Wikipedia

Search results

Tuesday, 12 November 2013


 Hanya Aku

di sini terperangkap aku
dalam satu matra
tak punya mata dan telinga
tak bisa berkata-kata
tak bisa melihat dunia
tak bisa mendengar riuh dunia

hanya mampuku
melihat bunyi pelangi
mendengar warna-warna alam
menghidu lazatnya halwa santapan
merasai haruman musim bunga

aku tak mampu melangkah lagi
kerana terpasung kakiku di bumi













Aku Dulu dan Sekarang




Kenakalannya membuatkan suasana keluarga sentiasa ceria.

Friday, 11 October 2013

CABARAN PUSAT KOKURIKULUM PERINGKAT KEBANGSAAN 2013
Cabaran Pusat Kokurikulum Peringkat Kebangsaan buat julung kalinyg telah diadakan diPusat Kokurikulum Johor Cawangan Kota Tinggi bermula pada 6 - 10 Oktober 2013. Antara disiplin yang dipertandingkan ialah Jamborace sejauh 3 pusingan ( 1.3 km x 3 pusingan), Mekanik Basikal, Ekspedisi Kayak, Ekspedisi Basikal sejauh 45 km, Ikhtiar Hidup dan Treasure Hunt. Pasukan Johor telah diisyatiharkan Johan bagi edisi pertama cabaran pelajar.  Tahniah diucapkan kepada peserta-peserta dan jurulatih Johor. Peserta-peserta dari SMK Seri Medan yang telah mewakili pasukan Johor terdiri daripada Jazmina, Nurul Diana, Iwan dan Farhan. Tahniah.

Sunday, 14 July 2013

Perkhemahan Perdana SMK Seri Medan 2013 di Sk. Tanjung Resang, Endau. Perkhemahan ini diadakan pada 6-8 Julai 2013. Dua minggu sebelumnya semua aktiviti kokurikulum dibatalkan kerana masalah jerebu yang mencecah bacaan IPU 700.