Wikipedia

Search results

Thursday 10 May 2012

Arahku Arahmu

Arah
Arah
Arah

Apa yang kutuju?
Apa yang kautuju?

Ke manakah arah  kutuju?
Ke manakah arah  kautuju?
Mengapakah ke sana tujuku?
Mengapakah ke sana tujumu?

Manakah arah datangku?
Manakah arah datangmu?
Mengapakah dari sana datangku?
Mengapakah dari sana datangmu?

Arah kita
Sesekali sama
Sesekali berbeda
Mengapakah arah kita
Ada persamaan
Ada perbedaan

Hakikatnya
Dari sana, di sana dan ke sana
Akhir arah tujuku
Akhir arah tujumu

Wa mahyaya wa mamati
Lillahirabbil alamin

Kamar Bahasa
SMKSM
11 Mei 2012

Monday 7 May 2012

Assalamualaikum. Pada hari ini, 8 MEI 2012, masih penat terasa bahana ekspedisi berkayak menyusuri sungai Simpang Kiri. Bermula di jeti  Seri Medan ke jeti Pt. Sulong dan balik ke Seri Medan. Seawal jam 9.00 pagi peserta dilepaskan oleh pengerusi Kebiru. Seramai 10 orang guru lelaki , lapan pelajar lelaki dan 4 pelajar perempuan menyertai ekspedisi pada kali ini. Ekspedisi ini dianjurkan sempena sambutan Hari Guru pada tahun 2012 ini. Terima kasih kepada semua pihak yang telah turut menjayakan ekspedisi ini. Tahniah kepada para peserta yang berjaya menamatkan ekspedisi ini. Tahniah.