah fungsi…?
Apakah pendapat anda
tentang…?
Apakah andaian anda
mengenai…?
|
Menilai
Mewajarkan keputusan atau
tindakan yang telah diambil ataupun menilai idea/bahan/maklumat/kaedah
berdasarkan kriteria yang spesifik
|
·
Mentafsir
·
Mengkritik
·
Menyokong
·
Merumus
·
Mempertahankan
·
Mewajarkan
·
Menguji
·
Mengesan kecondongan
·
Membuat keputusan
·
Membahaskan
|
Apakah salah anggapan yang
ada…?
Yang manakah lebih
baik/penting/logik /sah/sesuai…?
Apakah penyelesaian yang
baik untuk…?
Apakah pendapat anda
tentang…?
Bagaimanakah anda
mengendalikan…
Apakah cadangan anda
tentang…? Beri alasan
Apakah kesan…ke atas…?
Apakah perasaan anda
jika…?
|
Merekacipta/Menjana idea
Menggabungkan
idea/komponen dengan menggunakan pemikiran yang kreatif untuk menghasilkan
idea/struktur baharu
|
·
Menggabungkan
·
Merancang
·
Meringkaskan
·
Membina
·
Merangka
·
Mereka bentuk
·
Mencipta
·
Mengkonsepsikan
·
Menganalogi
·
Membuat gambaran mental
·
Berkomunikasi
·
Mengeksperimen
·
Membuat hipotesis
·
Mendefinisikan secara operasi
·
Menambah baik
·
Menulis
|
Bolehkah anda mereka bentuk…?
Gunakan cara anda sendiri
untuk…
Apakah yang berlaku jika…?
Bagaimanakah lagi anda
boleh buat untuk…?
Bagaimanakah anda boleh
menguji…?
Berapakah cara anda
boleh…?
|
Respon Murid
Apabila membina
item, penulis item mesti memikirkan format respons yang perlu diberikan
oleh murid. Format respons boleh diberi dalam bentuk
dikotomos dan polikotomos.
Dikotomos
|
Polikotomos
|
Dikotomos ialah murid
memberi jawapan betul atau salah, satu markah untuk jawapan yantg betul dan
kosong /tiada markah untuk jawapan salah.
Respons dikotomos adalah bersesuaian dengan item respons terhad dan
item objektif.
|
Polikotomos ialah murid
memberi respons pelbagai. Respons polikotomos adalah untuk item/tugasan
respons terbuka seperti kebolehan menjalankan ujikaji/eksperimen,
mempersembahkan tarian, menghasilkan karya lukisan, menulis laporan kajian,
hasil karangan bertulis dan portfolio.
|